Saturday, June 26, 2010

Sebenarnya, apakah yang membuatkan UMNO mendapat cela kebelakangan ini? Benar, kehendak Allah jualah yang mendatangkan apa-apa ujian ke atas apa-apa pada sesuatu apa pun. Tetapi hikmah Allah membawa kepada kaedah datangnya celaan itu. Tiada kerosakan yang akan berlaku melainkan akibat tangan manusia sendiri.

Ya. Jawapannya pemegang tampuk pemerintahan itu. Jika ianya dirampas oleh golongan yang tidak menegakkan hukum Allah, mengapa 'KEAMANAN' yang menjadi mangsa. Mengapa tidak dirampas 'KEAMANAN' dari mereka? Kebanyakan yang bertempik maki sindir caci hakikatnya adalah golongan yang takut dan keberanian mereka hanya dijari-jemari sahaja.

Bukankah UMNO itu merupakan pemberian Allah ke atas umat Islam yang di dalamnya terdiri dari 98% orang Melayu dan di dalam orang Melayu, terdirilah 100% Islam mengikut perlembagaan. Memang ada Melayu yang murtad dan secara hikmah Allah, ciptaan manusia jugalah yang membuatkan Melayu yang keluar Islam tidak boleh diiktiraf sebagai Melayu lagi mengikut perlembagaan sekular.

Maka manakah dalil yang menyebut UMNO itu adalah keamanan? Usahlah terperanjat saudara-saudara. Perkara ini jika disengajapun, tidak ada kena mengena dengan apa yang kita boleh tetapkan sebagai fakta. Anggaplah ia sebagai kebetulan.

Bagaimana kita menyebut 'UMNO' adakah 'umm-noh' atau 'amm-noh' ??? Dan pada sesetengah mulut, bukan sedikit, malah ramai, kita akan terdengar sebutan 'amm-nu'.

Bukankah dalam bahasa Arab halus sendiri 'amm-nu' itu bermaksud aman/keamanan? Menutup kisah tersebut marilah kita perhalusi petikan yang berkait dengan kisah Nabi Ibrahim Alaihissalam.



Bukankah Allah telah berfirman bahawa Al-Quran itu diturunkan dengan bahasa yang mudah agar dapat difahami oleh segenap lapisan manusia. Kebanyakan manusia difirmankan sebagai gemar memperselisihkan ayat-ayat Allah tanpa mereka pedulikan keterangan tersebut.

Jika bagi sesetengah orang yang mahu berfikir, bukankah 'keamanan' itu telah menjadi satu pentas yang disediakan. Cuma pemainnya sahaja yang tidak kena. MENGAPAKAH PENTAS CAMPUR-ADUK AHLI KITAB YANG KAFIR, MUSYRIK DAN ATHEIST YANG JUGA CIPTAAN YAHUDI jugalah yang dipilih oleh sebahagian orang Melayu Islam di negara ini yang jelas demi keuntungan yang sedikit sehingga apabila ayat-ayat Allah diperolok-olokkan oleh seorang Kristian berbangsa Cina di Taiping, ianya menjadi sorakan gempita kaum yang rugi itu?



Ihsan dan Sumber Inspirasi : IPOHMALAY

Hebat, mantap, ada 'wow factor' penulisan blogger IpohMalay. Jika perkataan UMNO dalam bahasa Arab ( terdapat pada Surah Surah Al-An'aam ayat 82 dan 83 ) bermaksud KEAMANAN. PAS pula .... PKR ? ..... Jahanam !!!

Tak mungkin perkataan UMNO timbul secara kebetulan, ini bermaksud ulama ulama terdahulu di dalam UMNO sudah mengkaji Al Quran sebelum menamakan pertubuhan Melayu sebagai UMNO. Ini adalah fakta ! Ini adalah Realiti !



MELAYU ATAS PAGAR

1 comments:

Anonymous said...

UMNO = UNITED MALAY NATION ORGANISATION

APA KENA MENGENA DGN AYAT ALQURAN PULAK NI...3 SUKU BETUL PUAK UMNO NI..SEJAK BILA PULAK BARU BELAJAR NAK SELAK-SELAK AL-QURAN NI, TAPI SELAK2 AL-QURAN BUKAN NAK BACA, HAYATI DAN AMALKAN, TAPI HANYA CARI HURUF, ALIF, LAM, MIM, NUN DAN WAU SAJA...ISHHH..ISH...ISH...!! RUPA2NYA BELUM KHATAM LAGI PUAK2 UMNO NIH BACA QURAN!

ITU PUN ULAMAK2 YG MASUK UMNO 40 ORG NI SURUH UMNO SELAK2 ALQURAN...KALAU MEREKA TAK MASUK UMNO, TAK JUMPA LAH PERKATAAN "UMNO" TU DLM ALQURAN...MAKA SELEPAS INI MAKIN GLAMUOR LAH ULAMAK2 TU...

KENAPA SELAMA INI UMNO TAK CARI AYAT2 ALQURAN PASAL JUDI, ZINA, MENCURI, RASUAH, PENYELEWENGAN, KEZALIMAN, FITNAH, HINAAN, MENIPU, DUOBLE STANDARD, MANIPULASI PD SISTEM KEHAKIMAN, POLIS, AGENSI KERAJAAN, MENYEMBUR ORG DGN AIR KIMIA, BERKAWAN DGN YAHUDI, MENEKAN SESAMA SENDIRI, TIDAK ADIL DAN MACAM2 LAGI...KENAPA TAK CARI AYAT CAM TU DAN BAGI HURAIAN KAT SINI...

SELEPAS NI CARI LAH PULAK AYAT2 ALQURAN BERKAITAN MAKNA MCA, MIC, PPP, APCO, DAN LAIN2 JUGA YA...

KESIAN UMNO...NASIB DIA HANYA DITENTUKAN OLH ULAMAK2 MUDA!!!