Monday, November 29, 2010

Sudah tiga kali Anwar Ibrahim mencanang dan melafazkan Lim Kit Siang akan dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri.



Pertama, sewaktu wawancara Nanyang Siang Pau (26 November 2009) yang juga pada Kongres PKR tahun lepas. Kali kedua pada 26 Mei 2010, Lim Kit Siang sekali lagi dijanjikan jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Dan semalam adalah kemuncak lafaz 'cina buta' kasih sayang Anwar Ibrahim kepada Lim Kit Siang, juga pada Kongres PKR.

Taraf PAS sama seperti 'janda berhias yang diceraikan dengan talak tiga' oleh Anwar Ibrahim. Tidak pernah sekalipun Anwar Ibrahim membuat kenyataan akhbar, pemimpin PAS akan dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri!



PAS sememangnya adalah pilihan terakhir dalam inner circle Anwar Ibrahim. Mungkin PAS lebih sesuai untuk kerja kerja special ops sewaktu pilihanraya ... menjadi barua Anwar Ibrahim, tukang sorak dan tukang karut utama.

Salahuddin Ayub pernah melenting pasal isu perlantikan Timbalan Perdana Menteri yang dibuat tanpa merujuk kepada PAS. Itulah yang termampu dilakukan, PAS hanya boleh menyalak dan melenting melalui media massa.



Kuasa sebenar adalah di tangan Anwar Ibrahim ... jika beliau menjentik 'anu' Nik Aziz, maka seluruh warga PAS akan turut menyusul dan menyokong penuh fatwa Nik Aziz. Apa yang Haji Hadi dan Salahuddin Ayub boleh lakukan?

Pada kaca mata Anwar Ibrahim, PAS hanya layak untuk jawatan kurang penting dalam kabinet bayangan (yang kini telah menjadi bayang bayang sahaja). Pemimpin PAS hanya layak sebagai 'coffee boy' dalam Pakatan Rakyat.

GWM menunggu apa pula rungutan parti PAS. Statement apa pula yang akan dikeluarkan dari mulut pemimpin PAS. Simpati juga pada PAS yang taraf mereka hanya layak menjadi pak sanggup dan pak turut Anwar Ibrahim.

Mungkin itu sebenarnya taraf dan kelayakan PAS dalam Pakatan Rakyat ... coffee boy Anwar Ibrahim!


sumber / pautan:

http://utusanonline.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=1129&pub=Utusan_Malaysia&sec=Politik&pg=po_02.htm


MELAYU ATAS PAGAR

0 comments: