Thursday, June 10, 2010

Tanggal 12 Jun 2010 bertempat di Padang Bola Sepak Taman Ibu Kota, Setapak Kuala Lumpur Program Juara Rakyat bulan NGO dan Swasta akan di adakan yang mana ianya akan di rasmikan oleh Dato Shafei Abdullah Ketua UMNO bahagian Wangsa Maju/Setiausaha Politik Menteri Keewangan.

Program Juara Rakyat Bulan NGO dan Swasta ini akan bermula pada jam 7.00 pagi sehingga jam 10.00 malam. Pelbagai acara turut berlangsung yang mana di sertai oleh para penduduk Wangsa Maju dan sekitarnya dengan di jayakan bersama oleh Ngo Ngo dan juga pihak swasta yang terlibat.

Turut di jangkakan akan hadir Ahli Parlimen Bebas Wangsa Maju yang baru sahaja keluar dari PKR iaitu Wee Choo Keong. Kepastian sama ada Wee Choo Keong akan hadir semakin bertiup kencang pada program Barisan Nasional ini dan ada ura ura juga 2 YB PKR dari Utara akan turut hadir bersama sama Wee Choo keong.

Jika benar mereka YB- YB ini hadir ke program berkenaan, apakah akan ada pengumuman yang mana akan mengegarkan Politik Malaysia sekali lagi selepas deretan demi deretan pristiwa politik Tanahair ini?

Apa sekalipun Program Juara Rakyat Wangsa Maju pastinya akan berlangsung di hari berkenaan. Sama ada akan ada pengumuman Rasmi atau tidak maka sama sama lah kita nantikan detik detik Panas ini.

Di jemput seluruh warga kota yang berkesempatan untuk hadir ke Program Juara Rakyat Wangsa Maju, malah pihak UMNO dan Barisan Nasional Wangsa Maju sudah siap sedia menyediakan beratus ratus borang Keahlian UMNO, MCA,MIC,PPP,GERAKAN,MAKKAL SAKTI,IPF dalam program berkenaan.

Wartawan dari seluruh medium berkenaan juga di jemput hadir!!!

0 comments: