Thursday, November 18, 2010

Apa yang menyebabkan RPK semakin hangat hati dan terbakar dengan Pakatan Haram? Walhal RPK adalah de facto blogger yang seringkali bashing BN dan UMNO dan mempertahankan boss beliau, Anwar Ibrahim.



Mungkin kerana Anwar Ibrahim sudah tidak mampu lagi memberi nafkah sepatutnya kepada beliau yang jauh berada di Kota London (GWM kurang pasti nafkah zahir atau batin ...), maka RPK sudah berpatah arang dan beralih arah menyerang tangan yang menyuap ke mulutnya suatu masa dahulu.

RPK mendedahkan kemenangan Pakatan (Rakyat?) pada PRU12 yang lalu hanyalah disebabkan majoriti rakyat masih belum hilang dengan kebencian kepada Barisan Nasional ... terutamanya UMNO. Bukan kerana Pakatan Haram tersebut kukuh atau mendapat sokongan mantap dari rakyat.

Selagi mana UMNO atau BN membuat kesilapan, selagi itulah rakyat akan berpaling kembali kepada Pakatan Rakyat. Mesej yang jelas dari RPK ... UMNO dan BN perlu pantas bermuhasabah dan memperbetulkan kesilapan yang lalu.

RPK juga berkata pembangkang untung melangit kerana hanya perlu goyang kaki untuk melihat BN terus melakukan kesilapan demi kesilapan. Dan kesilapan inilah yang menjadi senjata utama pembangkang melakukan serangan dan dijadikan isu besar walaupun ianya sebesar hama.

Paling menarik adalah persepsi beliau bahawa UMNO adalah ‘common enemy’ bagi tiga parti pembangkang yang masih lagi belum mendaftarkan pertubuhan haram mereka ‘Pakatan Rakyat’.

Walau apa sekalipun, RPK pasti akan menyokong boss beliau, Anwar Ibrahim. Tunjang perjuangan beliau adalah bersama dengan pakatan pembangkang.

Namun apa yang cukup menarik, seolah olah RPK memberi panduan (hint) untuk memenangi kembali sokongan dan undi dari rakyat. UMNO perlu lakukan perkara yang cukup sukar dilakukan sehingga ke hari ini.

UMNO Reform ... Reformasi secara total ... bukan reformasi ala Anwar Ibrahim dan juak juaknya.

Kerana di situlah letaknya kebangkitan UMNO dan BN pada PRU 13 kelak. Dan secara jujur, GWM telah merasakan UMNO telah membuat reformasi sepatutnya melalui perubahan dan penambahbaikan dasar yang berlaku sehingga ke hari ini, tetapi masih perlahan.

Jika tidak, mustahil BN memenangi tiga pilihanraya sebelum ini. Ini adalah Qada’ dan Qadar ... wajib percaya.

Umpama kereta Nissan GTR yang mempunyai kelajuan maksima (top speed) 320 km/h. UMNO masih bergerak terlalu perlahan sekitar 160 km/h. Sepatutnya sudah berdesup ... paling tidak sudah mencapai 220km/h hingga 260 km/h.

Baru 50% kemampuan sebenar UMNO digerakkan. Pedulikan speed trap untuk seketika ... yang penting reformasi yang dilakukan harus dapat dilihat dan meresap ke dalam jiwa rakyat. Hentam sampai 260 km/h (81.25% kemampuan optimum).

Dan pada waktu itu ... apa juga isu yang dimainkan oleh pembangkang, rakyat akan berada dan masih menyokong dan mengundi BN. Jika tidak ... penat Perdana Menteri sampai berbuih buih mulut berkata ... Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.

Dan Anwar Ibrahim boleh mengucapkan salam perpisahan dari dunia politik ... dah tak boleh cari makan dah !!! Sudah tidak ada jambu jambu yang boleh dikudakan lagi, kuranglah maksiat sepertidi zaman Nabi Lut di Malaysia ...


Sumber / pautan:
http://www.malaysiandigest.com/features/12049-people-only-vote-for-pakatan-out-of-hate-for-bn.html



MELAYU ATAS PAGAR

3 comments:

RPungkok said...

pelakon terhebat alaf ini...RPK!!!!

Anonymous said...

pemerhati politik:

bro...tolong listkan apa yang perlu umno lakukan sehingga boleh mencapai kelajuan 220mph...

Anonymous said...

salam semua,khusus untuk anon 3.19..mula2 UMNO/BN kena ganti kereta2 lama tu..simpan kat garage dan beli kereta2 baru..running in for few hundred kilos then take off high speed..amacam..