Friday, June 11, 2010


Tertarik dengan pengamatan blogger Gelagat Anwar merumuskan himpunan anti Israel anjuran PAS di Kedutaan Amerika Syarikat baru-baru ini akhirnya di'hijack' oleh Anwar untuk meraih semula populariti dirinya, yang selama ini hilang dinamisme ekoran pertuduhan liwat.

Anwar tidak perlu bekerja keras mengumpulkan bala tentera untuk datang berdemo. Mungkin kalau Anwar bekerja keras pun, orang ramai tidak datang berdemo kerana faktor Anwar, tetapi mereka datang kerana faktor isu, jadi di tengah keghairahan orang ramai berdemo itu, apa yang perlu dilakukan Anwar adalah meng'hijacked'. Ketika ini, Anwar akan muncul sebagai 'hero' dengan kepakaran 'retoriknya' hingga orang melupakan siapa yang sebenarnya yang menjadi penganjurnya dan matlamatnya.

Hal yang sama pernah Anwar lakukan semasa perhimpunan BERSIH. Anwar 'hijack' saat akhir, hingga melayakkan beliau dikenali sebagai 'jaguh' di media antarabangsa. Malah media antarabangsa menganggap ahli-ahli yang mengikuti himpunan BERSIH tempoh hari adalah ahli-ahli yang menyokong Anwar. Wal hal sebenarnya tidak. Sebahagian besarnya adalah ahli-ahli PAS yang hadir bukan faktor Anwar Ibrahim, tetapi Anwar berjaya meng'hijack' menjadikan ahli-ahli yang tidak menyokongnya, secara pukul rata 'sebagai penyokong Anwar', pada kaca mata media Barat.

Itulah kehebatan Anwar, guna taktik 'hijack' untuk populariti diri sendiri.Anwar hanya akan guna taktik ini, ketika dalam 'kecelaruan minda rakyat', terutamanya semasa demonstrasi.

Bagi anak-anak muda yang hidup era ini, mereka tidak pernah mengenal Anwar ketika hidup pada era 70-an. Anak-anak muda masa kini hanya bergantung kepada bahan-bahan bacaan dan cerita 'tok selampit' dari penyokong-penyokong Anwar yang menceritakan kehebatan Anwar berdemonstrasi pada tahun 70-an.

Tetapi, apakah tidak terfikir, apa yang Anwar lakukan (berdemonstrasi) pada tahun 70-an, sebenarnya sama seperti yang Anwar lakukan dalam demonstrasi di Kedutaan Amerika Syarikat baru-baru ini ?

Anwar menggunakan taktik yang sama iaitu meng'hijack', akhirnya Anwar yang mendapat nama dan orang melupakan siapakah penganjur dan matlamat penganjuran demonstrasi tersebut.


Secara peribadi, saya telah berjumpa dengan Kamaruzzaman Yaakub, tokoh demonstrasi pelajar sekitar tahun 70-an. Ternyata apa yang diwar-warkan oleh penyokong Anwar berbeza dengan versi aktivis pelajar yang sama-sama terlibat dalam demonstrasi tahun 70-an itu.

Saya perturunkan kembali catatan-catatan pengalaman saya berbual dengan Kamaruzaman Yaakub yang pernah saya tulis dalam egroup AIDC sebelum ini.

Tahun 60-an, ketika Anwar menuntut di Universiti Malaya, dia aktif dalam demonstrasi mewakili flatform PBMUM (Persatuan Bahasa Melayu Universiti Malaya) dan PKPIM (Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia).

Benar Anwar juara demonstrasi, tetapi Anwar puak 'rightist' (puak kanan), bukan puak 'leftist'. Itu dakwaan yang pernah dibuat oleh Kamaruzaman Yaakub, bekas Presiden PMUM (Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya), orang yang sama-sama terlibat dalam demonstrasi pelajar sekitar tahun 70-an

'Rightist' membawa maksud satu kumpulan yang menyokong dan mempertahankan tradisi atau nilai budaya serta mengekalkan sistem hieraki dalam masyarakat. istilah ini diperkenalkan semasa Revolusi Perancis yang merujuk kepada kumpulan yang menyokong 'monarchy', 'aristocracy' dan 'pembangunan gereja'. Kumpulan ini juga menyokong sistem kapitalis dan pasaran ekonomi bebas. Puak ini pro Amerika Syarikat.

Manakala lawan kepada 'Rightist' adalah 'Leftist' yang merujuk kepada kumpulan yang menyokong sistem tradisional kepada sistem baru yang mengamalkan konsep sama rata dari segi kekayaan ekonomi dan hak keistimewaan. Kumpulan ini turut dikenali sebagai penganut ideologi 'socialism', 'anarchism' dan 'communism'. Kumpulan ini juga dikenali sebagai 'social democracy'. Puak ini pro Rusia.

Bermakna semasa demonstrasi pelajar sekitar tahun 70-an, terdapat dua puak yang menyertai demonstrasi iaitu puak yang diketuai Kamaruzaman Yaakub (leftist) dan puak yang diketuai oleh Anwar Ibrahim (rightist). Nama lain yang turut disebut sebagai jaguh demonstrasi adalah Ibrahim Ali (rightist) dan Hishamuddin Rais (Leftist).

Sekitar tahun 60-an dan 70-an, puak leftist lebih dominan, mereka menguasai PMUM dan persatuan-persatuan pelajar. Manakala puak rightist mula dominan pada tahun 80-an dan seterusnya.

Jadi kalau kita mengandaikan Anwar Ibrahim 'juara' demonstrasi pada tahun 60-an dan 70-an, adalah tidak tepat, kerana juara sebenar pada era itu adalah kumpulan leftist yang diketuai oleh Kamaruzaman Yaakub dan Hishamuddin Rais.

Saya pernah bertanya Kamaruzaman Yaakub, kenapa Anwar dianggap hero demonstrasi, sedangkan dia bukan 'hero' dalam ertikata sebenarnya.

Kamaruzaman menjawab, "Anwar, biasalah, dia pandai ambil kesempatan"

"Maknanya bukan Anwar 'hero' demonstasi, tahun 60-an dan 70-an ? Saya mengulangi soalan untuk kepastian.

"Bukan. Anwar hanya tempelan. Ada dua group berdemonstrasi. Group kami (leftist) dan group Anwar(rightist). Kami yang anjurkan, kumpulan kami lebih ramai. Anwar hanya datang bersama kumpulannya untuk menempel", tegasnya.

Kamaruzaman cuba memahamkan saya senerio yang berlaku tahun 60-an dan 70-an dengan memberi kiasan demonstrasi BERSIH yang dilakukan oleh parti pembangkang pada tahun lalu (2008).

Penganjur utama demontrasi BERSIH adalah PAS. Ahli-ahli yang dikerahkan turun ke Kuala Lumpur adalah ahli PAS, tetapi yang dapat nama adalah Anwar Ibrahim, walaupun dia hanya datang menempel naik motorsikal di Istana Negara.

"Tetapi, Anwar dapat nama, sebab Anwar diinterbiu oleh wartawan asing (al jazeera, CNN), jadi masyarkat Barat mengangap demonstasi itu adalah usaha Anwar", katanya.

"Mungkin benar juga dakwaan media asing, Anwar 'pemain utama di belakang tabir', sponsor ? saya menduga.

"Mungkin juga kalau dilihat dari segi acara sambutan, terutamanya belanja pakaian seragam(kuning), tetapi saya bercakap dari segi kehadiran, keahlian dan penganjur. Penganjur sebenar adalah PAS", tegasnya.

Pendedahan Kamaruzaman Yaakub, aktivis pelajar 60 dan 70-an yang hidup sezaman dengan Anwar, tentulah menarik perhatian, kerana sebelum ini, peminat gerakan pelajar disalahpenafsirankan dengan mengangap Anwar sebagai ikon.

"Adakah Anwar ikon gerakan pelajar ?", saya bertanya.

"Tidak. Anwar bukan ikon. Dia tidak memegang apa-apa jawatan dalam PMUM. PMUM adalah badan induk pelajar. Anwar hanya pegang Presiden PBMUM. PBMUM adalah salah satu cabang di bawah PMUM", tegas Kamaruzaman.

"Habis siapa ikon gerakan pelajar ? ", saya bertanya lanjut.

"Isham (Hishamuddin Rais) boleh dianggap sebagai ikon. Demi perjuangannya, demonstrasinya, dia terpaksa lari ke luar negara. Lama dia berkelana di luar negara", katanya lagi.

"Habis kenapa Anwar selalu dinobat sebagai ikon gerakan pelajar?", saya tidak berpuas hati.

"Saya tidak tahu. Mungkin kehebatan Anwar bercakap, meletakkan dirinya sebagai hero, mengambil semua hak orang lain ke dalam dirinya. Tetapi kumpulan rightist kekurangan tokoh berwibawa, meskipun Anwar telah tamat belajar, tetapi dia masih dijemput oleh kumpulannya sebagai ketua", hurainya.

"Apa beza kumpulan rightist dan leftist" ? Saya menduga.

"Besar bezanya, antara Amerika Syarikat dan Rusia", jawabnya secara simbolik.

"Ketika berdemontrasi adakah wujud pertentangan antara kumpulan anda dengan kumpulan Anwar?", saya terus memancing.

"Memang ada. Pada permukaan nampak satu pasukan. Tetapi jika bagi orang yang pernah berada dalam demonstrasi tahun 60-an, mereka tahu perpecahan itu", katanya sambil merenung tajam kepada saya.

Untuk memahami lebih lanjut pertentangan kedua kelompok itu, Kamruzaman telah menghadiahkan saya sebuah buku karangannya bertajuk "Meranduk Arus" (Transgaphic Sdn Bhd, 1996)

"Saudara baca secara teliti buku itu. Saya rakamkan pengalaman saya, Anwar dan lain-lain berkaitan dengan demonstrasi 60-an. Tetapi saya buat dalam bentuk novel, untuk mengelak disaman!", katanya lagi.

"Ha..ha..ha..", saya turut ketawa mendengar penjelasannya.

Buku berbentuk novel itu diterbitkan oleh Kamaruzaman Yaakub, pada tahun 1996. Semua hasil karyanya itu ditulis ketika dia menjadi penghuni kem kamunting, Taiping, Perak selama setahun (1975-76).

Dalam bahagian prakata, Kamaruzaman menulis, "buku ini digarap berdasarkan pengalaman dan kejadian semasa saya memimpin Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya (PMUM). Pemikiran dalam novel ini adalah pemikiran pada tahun-tahun 70-an".

Dalam buku 'Meranduk Arus' Kamaruzaman Yaakub menceritakan kisah demonstrasi pelajar di Bangunan 'Lincoln Centre' yang dikatakan sebagai 'pusat CIA' Malaysia.


Tulis Kamaruzaman dalam buku 'Meranduk Arus';

Lincoln Centre seperti dipagari oleh kumpulan polis dan FRU. Para pelajar cuba merempuh FRU dan polis. tapi tidak berhasil. Mereka menjerit dan menyeranah.

Jalal cuba berpidato dan menjerit supaya bertindak. Dia dihalang. Beberapa pelajar dari pusat pengajian yang lain menghalangnya. Mereka mengelilingi Jalal dan menarik heila dari Jalal


Anwar sangat suka kalau sentiasa di'usung'

Pemimpin belia muncul di antara kumpulan pemimpin pelajar. Dia diusung lagi. Samani juga yang menjadi tukang usung. Dia membelakangi Licoln Centre. Dan dimulakan ucapan agar pelajar bertenang. Dia meminta para pelajar duduk. Para pelajar militan di barisan hadapan cuba merempuh.

Pidato pemimpin belia itu menjadi semakin tawar. Pidatonya menjadi seperti lawak jenaka. Sebahagian besar pelajar mulai duduk di jalan raya. Luapan semangat pelajar mulai reda.

"Lincoln lingkup. Lincoln tutup. Lincoln lingkup. Lincoln tutup. Tutup Lincoln. Lingkup Linkoln. Lingkup Linkoln. Lingkup Linkoln.Tutup Lincoln". Pemimpin belia bersuara penuh jenaka. dan sebahagian pelajar turut mengikutinya. Sesama mereka ketawa besar.

Jalal meradang benar. Gelagat pemimpin belia itu tidak dapat dimaafkan. Itu satu sabotaj. Satu penghalang. Siapa pemimpin belia ini ? Siapa ?

"Serbu! Serbu!" Jalal menjerit.

Para pelajar di barisan hadapan menyerbu. Mereka merempuh FRU. Mereka bertahan di dinding Lincoln Centre. Jeritan pelajar semakin lantang. kekecohan terjadi.

Tiba-tiba satu kumpulan pelajar bergabung dengan FRU. Mereka bertahan di dinding itu. Rempuhan pelajar tertampan oleh gabungan pelajar dengan FRU.

Jalal kian meradang. Samani yang mendukung pemimpin belia terhoyong hayang oleh rempuhan para pelajar yang menerpa ke pintu Lincoln Centre.

[Meranduk Arus, muka surat 121-124]

Tulisan Kamaruzaman di atas menggambar konflik dua kumpulan pelajar dalam demontasi di Bangunan Lincoln Centre, bangunan kepunyaan Amerika Syarikat. Satu kumpulan diketuai oleh Jalal bertindak emosi, mahu merobohkan bangunan Lincoln Centre, manakala satu kumpulan lagi diketuai oleh pemimpin belia bertindak seolah-olah menyertai demonstrasi tetapi sebenarnya berusaha mensabotaj dengan berpidato secara lawak jenaka, supaya mood demonstrasi pelajar dapat dimatikan.

Apabila Jalal dapat mengesan taktik halus pemimpin belia, lalu dia menyeru anak buahnya menyerbu bangunan itu, menyebabkan pemimpin belia yang didukung terhoyong hayang dirempuh para pelajar. Manakala kumpulan pro pemimpin belia pula telah segera menyelamatkan pemimpin mereka dengan bergabung tenaga dengan FRU untuk mempertahankan bangunan kepunyaan Amerika Syarikat itu.

Persoalannya siapakah Jalal ? Siapakah pemimpin belia yang dianggap sebagai gunting dalam lipatan oleh Jalal itu ?

Kamaruzaman Yaakub mengatakan kisah di atas adalah kisah benar yang diolah dalam bentuk novel untuk menjaga hati individu tertentu. Kalau kisah benar bermakna watak dan kejadian di atas adalah benar, tetapi siapakah mereka.

Sekarang mari kita teliti tulisan Anwar dalam buku "Bersama Anwar ke Penjara", buku yang diterbitkan dua tahun lebih awal daripada novel kisah benar itu.

Lincohn Centre seperti dipagari oleh kumpulan polis dan FRU. Para pelajar cuba merempuh FRU dan polis. tapi tidak berhasil. Mereka menjerit dan menyeranah.

Anwar muncul di antara kumpulan pelajar. Dia diusung juga. Dia membelakangi Lincoln Centre. Dan dimulakan ucapan bagi meluapkan semangat pelajar. Pelajar-pelajar militan di barisan hadapan cuba merempuh.

Anwar terlalu lama berpidato. Dia sudah penat. Sebahagian besar pelajar mulai duduk di jalan raya. Luapan semangat pelajar mulai reda.

" Lincoln lingkup. Lincoln tutup. Lincoln lingkup. Lincoln tutup. Tutup Lincoln. Linkup Linconln. Tutup Lincoln" Anwar bersuara penuh jenaka. Dan sebahagian pelajar turut mengikutinya. Sesama mereka ketawa meninggi.

[Bersama Anwar ke Penjara, muka surat 98-99]

Sekarang kita sudah tahu siapakah pemimpin belia yang dimaksudkan Anwar dalam novelnya 'Meranduk Arus'. Kita tidak tahu siapakah Jalal, tetapi saya dapat mengagak, watak Jalal adalah watak sebenar Hishamuddin Rais.


Anwar sedang berucap di demonstrasi Lincoln Center, Kuala Lumpur. Anwar sedang membelakangi Lincoln Centre (tidak kelihatan di gambar). Bersebelahan Lincoln Centre adalah bangunan First National City Bank, New York.

Saya masih ingat ketika kali pertama saya berjumpa dengan Kamaruzaman Yaakub. Saya teringin berjumpanya kerana didorong oleh buku tulisannya, 'Bersama Anwar ke Penjara'.

"Saya telah membaca buku 'Bersama Anwar ke Penjara', adakah tulisan itu benar ?", soal saya memulakan bicara.

"Tulisan benar, tetapi telah disunting untuk menjaga hati individu tertentu. Kalau mahu cerita sebenar bacalah buku 'Meranduk Arus', katanya yang masih tergiang-giang di telinga saya.

"Sunting ? Menjaga hati individu tertentu ? Kenapa ?" Soal saya penuh kehairanan.

"Saya di'minta' oleh individu itu untuk menulis buku 'Bersama Anwar ke Penjara. Saya rasa bersalah, kerana tidak dapat meluahkan perkara sebenar. Sebab itu dua tahun kemudian, saya tulis dalam bentuk novel (Meranduk Arus) untuk luahkan perkara sebenar", katanya dalam nada yang kesal.

" Saudara di'minta' ? Maknanya diupah ? Siapa upah ?", saya bertanya lanjut inginkan kepastian...


Kamarazaman Yaacub (bertanda bulat) di penjara Kamunting, Taiping Perak dilawati oleh ahli keluarganya. Dari kiri Kamarazaman Yaacub, ibunya (Wan Jah), Norizan (anak saudara), Ismail Sabri (adik) [Ismail Sabri sekarang adalah Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna] dan Abd. Halim (abang)

Begini sebenarnya modus operandi ANWAR IBRAHIM. Tidaklah hebat mana pun ... rupa rupanya MENANGGUK DI AIR YANG KERUH. Licik licik !!! Selicik 'benda'nya juga ... Kasihan juak juak PAS yang diperkuda dan dikembirikan pada hari ini. Apa boleh buat nasib badan PAS ...

SUMBER INSPIRASI : AIDC


MELAYU ATAS PAGAR

2 comments:

lord ried said...

ALOOO BEWAK2 PEJUANG MELAYU.......

PEEEERRRRKKKHH......DAH HURU HARA PON PARTI BEWAK. UDAH ILANG PEDOMAN GAMAKNYA. PALA BEWAK DAH WAT SEHABIH BEIK DAH SUH RAKYAT KELIK JADI BEWAK.

LAGU MANAHAN AYAQ BANJIQ, KAMBUIH SINI...SANA PECAH. TUTUP BAWAH ATAIH BOCOQ. BEWAK PUNYA PALA PIKIAQ LAGUMANA NAK WAT SUPAYA PITIH TADAK TAPI BULIH NAMPAK MACAM ADA. KAPLA BEWAK DOK PENING MACAM KUCING KENA IKAT KERTAS KAT EKOQ..... TIBA BEWAK LEIN KATA EKONOMI MALAYSIA NAK MAMPUIH 9 TAUN LAGI........ FUHHHHHHH DASAT LA....KENA TAGHIK SUBSIDI LA....
SABIK SUBSIDI LA EKONOMI SAMPAI NAK MAMPUIH TAUN 2019 SETAUN SEBELUM MALAYSIA NI JADI NEGAGHA MAJU. TAKLEH LA KITA NAK PELEKEH NEGAGHA MAJU NI ...... TADAK PITIH PON KALU TAKDIR NEGAGHA NAK MAJU...
MAJU LA, KALU PON GHAKYAT SUSAH NAK MENTEKEDARAH.

SUDAH JATUIH DITIMPA TANGGA BELE....BAB KENA TAIK LUMBU, ADA PULAK BEWAK NAK TUNJUK RIAK NAT WAT PARLIMEN BAGHU. PARLIMEN TU DAH BUGHUK....TADAK SELESA LA.

FUUUHHHHHHHH...... TAK BEKENAN SUNGGUH SETENGAH2BLOGGER2 BEWAK YANG BERMAMPUIH-MAMPUIHAN DOK PERTAHANKAN MELAYU, TIBA2 PERJUANGAN BEWAK2 NI DAH JADI PERANGKAP TIKUIH.... APA TIDAKNYA
TAK HABIH ISU JUDI BOLA SEPAK... MAI PULAK NAK TAGHIK SUBSIDI...LEPAIH NAK BERJOLI SAKAN DOK DALAM PARLIMEN BAGHU.

DALAM REPUTASI PARTI BEWAK SEROPA PERANGKAP TIKUIH KENA HENJAQ....TUUUUUT....TUUUUUUT SEKOQ BEWAK KAT KEDAH MUFLISI PULAK. LAGU NI LA PUAK2 BEWAK MASUK TANDAS DOK GHASA NAK KECING,
TAPI KELUAQ TAIK. BUKA DAH ZIP SELUAQ... HULUQ BATANG PELIAQ....
AYAQ KENCING TADAK, TAIK PULAK KELUAQ.

NAK SAMPAI PRU 13.... GHAMAI BEWAK2 NI PI BEREHAT KAT WAD GILA.


he he he

gurau ngan puak2 bewak

Mohd said...

PAS tak boleh buat apa2.
Mulut dan hati sudah tertutup kerana taksub pd pemimpin. Cuma mata boleh melihat terkedip2!