GELOMBANG WANGSA MAJU: 06/01/10

Follow

MAIN BANNER

MAIN BANNER

SUBSIDI : KENAPA BEGITU PANIK !!!

| Tuesday, June 1, 2010

Bunyi seakan akan bodoh ... Malaysia mampu jimat sebanyak RM103 billion untuk lima (5) tahun akan datang sekiranya Kerajaan mulai sekarang, mengurangkan subsidi secara berperingkat.

Atau dengan kata lain, negara akan bankrupt pada tahun 2019 ( 9 tahun dari sekarang ) mengikut pendapat Idris Jala (mampos mamat sorang ni, belum apa apa dah buat panik) jika ... jika hutang Kerajaan bertambah sebanyak 12 % setahun.


Mmmmm ... sedap juak juak pembangkang dengar ni, tiap tiap hari boleh buat isu dalam ceramah 'bahlol' perdana. 'klise' tak habis habis ...

Nak terus bagi subsidi ... juak juak pembangkang mula terhereng sana terhereng sini mendakwa Kerajaan cukup hebat membazir dalam mengawal perbelanjaan negara. Potong subsidi ... mula dakwa Kerajaan 'membunuh' periuk nasi rakyat, terlalu membazir sampai nak bankrupt, rasuah, bla bla bla bla ...



Inilah pun kerja 'tetap' juak juak pembangkang. Tidak melampau jika dikatakan kita juga turut terheret dengan 'narrow minded' juak juak ini.

Rasanya, inilah keputusan paling 'tidak popular' yang dikeluarkan oleh Kerajaan semenjak mencapai kemerdekaan yang mampu membunuh undi di PRU 13. Rasanyalah ! ... Belum tentu lagi ! Government is not that stupid I presume ...

Kita boleh mengamuk sekarang, buat demonstrasi, piket ramai ramai, join sekali dengan juak juak pembangkang, tapi apa resolusi kita ... apa 'back up' plan kita sebenarnya. Adakah pernah terlintas di kepala kita 'future generation' akan menyumpah kita jika kita membantah 500% langkah yang diambil Kerajaan.

Tak boleh bayangkan lagi ??? Atau pembaca mula berfikir ... gila ka apa penulis sorang ni ? Orang lain dok bantah, ngko senang senang telan bulat bulat cadangan Kerajaan. Malaysiakini semalam sudah mula 'membelasah' Kerajaan dengan anggapan 'Subsidy for Cronisym'. Ekonomi negara mungkin akan menjadi seperti di Greece ! Wah pandai betul !

Macam nilah! kita 'based' data data yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia, tak percaya lagi, kita 'based' pulak dari World Bank dan International Monetary Fund (IMF). Amacam !

Susah nak 'convince' juak juak pembangkang ni. Dia orang lebih percaya kepada 'orang luar'. Tidak mengapa, kita bagi laporan/sumber dari World Bank dan International Monetary Fund (IMF). Sila cari sendiri dalam website data data dari dua badan dunia ini. Takkan semua nak 'spoonfed', jangan jadi pemalas!


> Pergerakan / Pertumbuhan ekonomi negara adalah positif (pertumbuhan sebanyak dua digit pada suku pertama tahun fiskal)

> 'Budget' / Belanjawan negara 'substantially' tumbuh dalam masa 2 tahun akan datang atas dasar ekonomi negara sedang berkembang.

> Negara mengamalkan 'prudent financial management' dan 'tight monetary policies' yang akan menghalang 'cross country swaps' seperti yang berlaku di Greece.

> Negara tidak terperangkap dengan 'euro capsule' seperti di Greece yang menggunakan satu matawang untuk Benua Eropah. Negara lebih fleksibel untuk mengurus matawang, kos dan harga barang.

> Malaysia merupakan di antara kelima (5) negara yang mempunyai 'high saving rate'. Pada 31 Disember 2009, dana terkumpul Employees’ Provident Fund (EPF) sebanyak RM360billion.

> Negara masih mewah dengan 'abundant resources' dan 'diversified economy' yang menghalang kita terjerumus kedalam lingkaran 'bankruptcy'.

Namun pengurangan sudbsidi secara berperingkat perlu lebih pragmatik dan berpandukan pergerakan ekonomi dalam tempoh tiga (3) tahun (forecasting) tanpa pembaziran sumber dan dana. Dengar tu menteri, timbalan menteri terbabit denagn kementerian masing masing. Jangan main belasah je buat pembentangan 'budget'.

Kita tidak perlu melihat Greece ... dia punya defisit belanjawan cukup menggerunkan sebanyak 13.6% pada tahun 2009. Negara pula berjaya menurunkan defisit belanjawan 2009 dari 7% ke 5.6%.


Tak payah panik sebenarnya!

Tahun 1998 bila kita mula membuat 'capital control' pun World Bank dengan IMF menjerit macam nak gila tuduh kita buat 'uncharacteristic economic move'. Anwar Ibrahim pun join sekaki dengan juak juak dia i.e. Michael Camdessus, Paul Wolfowitz dan James Wolfensohn dengan mengatakan ekonomi negara bakal punah dalam masa lima (5) tahun. Apalagi dengan juak juak pembangkang pun ikut Al Juburi buat statement menggila babi. Termasuklah dengan salah seorang Penasihat Ekonomi di World Bank sekarang ni ... Professor Jomo K Sundram yang lantang menghentam Kerajaan dan Tun Dr Mahathir pada waktu itu. (Sekarang beliau mengakui langkah Tun Dr Mahathir cukup tepat dan bijak).

Sekarang macam mana ? Alhamdulillah ... Okay je !


MELAYU ATAS PAGAR
 

Copyright © 2010 GELOMBANG WANGSA MAJU