Wednesday, November 10, 2010


Ahli parlimen PAS Kuala Selangor Dzulkefly Ahmad hari ini diarahkan keluar dari Dewan Rakyat kerana menimbulkan ketegangan berhubung identiti seorang pelajar lelaki yang dirotan kerana membawa nasi dengan daging khinzir goreng dan sosej yang tidak halal.

Dzulkefly yang berang dengan hujah yang ditimbulkan oleh Zulkifli Noordin (Bebas-Kulim Bandar Baharu) bahawa bapa budak berkenaan beragama Islam.

Justeru, “tidak wajar” bagi seseorang Islam membawa makanan “haram” ke sekolah.

“Jika bapa budak itu beragama Islam, maka sewajarnya budak itu juga semestinya beragama Islam,” kata Zulkifli.

Namun, menurut Dzulkefly, isu yang dibangkitkan bukan berhubung indentiti agama pelajar berkenaan tetapi tindakan pihak sekolah yang menghukum budak lelaki itu dengan merotannya.

Makan babi

Zulkifli kemudian berkata "inilah PAS menggalakkan anak Muslim makan babi".
Kenyataan itu telah mencetuskan ketegangan di Dewan Rakyat dengan Dzulkefly terus membidasnya dengan berkata: "Inilah amalan agama yang paling sempit".

Kenyataan itu kemudiannya membangkitkan kemarahan bukan sahaja Dzulkefly, malah sebahagian ahli parlimen Pakatan Rakyat lain.

Turut bangun membantah Tony Pua (DAP-Petaling Jaya Utara), N Gobalakrishnan (PKR-Padang Serai), dan Siti Mariah Mahmud (PAS-Kota Raja).

Tidak berpuas hati dengan kenyataan Zulkifli itu, Dzulkefly kemudiannya bangun membantah sehingga dewan menjadi kecoh dan tidak terkawal oleh Timbalan Speaker, Datuk Wan Junaidi Jaafar.

Meskipun diarahkan oleh timbalan speaker supaya berhenti bertengkar dan duduk, namun Dzulkefly terus membidas bekas ahli parlimen PKR yang berpaling tadah itu.

Wan Junaidi kemudian mengarahkan supaya Dzulkefly keluar dewan sehingga waktu makan tengahari berahir pada jam 2.30 petang ini.

"Apa yang memanaskan saya apabila saya disuruh duduk, dalam masa sama Kulim Bandar Baharu (Zulkifli) terus menerus menyerang PAS, serang Islam dan serang saya," katanya di luar pintu dewan.

Khianati agama

Pada sidang media selepas itu, Dzulkefly mendakwa ahli parlimen Kulim Bandar Baharu sengaja menggunakan ruang perbahasan untuk mencetuskan pertentangan.

"Dalam semangat toleransi beragama, Kulim Bandar Baharu membuat satu penyataan yang menunjukkan orang Islam ekstrem.

"Kalau benar mahu bahas isu ini, bukan di sini, tapi Kulim Bandar Baharu terus mengatakan bahawa inilah PAS, yang menghalalkan orang Islam makan babi.

"Inilah cara paling jahat yang sebenarnya mengkhianati agama atas kononnya untuk memperjuangkan agama," katanya kesal.

Sementara itu, Yusmadi Yussof (PKR-Balik Pulau) pada sidang media sama turut mengecam sikap Zulkifli.

Katanya, Zulkifli tidak bertanggungjawab dan tidak mengamalkan konsep Islam moderat yang mahu ditonjolkan kepimpinan negara.

"Saya terkilan kerana Kuala Selangor (Zulkefly) menjadi mangsa dalam usaha pertahankan Islam yang sebenar,” ujarnya



Inilah masalahnya bila cuba mencampuradukkan politik dengan agama. Islam sememangnya mengamalkan kesederhanaan dan moderate.

Apa kena moderate dengan menggalakkan bukan Islam membawa khinzir ke sekolah untuk di makan di hadapan anak anak yang berugama Islam.

Jawapan Yusmadi lebih bersifat bodoh dan tidak mendalami Islam. Tidak ada kena mengena moderate di dalam Islam jika bukan Islam tidak tahu menghormati rakan rakan Islam yang lain. Tidak terfikirkah implikasi jangka masa panjang kepada anak anak kita yang beragama Islam.


Inlah akibatnya jika mahu menjadi moderate seperti Anwar Ibrahim. Berapa ramai lelaki umat Islam sudah diliwatnya ... adakah ini tanda Islam itu moderate? Liwat itu dibolehkan agar Islam dipandang sebagai agama moderate.

Begitu juga dengan PAS ... bukan begini cara mahu menarik undi bukan Islam. Ini cara untuk menjadi barua bukan Islam. Sudahlah Khalid Gereja melacurkan Kalimah Allah, Babi pula nak dihalalkan di sekolah pula. Tidak cukupkah lagi dengan aksi sogokan Nik Aziz di pilihanraya Galas tempoh hari.

Apa boleh buat ... bila haram sudah dihalalkan oleh PAS.

Macam ni nak laksanakan hukum hudud ... minta umat Islam dan rakyat berfikir dengan baik.



MELAYU ATAS PAGAR

1 comments:

Anonymous said...

kerana sikap jahil yg mengaku islam mcm korang ni la,org bkn islam pyh nk tgk keindahan Islam