Monday, June 14, 2010


CALONKAN BUKAN ISLAM ASALKAN MENANG SAJA BEB !!!


Keghairahan PAS dengan penubuhan Dewan Himpunan Penyokong Pas (DHPP) yang menerima bukan Islam sebagai ahli dalam memastikan undi ke Putrajaya pasti akan memakan diri. Penulis cukup pasti, ini adalah fakta. Pemimpin pemimpin PAS semakin menggila mahu melihat bukan Islam menjaja panji panji PAS di serata tanah air tanpa memikirkan puak puak ini faham dengan falsampah PAS. Penulis tidak sama sekali terkejut jika PAS akan mengubah dasar dan perlembagaan parti untuk mencalonkan bukan Islam sebagai calon PRU 13. Asal boleh, baik dipinda demi mengimbangi kekuatan PKR dan DAP dalam mendapatkan sokongan bukan Islam ( bukan Melayu dengan lebih tepat sebenarnya !!!).

Namun, agak malang kerana Perlembagaan PAS Fasal 3 dan 4 jelas menunjukkan seruan PAS ialah Allahu Akbar!. Fasal 9(2) nyata mahukan calon beragama Islam. Bagaimana pula dengan Fasal 6(2) ''Memperjuangkan Islam sebagai akidah dan syariah serta menjadikannya sebagai panduan berpolitik dan bernegara serta memperkenalkan nilai-nilai keIslaman dalam usaha menegakkan keadilan dan kemajuan di segenap bidang termasuk pemerintahan dan pentadbiran, ekonomi dan sosial serta pelajaran dan pendidikan.''

Apakah calon Non Muslim dapat menerima kesemua perlembagaan PAS di atas? Haruskah setiap calon Non Muslim akan disunatkan ’anu’nya terlebih dahulu sebagai pra syarat di atas? Bukan syarat utama ... tetapi pra syarat, sama seperti individu mengikuti kursus Pre Law, Pre Medical, Matrikulasi di Pusat Pengajian Tinggi. Boleh tunjuk pada ’public’ yang ’anu’nya sudah confirmed lulus sebagai pra syarat menjadi calon PAS. Para perwakilan sudah panas telinga dan bontot akibat diherdik oleh UMNO. Manakan tidak, pengundi tradisi orang Melayu dan Islam sudah tercicir dan dilupakan.

Tak perlu hairan ... sedangkan Kalimah Allah sudah mampu dilacurkan inikan pula hanya menukar perlembagaan PAS? Perlembagaan bukannya sesuatu yang wajib … tidak terdapat pun di dalam Al Quran dan Al Sunnah! Serahkan saja kepada Dewan Ulama PAS, pasti pertukaran boleh dilakukan. Pasti Boleh ! Pasti Jahanam !

’Islam Fair For All’ ... Retorik ! … Penuh Retorik !
Sumber rasmi : Utusan Malaysia 11 Jun 2010.

MELAYU ATAS PAGAR

1 comments:

lord ried said...

ALOOO BEWAK PEJUANG MELAYU......

LAGUTU LA CAGHA KITA NGAN BUKAN ISLAM.
CAGHA NAK SUH DEPA PAHAM ISLAM.......
BUKAN LAGU PARTI BEWAK, SELAMA 52 TAUN DOK RATIB KALU PAS MERINTAH....CINA DAN KELING KENA POTONG PELIAQ..... TAKUT LA KAWAN TU NGAN ISLAM....