MENGAPA PAS TEWAS DI DUN GALAS (BAHAGIAN 1)
FAKTOR KU LI
PAS dari awal lagi sudah membayangkan kegusaran dengan perlantikan Ku Li sebagai Pengarah Pilihanraya BN di Galas. Mimpi ngeri parti PAS menjadi kenyataan apabila Ku Li bersetuju dengan perlantikan tersebut.
Para pemimpin PAS dan web web portal pembangkang seperti Harakahdaily sedaya upaya memperlekehkan perlantikan beliau. Terlalu banyak persepsi negatif dan tohmahan dilemparkan untuk memberi kesan psikologi kepada rakyat dan menjatuhkan imej Ku Li di Gua Musang.
Tidak cukup dengan kenyataan dari parti PAS, tokoh akademik yang bertunjangkan parti PAS turut memberi pandangan berbentuk ’psy war’ sehari sebelum berlangsungnya pilihanraya. Mustahil untuk PAS untuk menang melainkan umej Ku Li perlu dirosakkan secepat mungkin atau berdepan dengan kekalahan besar.
Namun begitu, ada pemimpin PAS yang awal awal lagi sudah menjangkakan parti PAS akan tewas pada pilihanraya kali ini. Maka tidak mengahirankan apabila Timbalan Setiausaha Agung PAS, Takiyuddin Hassan sudah dua kali menzahirkan agar UMNO menarik diri dari bertanding dan memberi laluan kepada PAS untuk memegang kembali kerusi DUN Galas.
”Tidak menjadi sesauatu yang menjatuhkan maruah sekiranya UMNO sebagai parti terbesar kaum Melayu tidak bertanding atas dasar perpaduan, malah mereka boleh dianggap sebagai berjiwa besar dan berjihad” Takiyuddin Hassan (Sinar Harian, 20 Oktober 2010).
Takiyuddin Hassan sudah nampak jika sekalipun PAS akan memainkan isu wang ehsan dan isu royalti minyak, belum tentu PAS akan menang. Ini kerana beliau sudah nampak, PAS Kelantan masih belum melunaskan begitu banyak isu isu tempatan yang tergantung di Gua Musang.
Ku Li sebenarnya lebih spot on dengan cara berkempen di Gua Musang. Tidak banyak ceramah diadakan oleh BN melainkan program tertentu bersama rakyat, jika dibandingkan dengan PAS yang setiap malam dipenuhi dengan acara ceramah sepanjang tempoh berkempen.
Ku Li lebih gemar berjumpa dengan para pengundi secara bersemuka (eye to eye contact) kerana disitulah ada personal touch di antara pemimpin dan rakyat.
Semasa hari pertama tiba di BN Command Center, GWM agak hairan mengapa markas hanya sepi dan tidak berpenghuni melainkan hanya lima atau enam petugas BN sahaja yang ada.
Jika PAS lebih selesa untuk berceramah dan berjumpa para pengundi, Ku Li telah awal awal lagi mengarahkan setiap jentera untuk bergerak dari rumah ke rumah sejak pagi lagi, setiap hari. Agak sukar untuk melihat kelibat petugas BN berada di Command Center.
Ku Li sebenarnya adalah X Factor memandangkan kepada pengalaman, rekod cemerlang dan pengaruh beliau yang cukup besar di Gua Musang, sama ada pengundi Melayu, Cina, India dan Orang Asli.
Ku Li bertindak bijak apabila dapat menyatukan 3 pemimpin utama UMNO sebelum pilihanraya berlangsung. Gandingan mantap beliau bersama Mustapha Mohammed, Annuar Musa dan Dr Awang Adek telah mencetuskan kemenangan yang diperlukan oleh BN.
Ketiga tiga pemimpin utama UMNO Kelantan ini bergerak sebagai satu pasukan bersama Ku Li sewaktu tempoh kempen. Yang paling menarik adalah kesemua pemimpin utama ini bergerak secara berasingan dan hanya berjumpa dengan Ku Li disebelah petang di Command Center untuk update sokongan yang diperolehi.
Sumber sahih:
http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=28892:galas-buruk-sungguh-umno-layan-razaleigh&catid=1:utama&Itemid=50
http://harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=29321:ku-li-punca-masalah-jentera-bn-pensyarah&catid=1:utama&Itemid=50
http://mediawangsamaju.blogspot.com/2010/10/pas-semakin-kalut-takiyuddin-hassan.html
Gambar ihsan:
Minaq-jinggo
MELAYU ATAS PAGAR
0 comments:
Post a Comment