GELOMBANG WANGSA MAJU: 11/12/10

Follow

MAIN BANNER

MAIN BANNER

GEMPAR … KHALID IBRAHIM DITEMPELAK SULTAN SELANGOR !

| Friday, November 12, 2010
Buletin Utama Jam 8.00 malam tadi mengesahkan artikel dari blog sahabat RBF dan SelangorDaily mengenai isu pembaziran wang RM 300,000.00 sempena majlis sambutan Ulang Tahun ke 40 Yayasan Selangor pada Isnin depan.



Dalam berita jam 8.00 malam tadi, Sultan Selangor bertitah agar Menteri Besar Selangor Khalid Ibrahim sepatutnya lebih telus dan mengutamakan kebajikan rakyat dari membelanjakan wang sebanyak RM 300,000.00 semata mata untuk meraikan Ulang Tahun ke 40 Yayasan Selangor.

Baginda berasa kecewa dengan pentadiran Kerajaan PKR Selangor yang masih berterusan melakukan pembaziran sedangkan ekonomi negeri Selangor masih merudum sedang mengalami defisit belanjawan mengikut Laporan Ketua Audit Negara 2009.



Blog RBF turut melaporkan Setiausaha Sulit Sultan Selangor Datuk Mohamad Munir Bani dan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor , Datuk Ramli Mahmud, mengadakan sidang media di Bangunan Annex DUN Selangor mengenai pembatalan keberangkatan KDYMM Sultan Selangor ke majlis tersebut.

Malah blog tersebut turut menyebut satu insiden yang memalukan apabila Setiausaha Politik Khalid Ibrahim cuba untuk menghalang sidang media tersebut diadakan.

Blog SelangorDaily mendedahkan kaitan pembaziran wang rakyat berjumlah RM 300,000.00 dengan penyelewengan yang dilakukan oleh Pengurus Besar Yayasan Selangor, Ilham Marzuki.



Beliau menggunakan kesempatan dan pengaruhnya sebagai Pengurus Besar untuk memberi kekayaan kepada puak puak dan kroni melalui kontrak kepada sebuah syarikat tunggal, Drift Z Enterprise.

Sebuah syarikat yang baru ditubuhkan tidak sampai setahun di mana pemiliknya masih setahun jagung dalam perniagaan dibayar deposit sebanyak 2 kali (RM 270,750.00 – 90.25% dari jumlah kontrak bernilai RM 300,000.00) oleh Yayasan Selangor.



Yayasan Selangor perlu menjelaskan tentang perbelanjaan kos RM 300,000.00 untuk sebuah majlis pertubuhan tersebut. Apa rasional dan pulangan (profit / return) kepada Yayasan Selangor setelah mengadakan majlis tersebut.

Mengapa Institut Kemahiran Yayasan Selangor (IKYS) di Sabak Bernam boleh ditutup atas dasar tidak menguntungkan ... namun pada masa yang sama sanggup berbelanja mewah dan membazir duit rakyat sejumlah RM 300,000.00 hanya untuk satu majlis ulang tahun yang dibuat hanya dalam masa sehari sahaja.



Khalid Ibrahim dan Ilham Marzuki perlu memberi penjelasan sewajarnya ... Sultan Selangor sudah murka dengan pembaziran wang RM 300,000.00 bagi menyambut ulang tahun yayasan tersebut.

Insiden memalukan ... pembaziran RM 300,000.00 ... kronisme ... apa yang akan diputarbelitkan oleh Kerajaan Negeri dan PKR esok hari ! Tunggu dan lihat !

Sumber soheh:
http://ruangbicarafaisal.blogspot.com/2010/11/setpol-mb-selangor-halang-wakil-tuanku.html
http://www.selangordaily.com/?p=672


MELAYU ATAS PAGAR

GEMPAR … ‘REFORMIS’ BERBOGEL DI DEPAN ANWAR & AZMIN !

|

Mungkin sudah tidak mampu untuk menggunakan cara lain, REFORMIS akan berbogel di depan Anwar Ibrahim dan Azmin Ali sebagai langkah terakhir mendesak kedua dua ‘malaun’ berkenaan berundur dari dunia politik tanah air.


Presiden REFORMIS, Ramlan Abu Bakar berkata kedua dua pemimpin tersebut sudah terlalu lama untuk dibiarkan menggugat kestabilan politik dan keamanan negara.




Beliau bagaimanapun tetap beranggapan walaupun perbuatan REFORMIS tidak bermaruah, ia merupakan satu langkah paling efektif untuk mendesak Anwar Ibrahim dan Azmin Ali (paling efektif ? ….)



Ramlan juga berkata jika demonstrasi pernah menjulang nama Anwar Ibrahim suatu masa dahulu, maka demonstrasi berbogel jugalah yang akan menjatuhkan karier politiknya.

Nanti, nanti, nanti …. Astaghfirullahhala’zim … bawa mengucap yeop!

Apa ke jadah REFORMIS nak berbogel depan public ni ... malu lah kepada anak anak kecil yang melihat nanti. Tak guna sembahyang lima waktu tunggang terbalik, berdoa dan berwirid jika begini tingkah laku.

Tingkah laku dan adab sopan perlu dijaga. Orang Melayu penuh dengan tata susila yang murni.

Janganlah diikutkan perbuatan menghalalkan cara seperti PKR dan PAS, mash banyak lagi cara terbaik untuk dilakukan.

Eeeiii ... geli aku tengok jantan jantan berbogel dengan ada tompokan tompokan ’kurap’tion, kudis buta, berbulu sana sini. Jangan buat gila Ramlan ... istighfar Ramlan ... istighfar!


( pssst ... ada aweks aweks yang berbogel ke … Eli Bogel .. tak nak you!)


MELAYU ATAS PAGAR

AHLI PAS PERLU MEMBACA DENGAN HATI YANG CUKUP TERBUKA !

|

Kenyataan Mustafa Ali di program Hardtalk BBC (British Broadcasting Corporation), 30 Sept 2003

Naib Presiden PAS Datuk Mustafa Ali memberitahu bahawa negara Islam bukannya objektif utama dalam perlembagaan parti itu, semasa wawancara dalam program Hardtalk BBC.

Sebaliknya, beliau berkata media telah menggunakan istilah `Negara Islam' untuk `menakutkan orang bukan Islam'. Itu adalah kenyataan rasmi Mustafa Ali semasa diwawancara oleh Tim Sebastian.

Mustafa memberitahu Sebastian:
“Istilah Negara Islam tiada tercatat dalam perlembagaan parti kami...kami tidak pernah menyebut mengenai negara Islam dalam perlembagaan kami...kami menyebut bahawa masyarakat perlu mematuhi nilai-nilai baik yang menjadi pegangan Islam."


"Hanya media yang menggunakan istilah negara Islam untuk menakut-nakutkan orang bukan Islam, pemimpin-pemimpin kerajaan Barisan Nasional juga memperbesar-besarkan isu itu untuk menakutkan orang bukan Islam sebagai satu cara untuk membolehkan mereka terus berkuasa."

"PAS akan menyatakan sesuatu perkara kepada bukan Melayu dan perkara lain kepada orang Melayu" kata Naib Presiden UMNO dan Menteri Pertahanan ketika itu Datuk Seri Najib Tun Razak (kini Perdana Menteri Malaysia) di dalam satu sidang akhbar.

Tim Sebastian, sememangnya terkenal dengan kehebatannya mengemukakan soalan tanpa rasa belas kasihan, turut membuatkan Mustafa Ali terperangkap dan tidak pasti apabila beliau bertanya mengenai pandangan PAS mengenai serangan bom berani mati dan kaitan parti itu dengan HAMAS, kumpulan (yang dikatakan) militan Palestin yang mengaku bertanggungjawab bagi serangan berani mati, dan HIZBULLAH, pertubuhan (juga dikatakan) militan Lebanon.

Mustafa berkata, pertubuhan pertubuhan berkenaan merupakan pejuang kebebasan, namun apabila Sebastian berkata hubungan PAS dengan kumpulan kumpulan berkenaan adalah tidak konsisten dengan pengisytiharannya sebagai sebuah parti Islam sederhana.

Mustafa, yang cuba menjauhkan parti itu daripada kumpulan berkenaan berkata `sudah lama dahulu' PAS menjadi tuan rumah kepada pemimpin-pemimpin HAMAS dan HIZBULLAH.

Sebastian kemudian merujuk kepada notanya dan mengingatkan Mustafa bahawa kali terakhir ialah `hanya pada Mei tahun lepas'. Mustafa, yang jelas terperangkap dengan soalan itu, berkata: ``Ya, (tetapi) ia tidak bermakna kami menyokong pejuang kebebasan, kami bersetuju dengan setiap tindakan mereka''.

Mustafa kemudian mengolah semula jawapannya dan berkata PAS `tidak menyokong' HAMAS jika anggotanya meletupkan diri mereka untuk membunuh orang awam yang tidak bersalah dan adalah adil bagi mereka untuk berbuat demikian terhadap tentera Israel yang telah melakukan pelbagai kekejaman terhadap penduduk Palestin.

( Perkara itu turut bercanggah dengan pandangan Hadi Awang pada perhimpunan agung parti itu dua minggu lepas apabila beliau menyifatkan pengebom berani mati Hamas sebagai `mati syahid' ).

Kepada soalan lain, Mustafa bersetuju dengan Sebastian bahawa sekiranya parti itu berjaya berkuasa, ia akan melaksanakan corak kerajaan `satu negara, dua sistem'!

Sebastian: "Anda juga akan menjatuhkan hukuman mati terhadap mereka yang keluar dari agama Islam?''

Mustafa: "Tidak, tidak, tidak. Tiada paksaan bagi orang untuk memeluk Islam. Sekiranya mereka memeluk Islam dan dengan senyap-senyap keluar daripada agama Islam tanpa pengetahuan sesiapa, mereka boleh (terlepas) begitu sahaja...jika mereka mengumumkan kepada dunia bahawa mereka meninggalkan agama Islam, ia sama seperti mengisytiharkan perang terhadap Islam, bahawa Islam tidak baik...''

Di sini, Mustafa sekali lagi terperangkap apabila Sebastian berkata ini bermakna PAS menolak Deklarasi Sejagat mengenai Hak Asasi Manusia yang memperuntukkan setiap orang mempunyai hak kepada kebebasan berfikir, hati nurani dan agama, termasuk kebebasan untuk menukar agama atau kepercayaan sama ada secara sendirian atau dalam berkumpulan dengan orang lain di tempat terbuka atau persendirian.

Mustafa: "Jika seseorang mahu keluar daripada agama Islam secara senyap-senyap, terpulang kepada dirinya sendiri, jika seseorang keluar Islam secara terbuka, pasti orang berkenaan ada maksud tidak baik..."

Sebastian: "Tetapi Deklarasi Sejagat mengenai Hak Asasi Manusia membenarkan mereka berbuat demikian secara terbuka..."

Mustafa: "Kita perlu bincangkan perkara ini.."



Sidang Akhbar Hadi Awang Selepas Pelancaran 'Blue Print' Undang Undang Islam di Malaysia (Islamic State Document), 12 November 2003



Q: What is the most significant difference between what you are expounding through your document and what the Barisan Nasional government has been doing?
Hadi Awang: The most significant thing is that under the Barisan government, Islam is ruled. What we want is for Islam to rule. We will let the power of Islam rule.

We will not follow the narrow view of Islam where Islam is only one aspect of the country, while what we are expounding is that a country is only one aspect of Islam, which is all encompassing.

Q: You said that your Islamic state document accepts the existing Federal Constitution but with the necessary amendments. What are some of the amendments?
Hadi Awang: The first thing which needs to be clarified is the word “Islam” which is mentioned in the Constitution.

PAS was involved in giving its views through the memorandum which was hastily drawn up by the Reid Commission just before Independence and was part of the other Islamic groups which pushed for the inclusion of Islam in the Constitution. The problem was that the Reid Commission interpreted Islam according to their understanding.

We have our own understanding of Islam which is different from that of the Commission. The time has come for the word “Islam” in the Constitution to be interpreted accurately in accordance to the Quran and the Sunnah.

Secondly, the word “syariah” which is now placed under the jurisdiction of the states is subjected to limitations. These limitations will have to be amended.

Although the Constitution has undergone several amendments, it does not give power to Islam and syariah.

Q: So the amendment will allow syariah law to be applied in states?
Hadi Awang: The amendment will allow syariah to apply at both state and Federal levels.

Q: What will be the difference between the syariah law at Federal and state levels?
Hadi Awang: The amendment will make the Federal and state levels consistent.

We can retain the existing Federalism concept. We realise that there are states where Muslims are not the majority and Federalism is very suitable under such circumstances.

In states where the majority are Muslims, Islamic law can be implemented. In states where non-Muslims form the majority, it will be up to the non-Muslim party ruling the state, but at the same time the non-Muslim leader would allow syariah to be applied to Muslims there.

Q: You said the dualism in the existing legal system would be retained. Do you mean that there will be two sets of laws, one for Muslims and one for non-Muslims?
Hadi Awang: Yes. That is allowed by the Quran. The Quran allows those who are not Muslims to practise the laws of their own religion and the laws which they choose for themselves.

At the same time, Muslims would be practising laws of their own.

Q: That means non-Muslims will not be subjected to hudud?
Hadi Awang: Yes. Yes.


Mengapa perlu ada dua kenyataan (statement) berbeza dan contradict dari kedua dua pemimpin PAS ini ...

Mustafa Ali sudah menzahirkan Negara Islam bukanlah objektif utama dalam perlembagaan parti.

Dalam pada yang sama, Hadi Awang menyatakan bahawa PAS akan meneruskan perjuangannya untuk menubuhkan sebuah negara Islam dan melaksanakan Hukum Hudud di negeri-negeri di bawah pemerintahannya.

Ini pula kenyataan dari pemimpin PAS yang lain ...

Bekas Menteri Besar Perak Nizar Jamaluddin menafikan sekeras kerasnya PAS akan menegakkan negara Islam dan Hukum Hudud.

Husam Musa pula menyatakan Islam hanyalah idealisme sahaja kepada PAS.

Persoalan yang perlu dijawab oleh ahli dan penyokong PAS ...

1) Di mana terdapatnya dalam perlembagaan PAS menyatakan PAS akan menegakkan Negara Islam.

2) Apa pandangan ahli dan penyokong PAS terhadap Mustafa Ali, Nizar Jamaluddin dan Husam Musa. Pemimpin PAS ini jelas menolak Negara Islam dan Hukum Hudud.

3) Apakah ketiga tiga pemimpin PAS ini sudah jatuh kafir kerana menolak Negara Islam dan Hukum Hudud.

4) Mengapa Haji Hadi masih mahu mengekalkan konsep Federalisme sedangkan sebelum ini beliau mengatakan itu adalah sekular.



Dan yang pasti ... PAS tidak akan menjawab dengan jujur persoalan ini. PAS PIS PUS pasti akan menjawab secara 'sipi sipi' sahaja.

Saya cukup percaya ahli dan penyokong PAS akan mengambil sebahagian atau sepotong ayat Al Quran untuk dibuat terjemahan sendiri bagi mempertahankan perjuangan sia sia.

Inilah dasar perjuangan PAS sebenarnya. PASRAEL for ALL ... Apa saja dia sapu!


sumber ihsan:

blog BELANTAN
Hardtalk BBC

POST BY WAYNE...

PANAS TERBAKAR ... HINDRAF AMUK DI ....

|

Blog GAP tunjuk HINDRAF dah mula mengamuk dengan Anwar Ibrahim, nasib baik tak ditumbuknya guard Melayu sorang ni.



Nasib la ... yang percaya dengan Raja Retorik tu buat apa. Barisan Nasional kan dah adil pada semua agama dan bangsa.

Kesian ...

http://gerakan-anti-pkr.blogspot.com/2010/11/video-pilihanraya-umum-ke-13-tolong.html

PANAS !!! UMNO UPAH BLOGGER ???

|

Kementerian Penerangan dipercayai mengupah ratusan graduan sebagai alat untuk menyerang blog2 pakatan rakyat terutama pemimpin2 dlm cobaan menaikkan kredibilitu UBN yang semakin terhakis.

Angkatan ini diletakkan dibawah Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA)dan dipercayai dibayar imbuhan sebanyak RM 3000.00 sebulan (wow lumayan). Tugasannya ialah memantau ,mengumpul maklumat dan menangkis dakwaan yg mengugat BN ,kata sumber yg rapat dgn JASA.

Mereka diberi pelbagai kemudahan yg terdiri drp pc dan internet untuk "attack" pimpinan pakatan rakyat melalui blog yg kononnya dibangunkan secara peribadi. Kemungkinan sama ada pasukan itu ditugaskan menggodam blog dan laman web PR tdk dpt dipastikan .

Difahamkan para bloger yg menyertai JASA mesti menyertai ahli umno, tapi sebilangan blogger menolak tawaran tersebut walaupun imbuhan lumayan ditawarkan...

Mengikut satu sumber terdapat 300 org telah berjaya direkrut di peringkat persekutuan ..selain mereka umno turut menggunakan blogger yg asalnya cenderung pada umno..

itulah kita lihat kebanyakan blogers yg menyertai JASA ini kebanyakan mempamerkan kebodohan kerana menyokong dan berblog krn wang dan penulisan yg berniat jahat semata-mata...tak heran ler kadang-kadang diorg komen tanpa identiti..dan tiada fakta kukuh untuk menyokong hujah diorg..

Bagi para bloggers pejuang kebenaran marilah kita terus memanfaatkan blog demi kebaikan ummah dan menentang kezaliman ..


PSSSTT---saya tak pernah dengar pun pasal benda ni. Masya Allah fitnah..

sumber dari : http://briged-akhdor.blogspot.com/2009/08/umno-upah-blogger.html

POST BY WAYNE...
 

Copyright © 2010 GELOMBANG WANGSA MAJU