Tuesday, November 2, 2010


Ini baru betul betul punya fobia! PAS sudah dilanda demam ‘Aziz Limau’ dan kekeringan idea untuk counterback calon BN, saudara Abdul Aziz Yusoff.

Blog Media Permatang Pauh menggambarkan betapa lemah dan teruknya jentera pilihanraya PAS untuk menghasilkan propaganda yang bertaraf murid sekolah darjah satu.

Dari awal pengumuman calon BN bertanding di DUN Galas, saudara Abdul Aziz Yusoff hanya mempunyai kelayakan SPM sahaja dan mempunyai pengalaman berkhidmat di KESEDAR selama 30 tahun. Rakyat amat mengetahui hal ini. Rata rata media sudah memaparkan biodata peribadi calon BN.

Akibat terlalu terdesak, jentera pilihanraya PAS mengedarkan risalah (flyer) di Bandar Lama Gua Musang bahawasanya calon BN mempunyai kelulusan akdemik Ijazah Sarjana Muda Pengajian Perniagaan. Calon BN juga dikatakan telah bercuti untuk melanjutkan pelajaran di Universiti Utara Malaysia.


Betapa pembohongnya jentera pilihanraya PAS dan para blogger PAS untuk spin sesuatu isu. Cerita fiksyen ini diterjemahkan dalam bentuk flyers untuk diedarkan kepada para pengundi DUN Galas.

Fakta dan hujah menarik dari blog Media Permatang Pauh sudah cukup untuk ‘check mate’ parti PAS. Susunan dan aturcara hujah blog berkenaan amat dipuji.

“ Saya telah ada di Gua Musang ini sehari sebelum hari penamaan calon hinggalah ke hari ini, dan saya tahu bahawa calon UMNO/BN ini hanya mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia sahaja. Bila pulak SPM boleh bertukar menjadi "Degree" sebagaimana yang tertera didalam flyers tersebut?”

“Jika menurut flyers tersebut, calon UMNO/BN Abdul Aziz Yusof telah tamat pengajian dan menerima Ijazah Sarjana Muda pengajian perniagaan pada tahun 1988 dari Universiti Utara Malaysia Sintok Kedah. Betulkah begitu kerana apa yang saya tahu, UUM telah ditubuhkan pada tahun 1986. Dua tahun sebelum itu, UUM hanya dikenali sebagai Sekolah Pengurusan Perniagaan (Bussiness Management School). Takkan pengajian bagi peringkat Ijazah hanya mengambil masa 2 tahun sahaja?”

”Lagi satu, mengikut rekod di KESEDAR, Abdul Aziz Yusof sudah berkhidmat selama 30 tahun di situ bermula dari beliau berumur 19 tahun. Tiada rekod pun samaada beliau mengambil cuti melanjutkan pelajaran ataupun cuti bagi meneruskan pengajian. ”
blog Media Permatang Pauh.

PAS amat cemerlang. Cemerlang dengan kata lain sebagai penipu dan pembohong besar. Parti Islam apa jika terlalu suka membohong. Bukankah menipu itu sifat para munafiq!

Lagi satu kejayaan cemerlang hasil buah tangan juak juak Nik Aziz. Penipuan adalah salah satu dari ajaran terbaru parti PAS. Bukan begitu ... Nik Aziz!

Igauan ’Aziz Limau’ kian menakutkan dan menjadi mimpi ngeri PAS.

Sumber rujukan sahih:
http://mediapermatangpauh.blogspot.com/2010/11/petugas-propaganda-dan-bloggers-pas-di.html




MELAYU ATAS PAGAR

1 comments:

Anonymous said...

hamPAS bingai bin bangang! last minute punya penipuan! awas pengundi Galas!