Tuesday, November 2, 2010


Masih ingat lagi dengan kes penerima konsesi balak terbesar di Kelantan, Timbermine Sdn Bhd yang kini menunggu pampasan RM800 Juta dari kerajaan PAS Kelantan?

Disember 2009, Mahkamah Tinggi memutuskan kerajaan PAS Kelantan telah melanggar perjanjian yang ditandatangani 45 tahun yang lalu bersama Timbermine Sdn Bhd yang telah dianugerahkan kawasan konsesi balak teramat luas beribu ekar pada tahun 1964 oleh Menteri Besar PAS, Ishak Lotfi.

Ini adalah kes klasik dan permulaan bermula salahguna kuasa parti PAS yang bertopengkan Islam bermukakan Iblis dan hawa nafsu.


GWM paparkan putarbelit media sensasi alam sesmesta Harakahdaily yang menulis artikel ‘RM 800 juta: Kelantan Warisi Kes UMNO BN’ (baca dengan teliti penyelewengan fakta dan sejarah). Contoh cemerlang media pemfitnah paling agung dari parti PAShit!

Bagaimana Harakahdaily yang dinobatkan oleh juak juak PAS sebagai ‘Tepat Dari Sumber’ boleh miscalculated sejarah dan matematik? Ini kes berat dan memalukan!

Tahun 2009 ditolak 45 tahun, bermakna kejadian dan kes tersebut berlaku pada tahun 1964. Walhal, PAS menyertai BN selepas penubuhan MAGERAN dan bertanding atas tiket BN pada pilihanraya umum pada tahun 1974.


Itu suatu perbezaan cukup ketara ... 10 tahun. Pemberian konsesi balak berlaku pada tahun 1964! Bukan tahun 1974! Apa rasional memberi kawasan tanah beribu ekar hanya kepada satu syarikat konsesi balak, Timbermine Sdn Bhd!

Mahkamah Tinggi mengatakan isu pemberian konsesi tersebut berlaku tahun 1964! Husam Musa dan Harakahdaily memandai mandai ubah sejarah dan salah kira matematik mengatakan isu tersebut berlaku pada tahun 1974!

Siapa yang putar belit isu di sini ... Mahkamah atau PAShit!

Menteri Besar PAS BN Kelantan (sewaktu MAGERAN), Muhammad Nasir telah membatalkan perjanjian tersebut kerana cukup yakin pemimpin PAS Kelantan telah menggadaikan cukup luas tanah di Kelantan hanya kepada satu syarikat konsesi balak.

Yang peliknya, para pemimpin PAS telah mengemukakan usul undi tidak percaya kepada Menteri Besar mereka sendiri kerana mahu menutup bangkai gajah yang sudah cukup busuk dan meloyakan.

Sama ada PAS mahu mangaku atai tidak, Menteri Besar pada tahun 1978 Tan Sri Muhammad Yaccob (yang dimalukan dan di’boo’ oleh PAS pada Persidangan DUN Kelantan 1989) bertanggungjawab mengadakan rundingan bersama Timbermine Sdn Bhd.

Kerajaan negeri Kelantan dibawah pemerintahan Tan Sri Muhammad Yaacob telah berunding dengan Timbermine Sdn Bhd untuk diberikan tanah kepada Kerajaan Persukutuan dan dimajukan oleh KESEDAR. Pihak kerajaan negeri telah membayar sejumlah pampasan kepada Timbermine Sdn Bhd.

PAS sehingga kini tidak pernah memberikan satu fakta dan kenyataan rasmi berhubung perkara di atas. Kesemua isu isu tempatan tidak berani dikemukakan kerana rakyat akan mengetahui pembohongan terbesar sejarah PAS Kelantan.

Kerajaan PAS Kelantan kini yang mengalami defisit belanjawan terkumpul sebanyak RM 1 billion, berhadapan pula dengan bayaran pampasan sebanyak RM 800 juta kepada Timbermine Sdn Bhd.

Umum tahu, belanjawan tahunan kerajaan negeri adalah sebanyak RM 400 juta. Bermakna perintah bayaran pampasan RM 800 juta adalah bersamaan dengan 2 tahun belanjawan kerajaan negeri.

Bagaimana harus diselesaikan isu bayaran pampasan tersebut? Kocek kerajaan PAS kelantan semakin kering kontang, namun sanggup pula untuk membayar RM 389,250 bagi sejumlah 1,557 pengundi berdaftar di luar untuk balik mengundi di DUN Galas.

Apakah rasional di sebalik membelanjakan sejumlah wang tersebut sedangkan kerajaan negeri sedang berhadapan dengan defisit belanjawan dan tuntutan pampasan dari syarikat konsesi balak?

Maka tidak hairan mengapa PAS begitu rakus membelasah apa sahaja yang tertulis di dalam Al Quran dan Sunnah. Habis segala ayat ayat suci Al Quran dan Hadis Rasulullah s.a.w. digunapakai sebaik mungkin untuk sokongan dan membeli undi wahid!

Sudah memang terpalit di lambang parti sejak 1964 parti ini sudah terbabit dengan salahguna kuasa. Kerakusan hawa nafsu dan tamak haloba pemimpin PAS sebenarnya mengakibatkan tuntutan saman dan pampasan.

Bagaimana mahu membayar sejumlah wang ‘dosa’ pampasan PAS jika kerajaan negeri tidak mempunyai apa apa lagi dana dan simpanan.

Tidak hairanlah mengapa parti PAS cukup gemar dan naik syeikh untuk bermain dengan isu royalti minyak di Kelantan. Apalagi dengan berlangsungnya pilihanraya di DUN Galas. Inilah masa untuk menterbalikkan fakta dan minda rakyat supaya percaya dengan parti pembohong ini.

Isu royalti minyak kini sedang laris dimainkan oleh PAS di DUN Galas. Isu nasional, isu tempatan ... langsung tidak disentuh. Malu kalau rakyat di Gua Musang dan Kelantan amnya tahu.

Wang dan salahguna kuasa! Slogan dan Wahid sebenar perjuangan PAS sejak tahun 1964! ... Bagi aur dan tebing!

Sumber rujukan yang sahih:
http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2009/12/31/courts/5393622&sec=courts

http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=23944:rm800-juta-kelantan-warisi-kes-zaman-umnobn&catid=1:utama&Itemid=50
http://kickdefella.wordpress.com/2010/01/02/kelantan-akan-muflis/



MELAYU ATAS PAGAR

5 comments:

Ayahanda @ bonda angkatkamu said...

KEJE KAFIR LAKNATULLAH JER KUTUK TOKGURU..
OPEN UR MIND.. IM NOT A MALAY PERSON, BUT I HORMAT TUAN GURU NIK AZIZ.. DRPD KUTUK TOKGURU.. BEK G KUTUK MAK AYAH SENDIRI JER

MymassaVoice said...

kah kah kah...

penjumud N.ajis suruh penulis buka minda...

tak nak mengaku melayu (nak menyamar cina penyokong PAS la tu) pulak tu...

kah kah kah...

Anonymous said...

Kalau UMNO bagi duit itu dinama Rasuah
Kalau PAS bagil duit itu dinama Amal Jariah
Kalau ceramah UMNO, Hujan turun itu bala
Kalau ceramah PAS, Hujun turun itu rahmat
Kalau PAS masuk gereja ikut Nabi, UMNO buat kafir
Kalau PAS ada cryno & nepo ikut Nabi, UMNO buat haram
Akan datang, anak kita masuk gereja, ajaran apa itu? Parti Ajaran Sesat (PAS)

Anonymous said...

1st - malu le wahai saudara ku kalau diri mu di tegur begitu oleh sesaorang bukan muslim. Sepatut nye saudar bukan kutuk tetapi tegur secara jujur.

2nd - kalau HARAKAH pembohong, jualan nya tak kan meningkat dari hari ke hari berbanding UTUSAN yang hampir muflis kerana kurang jualan.

3rd - tak payah nak putar belit fakta, mmg kejadian tersebut berlaku atas kesalahan pimpinan UMNO yg nak mengenakan dan menjatuhkan pimpinan PAS ketika itu. Itu strategi UMNO ketika tu untuk gulingkan kerajaan negeri Kelantan.

Bukan KELANTAN yg defisit kerana perbelanjaan yg boros. KELANTAN lebih cermat menyusun perbelanjaan walaupun hak wang peruntukan KERAJAAN PERSEKUTUAN di nafi dan di sekat kepada KELANTAN. Hak ROYALTI MINYAK di RAMPAS.

SIAPA YANG SALAH GUNA KUASA. UMNO ATAU PAS.

DUIT ROYALTI MINYAK KELANTAN, TERENGGANU, SABAH DAN SARAWAK DI RAMPAS DAN DI LARIKAN OLEH PEMIMPIN PEMIMPIN UMNO UNTUK KEPENTINGAN PERIBADI MEREKA. TERMASUK LE NAK BAYAR DAN TANGGUNG BIAWAK HIDUP MCM LU SEMUA BARUA BARUA UMNO.

manap tetap umno said...

he he he ... juak PAShit @ anon 9.19am suda panazzz!

1st - malule kalau setuju kutuk mak bapak sendiri. Nabi Muhammad ajar ka? Islam promote ajaran mcm tu ka?

2nd - memang la circulation HAPRAKAH tinggi kalau banyak cerita fitnah dan sensasi! mcm majalah MANGGA! sama je taraf tu!

3rd - hang bodo ka apa? kes tu mahkamah kata berlaku sejak 1964. yang hang nak kata UMNO apsal? awat cerdik sangat!

4th - tak mengaku lagi kerajaan kelantan defisit rm 1 billion. hang gila ka apa? pi lah tengok betoi2 dalam HAPRAKAH! cari le artikel pasai defisit tu!

hang dok kata HAPRAKAH betoi. la ni dok tolak ceriat pasai defisit!

bingai betoi! he he he!