GELOMBANG WANGSA MAJU: 11/02/10

Follow

MAIN BANNER

MAIN BANNER

GAMBAR BUKTI NIK AZIZ RASUAH ORANG ASLI !!

| Tuesday, November 2, 2010


Anda masih ingat gambar ini? Ianya telah dicanang di dada-dada akhbar mengenai janji Kerajaan Negeri untuk menunaikan janji memberi Geran kepada orang asli seterusnya mengisytiharkannya sebagai Tanah Rizab.

Saya telah membuat kenyataan bahawa Nik Aziz telah merasuah masyarakat Orang Asli di sana sebagai habuan menutup skandal Tanah Ladang dan Penempatan yang dirompak Kerajaan Negeri pimpinan beliau.

Kini, saya dedahkan gambar-gambar sebagai bukti Nik Aziz telah merasuah kumpulan2 kecil Orang Asli ini. Lokasi kerja ini adalah di Sand Drop. Sila lihat dengan jelas gambar-gambar ini.

Inilah ketokohan insan yang bergelar Tok Guru. Astagfirullahal Azim.
(Sila klik gambar ini untuk lihat lebih jelas)


Ada lagi beberapa gambar bukti yang akan saya dedahkan. Kali ini ia lebih memeranjatkan kita semua.

Nantikan...


Post by... Melayu CinDia


KES LIWAT - ANWAR MINTA PERLINDUNGAN HILLARY !!

|

Inilah strategi Anwar Ibrahim. Da tak boleh tahan da. Nak juga kuasai Kerajaan. Sampaikan Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Hillary Clinton nak datang Malaysia buat lawatan rasmi pun, Anwar kemaruk nak jumpa dia. Apa yang nak dibincangkan tak tahu lah. Berlagak macam Ketua Negara lah.

Padahal Ahli Dewan Perwakilan Amerika Syarikat dari California Chuck DeVore menasihati Clinton supaya tidak menemui Anwar dalam lawatan rasminya. Tapi Anwar tak kira, sangap nak jumpa Hillary. Apa sebenarnya misi Anwar untuk menemui isteri bekas Presiden US ni?

Adakah Anwar ingin membincangkan isu kes liwatnya yang kini seperti tidak dapat dielakkan lagi. Penangguhan demi penangguhan atas pelbagai alasan dari pihak Peguambela. Adakah Anwar ingin menggunakan Hillary sebagai kambing hitam untuk membela beliau. Sebab Presiden US, Barrack Obama dikatakan tidak suka Ketua Umum PKR ini.

Anwar, sudahlah. Sebagai seorang Ketua Pembangkang, dia tak boleh bersikap lagak mengalahkan Perdana Menteri Malaysia. Berkenaan kes liwat beliau, kenapa mesti hendak meminta sokongan pihak luar. Takut sangat seolah-olah memang beliau melakukannya?

Sebelum ini dipujuk rayu Kerajaan Australia. Akhirnya, Pengerusi Jawatankuasa Kecil bagi Hal Ehwal Luar Parlimen Australia, Michael Danby, seorang berbangsa Yahudi dan pejuang Gay/Lesbian lantang bersuara mempertikai kes liwat Anwar. Sehingga mampu mengetuai 5o Ahli Parlimen Australia untuk mendesak agar kes liwat Anwar digugurkan.


TAK DAPAT BAYANGKAN BILA ANWAR JADI PM. HANCUR NEGARA !!
JANGAN JADI PENGKHIANAT NEGARA !!!



Post by... Melayu CinDia

PAS DILANDA AZIZLIMAUPHOBIA ... ARRGGHH !

|

Ini baru betul betul punya fobia! PAS sudah dilanda demam ‘Aziz Limau’ dan kekeringan idea untuk counterback calon BN, saudara Abdul Aziz Yusoff.

Blog Media Permatang Pauh menggambarkan betapa lemah dan teruknya jentera pilihanraya PAS untuk menghasilkan propaganda yang bertaraf murid sekolah darjah satu.

Dari awal pengumuman calon BN bertanding di DUN Galas, saudara Abdul Aziz Yusoff hanya mempunyai kelayakan SPM sahaja dan mempunyai pengalaman berkhidmat di KESEDAR selama 30 tahun. Rakyat amat mengetahui hal ini. Rata rata media sudah memaparkan biodata peribadi calon BN.

Akibat terlalu terdesak, jentera pilihanraya PAS mengedarkan risalah (flyer) di Bandar Lama Gua Musang bahawasanya calon BN mempunyai kelulusan akdemik Ijazah Sarjana Muda Pengajian Perniagaan. Calon BN juga dikatakan telah bercuti untuk melanjutkan pelajaran di Universiti Utara Malaysia.


Betapa pembohongnya jentera pilihanraya PAS dan para blogger PAS untuk spin sesuatu isu. Cerita fiksyen ini diterjemahkan dalam bentuk flyers untuk diedarkan kepada para pengundi DUN Galas.

Fakta dan hujah menarik dari blog Media Permatang Pauh sudah cukup untuk ‘check mate’ parti PAS. Susunan dan aturcara hujah blog berkenaan amat dipuji.

“ Saya telah ada di Gua Musang ini sehari sebelum hari penamaan calon hinggalah ke hari ini, dan saya tahu bahawa calon UMNO/BN ini hanya mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia sahaja. Bila pulak SPM boleh bertukar menjadi "Degree" sebagaimana yang tertera didalam flyers tersebut?”

“Jika menurut flyers tersebut, calon UMNO/BN Abdul Aziz Yusof telah tamat pengajian dan menerima Ijazah Sarjana Muda pengajian perniagaan pada tahun 1988 dari Universiti Utara Malaysia Sintok Kedah. Betulkah begitu kerana apa yang saya tahu, UUM telah ditubuhkan pada tahun 1986. Dua tahun sebelum itu, UUM hanya dikenali sebagai Sekolah Pengurusan Perniagaan (Bussiness Management School). Takkan pengajian bagi peringkat Ijazah hanya mengambil masa 2 tahun sahaja?”

”Lagi satu, mengikut rekod di KESEDAR, Abdul Aziz Yusof sudah berkhidmat selama 30 tahun di situ bermula dari beliau berumur 19 tahun. Tiada rekod pun samaada beliau mengambil cuti melanjutkan pelajaran ataupun cuti bagi meneruskan pengajian. ”
blog Media Permatang Pauh.

PAS amat cemerlang. Cemerlang dengan kata lain sebagai penipu dan pembohong besar. Parti Islam apa jika terlalu suka membohong. Bukankah menipu itu sifat para munafiq!

Lagi satu kejayaan cemerlang hasil buah tangan juak juak Nik Aziz. Penipuan adalah salah satu dari ajaran terbaru parti PAS. Bukan begitu ... Nik Aziz!

Igauan ’Aziz Limau’ kian menakutkan dan menjadi mimpi ngeri PAS.

Sumber rujukan sahih:
http://mediapermatangpauh.blogspot.com/2010/11/petugas-propaganda-dan-bloggers-pas-di.html




MELAYU ATAS PAGAR

PAS, RASUAH & SALAHGUNA KUASA ... BAGAI AUR DAN TEBING !

|

Masih ingat lagi dengan kes penerima konsesi balak terbesar di Kelantan, Timbermine Sdn Bhd yang kini menunggu pampasan RM800 Juta dari kerajaan PAS Kelantan?

Disember 2009, Mahkamah Tinggi memutuskan kerajaan PAS Kelantan telah melanggar perjanjian yang ditandatangani 45 tahun yang lalu bersama Timbermine Sdn Bhd yang telah dianugerahkan kawasan konsesi balak teramat luas beribu ekar pada tahun 1964 oleh Menteri Besar PAS, Ishak Lotfi.

Ini adalah kes klasik dan permulaan bermula salahguna kuasa parti PAS yang bertopengkan Islam bermukakan Iblis dan hawa nafsu.


GWM paparkan putarbelit media sensasi alam sesmesta Harakahdaily yang menulis artikel ‘RM 800 juta: Kelantan Warisi Kes UMNO BN’ (baca dengan teliti penyelewengan fakta dan sejarah). Contoh cemerlang media pemfitnah paling agung dari parti PAShit!

Bagaimana Harakahdaily yang dinobatkan oleh juak juak PAS sebagai ‘Tepat Dari Sumber’ boleh miscalculated sejarah dan matematik? Ini kes berat dan memalukan!

Tahun 2009 ditolak 45 tahun, bermakna kejadian dan kes tersebut berlaku pada tahun 1964. Walhal, PAS menyertai BN selepas penubuhan MAGERAN dan bertanding atas tiket BN pada pilihanraya umum pada tahun 1974.


Itu suatu perbezaan cukup ketara ... 10 tahun. Pemberian konsesi balak berlaku pada tahun 1964! Bukan tahun 1974! Apa rasional memberi kawasan tanah beribu ekar hanya kepada satu syarikat konsesi balak, Timbermine Sdn Bhd!

Mahkamah Tinggi mengatakan isu pemberian konsesi tersebut berlaku tahun 1964! Husam Musa dan Harakahdaily memandai mandai ubah sejarah dan salah kira matematik mengatakan isu tersebut berlaku pada tahun 1974!

Siapa yang putar belit isu di sini ... Mahkamah atau PAShit!

Menteri Besar PAS BN Kelantan (sewaktu MAGERAN), Muhammad Nasir telah membatalkan perjanjian tersebut kerana cukup yakin pemimpin PAS Kelantan telah menggadaikan cukup luas tanah di Kelantan hanya kepada satu syarikat konsesi balak.

Yang peliknya, para pemimpin PAS telah mengemukakan usul undi tidak percaya kepada Menteri Besar mereka sendiri kerana mahu menutup bangkai gajah yang sudah cukup busuk dan meloyakan.

Sama ada PAS mahu mangaku atai tidak, Menteri Besar pada tahun 1978 Tan Sri Muhammad Yaccob (yang dimalukan dan di’boo’ oleh PAS pada Persidangan DUN Kelantan 1989) bertanggungjawab mengadakan rundingan bersama Timbermine Sdn Bhd.

Kerajaan negeri Kelantan dibawah pemerintahan Tan Sri Muhammad Yaacob telah berunding dengan Timbermine Sdn Bhd untuk diberikan tanah kepada Kerajaan Persukutuan dan dimajukan oleh KESEDAR. Pihak kerajaan negeri telah membayar sejumlah pampasan kepada Timbermine Sdn Bhd.

PAS sehingga kini tidak pernah memberikan satu fakta dan kenyataan rasmi berhubung perkara di atas. Kesemua isu isu tempatan tidak berani dikemukakan kerana rakyat akan mengetahui pembohongan terbesar sejarah PAS Kelantan.

Kerajaan PAS Kelantan kini yang mengalami defisit belanjawan terkumpul sebanyak RM 1 billion, berhadapan pula dengan bayaran pampasan sebanyak RM 800 juta kepada Timbermine Sdn Bhd.

Umum tahu, belanjawan tahunan kerajaan negeri adalah sebanyak RM 400 juta. Bermakna perintah bayaran pampasan RM 800 juta adalah bersamaan dengan 2 tahun belanjawan kerajaan negeri.

Bagaimana harus diselesaikan isu bayaran pampasan tersebut? Kocek kerajaan PAS kelantan semakin kering kontang, namun sanggup pula untuk membayar RM 389,250 bagi sejumlah 1,557 pengundi berdaftar di luar untuk balik mengundi di DUN Galas.

Apakah rasional di sebalik membelanjakan sejumlah wang tersebut sedangkan kerajaan negeri sedang berhadapan dengan defisit belanjawan dan tuntutan pampasan dari syarikat konsesi balak?

Maka tidak hairan mengapa PAS begitu rakus membelasah apa sahaja yang tertulis di dalam Al Quran dan Sunnah. Habis segala ayat ayat suci Al Quran dan Hadis Rasulullah s.a.w. digunapakai sebaik mungkin untuk sokongan dan membeli undi wahid!

Sudah memang terpalit di lambang parti sejak 1964 parti ini sudah terbabit dengan salahguna kuasa. Kerakusan hawa nafsu dan tamak haloba pemimpin PAS sebenarnya mengakibatkan tuntutan saman dan pampasan.

Bagaimana mahu membayar sejumlah wang ‘dosa’ pampasan PAS jika kerajaan negeri tidak mempunyai apa apa lagi dana dan simpanan.

Tidak hairanlah mengapa parti PAS cukup gemar dan naik syeikh untuk bermain dengan isu royalti minyak di Kelantan. Apalagi dengan berlangsungnya pilihanraya di DUN Galas. Inilah masa untuk menterbalikkan fakta dan minda rakyat supaya percaya dengan parti pembohong ini.

Isu royalti minyak kini sedang laris dimainkan oleh PAS di DUN Galas. Isu nasional, isu tempatan ... langsung tidak disentuh. Malu kalau rakyat di Gua Musang dan Kelantan amnya tahu.

Wang dan salahguna kuasa! Slogan dan Wahid sebenar perjuangan PAS sejak tahun 1964! ... Bagi aur dan tebing!

Sumber rujukan yang sahih:
http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2009/12/31/courts/5393622&sec=courts

http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=23944:rm800-juta-kelantan-warisi-kes-zaman-umnobn&catid=1:utama&Itemid=50
http://kickdefella.wordpress.com/2010/01/02/kelantan-akan-muflis/



MELAYU ATAS PAGAR

 

Copyright © 2010 GELOMBANG WANGSA MAJU