Tuesday, June 22, 2010


MELAYU KEMANA 2

"Sebenarnya tidak ada apa-apa, itu hanya untuk menakutkan orang Melayu sahaja kerana tidak mungkin kaum terbesar di negara ini boleh menjadi minoriti di negara sendiri.

"Kalau kita lihat secara realistiknya, orang Melayu masih lagi menjadi majoriti dalam semua aspek jadi mustahil untuk menjadi minoriti," katanya.

"Hanya orang yang terdesak sahaja yang akan mengeluarkan kenyataan begitu dan ini menunjukkan beliau (Mahathir) masih belum matang dalam berfikir."
- Prof Madya Dr Azmi Sharom, pensyarah undang-undang Universiti Malaya (Malaysian Insider, 17 Jun 2010).



1. Saya akui yang pemikiran saya belum matang seperti yang didakwa oleh Prof Madya Dr Azmi Sharom, pensyarah undang-undang Universiti Malaya.

2. Saya lupa bahawa 60 peratus daripada 100 peratus adalah majoriti. Dan jumlah orang Melayu di Malaysia menjadikan mereka 60 peratus daripada 27 juta rakyat Malaysia. Mereka bukan minoriti.

3. Tetapi orang Melayu sekarang berpecah tiga. Kalau pecahan ini sama rata maka tiap satu puak atau parti, peratusan mereka adalah 20 peratus. Walaupun mungkin ada parti yang mendapat lebih ramai penyertaan, jumlah peratusan mereka tak mungkin 50 peratus atau lebih.

4. Angka-angka sokongan kepada PAS sahaja dalam pilihanraya menunjuk lebih 50 peratus daripada pengundi Melayu menyokongnya. Lima puluh peratus daripada 60 peratus (jumlah peratusan Melayu dalam negara) ialah 30 peratus.

5. Yang baki 30 peratus terbahagi antara UMNO dan PKR dengan UMNO mungkin mendapat bahagian yang terbesar.

6. Dilihat daripada segi keseluruhan penduduk negara, Melayu yang 60 peratus sudah terbahagi kepada tiga puak yang masing-masing mendapat peratusan kurang daripada 50 peratus penduduk, iaitu kurang daripada majoriti. Puak-puak ini pula bermusuh sesama mereka sehingga ketiga-tiga menjadi lemah.

7. Secara efektif tidak ada lagi kuasa 60 peratus pada Melayu. Permusuhan sesama mereka menjadikan mereka lemah. Kuasa mereka tidak lebih daripada jumlah mereka dalam parti-parti campuran yang mereka sertai iaitu hanya 1/3 daripada 60 peratus, iaitu hanya 20 peratus.

8. Ini menjadikan mereka, dalam konteks kuasa mengundi demokratik, puak minoriti, walaupun daripada jumlah bilangan mereka sebagai warga Negara mereka berjumlah 60 peratus.

9. Kita mudah lupa. Bala tentera Sultan Melaka jauh lebih besar daripada pasukan Portugis yang menyerang Melaka. Tetapi bala tentera Melaka kalah.

10. Bukan jumlah yang besar yang penting. Yang penting ialah keupayaan pasukan.

11. Dan tidak kurang pentingnya kepada hasil pertempuran antara Melaka dan Portugis ialah peranan Kitol dan Raja Mendeliar. Dikalangan orang Melayu yang sudah terbahagi tiga terdapat ramai Kitol dan Raja Mendaliar.

12. Jumlah semua 60 peratus. Tetapi kuasa bukan 60 peratus. Kuasa Melayu hanya kuasa minoriti. Aspek yang inilah yang dimaksudkan oleh saya yang kurang matang fikiran.


Sampai bila wahai pemimpin pemimpin UMNO ... masih lagi dibuai mimpi atau masih lagi mahu KIV !!!

MELAYU ATAS PAGAR

5 comments:

Anonymous said...

SEBANARNYA 60 % MELAYU BERPECAH KPD 3 KELOMPOK..KITA AMBIK 20% SETIAP KELOMPOK...UMNO 20%, PAS 20% DAN PKR 20%...MAKA SIAPA YG UNTUNG UNDI MELAYU? SUDAH TENTU PAKATAN RAKYAT (PAS / PKR)...

KEPADA UMNO, ANDA PERLU SEDAR BHW SIAPAKAH PUNCA ANGKARA PERPECAHAN MELAYU YG ANDA DAKWA? YG..MELAYU YG ANDA DAKWA BERPECAH ADALAH DISEBABKAN UMNO SENDIRI YG MEMECAHBELAHKAN MELAYU SENDIRI...


TEORINYA MUDAH JE...
MELAYU TAK BERPECAH BELAH PUN, TETAP SATU...YG BERPECAH BELAH NI CUMA MELAYU TAK LAGI SOKONG UMNO JER...MUDAH KAN?...HANYA UMNO YG BERPECAH, SEDANG MELAYU TETAP SAMA DAN SATU...CUMA MELAYU SUDAH TIDAK LAGI BERBONDONG2 MENYOKONG UMNO KERANA MELAYU SUDAH HILANG KEYAKINAN KPD UMNO....

52 TAHUN UMNO DIAMANAHKAN MENJAGA MELAYU, NAMUN KEPENTINGAN UMNO DULU YG DIJAGA BUKAN KEPENTINGAN MELAYU...UMNO MENJADIKAN MELAYU HAMBA UNTUK TERUS BERKUASA DEMI KEPENTINGAN MEREKA....CUKUP2 LAH...

ANDA TIDAK LAGI DIPERCAYAI...!!!

Anonymous said...

betul la tu ... salah umno ...

pkr buat apa ... pas buat apa ...
ni la bila bagi komen tak guna akal budi! buat research la bro! dap 29, pkr 25, pas 23.

melayu muslim ada berapa dari 77 kerusi. 37 kerusi bang! bangsa lain 39 bang!

39 lawan 37 siapa menang bang! boleh jamin ke melayu muslim memerintah. itu baru berdasarkan pru 12 punya kerusi !

kalau pakatan haram menang pru 13, sahih lebih banyak bangsa lain menduduki kerusi parlimen, itupun belum campur kalau mca, mic lompat parti join dap.

ada terfikir ke sejauh tu! ingat sikit sebelum buat statement bodoh piang!

pas dah buka keahlian menerusi dhpp. tak mustahil dari 25 kerusi parlimen, yang tinggal muslim boleh jadi 20 jer, baki 5 bangsa lain! tolong uka mata seluas luas!

pkr ... usah cerita la ! anwar apa kisah ... timbalan perdana menteri boleh lantik bangsa cina. tak mustahil dalam majlis tertinggi pkr majoriti cina dan india bertambah lagi.

apasal yang buta mata buta hati ni !!!

Anonymous said...

memang umno dah buat silap...dan terus membuat silap...aku orang umno...tapi nak wat camner..sebab umno pun aku tengok memang tak nak menang dah...dok sibuk nak tukar dasar ni...dasar tu...last2 flip flop...pak lah dah takde...masuk pak muhyinddin yang entah biila nak diyassinkan ....

letihlah...alang2 kalau depa nak perintah...bagi jelah...umno pun dah bungkus...dan akan terus dibungkuskan

Anonymous said...

aku pun umno jugak bang! yang nak diyassinkan muhyiddin tu buat apa!

talqinkan ketua pemuda, puteri, wanita, ketua cawangan, ketua bahagian dulu.

bila yang bawah dah ditalqinkan baru kita muhasabah dan tarbiyahkan puak puak ni.

puak puak di bawah ni yang sudah dibersihkan secara automatik akan menggunakan kaedah yang sama ke peringkat atasan.

baru boleh menyusup naik ke peringkat atasan. Kita mula dulu dari Presiden, Timbalan Presiden dan seterusnya!

tapi perlu kita ingat ... sejahat jahat orang umno, jasa dan pengorbanan umno lebih mulia dari PAS sebenarnya.

cuba fikirkan sejenak ... fikir secara mendalam.

Anonymous said...

AKU PUN UMNO JUGAK BANG...AKU FIKIR KUBURKAN TERUS UMNO DARI MUKA BUMI INI, LAGI BAGUS LAH...ADA PUN TAK BUAT MASALAH, TAK ADAPUN TAK JADI MASALAH...TAK YAH NAK TALKIN ORG ITU, ORG INI...KAMBUS SAHAJA UMNO SEMUANYA LBH AFDAL SAMA PAHALANYA DENGAN LAWAN ISRAEL...


UMNO SUDAH BUSUK HINGGA KE EKORNYA...DR MAHATHIR