GELOMBANG WANGSA MAJU: 11/18/10

Follow

MAIN BANNER

MAIN BANNER

PANAS TERBAKAR ... RPK KINI MENYERANG PAKATAN RAKYAT !

| Thursday, November 18, 2010
Apa yang menyebabkan RPK semakin hangat hati dan terbakar dengan Pakatan Haram? Walhal RPK adalah de facto blogger yang seringkali bashing BN dan UMNO dan mempertahankan boss beliau, Anwar Ibrahim.



Mungkin kerana Anwar Ibrahim sudah tidak mampu lagi memberi nafkah sepatutnya kepada beliau yang jauh berada di Kota London (GWM kurang pasti nafkah zahir atau batin ...), maka RPK sudah berpatah arang dan beralih arah menyerang tangan yang menyuap ke mulutnya suatu masa dahulu.

RPK mendedahkan kemenangan Pakatan (Rakyat?) pada PRU12 yang lalu hanyalah disebabkan majoriti rakyat masih belum hilang dengan kebencian kepada Barisan Nasional ... terutamanya UMNO. Bukan kerana Pakatan Haram tersebut kukuh atau mendapat sokongan mantap dari rakyat.

Selagi mana UMNO atau BN membuat kesilapan, selagi itulah rakyat akan berpaling kembali kepada Pakatan Rakyat. Mesej yang jelas dari RPK ... UMNO dan BN perlu pantas bermuhasabah dan memperbetulkan kesilapan yang lalu.

RPK juga berkata pembangkang untung melangit kerana hanya perlu goyang kaki untuk melihat BN terus melakukan kesilapan demi kesilapan. Dan kesilapan inilah yang menjadi senjata utama pembangkang melakukan serangan dan dijadikan isu besar walaupun ianya sebesar hama.

Paling menarik adalah persepsi beliau bahawa UMNO adalah ‘common enemy’ bagi tiga parti pembangkang yang masih lagi belum mendaftarkan pertubuhan haram mereka ‘Pakatan Rakyat’.

Walau apa sekalipun, RPK pasti akan menyokong boss beliau, Anwar Ibrahim. Tunjang perjuangan beliau adalah bersama dengan pakatan pembangkang.

Namun apa yang cukup menarik, seolah olah RPK memberi panduan (hint) untuk memenangi kembali sokongan dan undi dari rakyat. UMNO perlu lakukan perkara yang cukup sukar dilakukan sehingga ke hari ini.

UMNO Reform ... Reformasi secara total ... bukan reformasi ala Anwar Ibrahim dan juak juaknya.

Kerana di situlah letaknya kebangkitan UMNO dan BN pada PRU 13 kelak. Dan secara jujur, GWM telah merasakan UMNO telah membuat reformasi sepatutnya melalui perubahan dan penambahbaikan dasar yang berlaku sehingga ke hari ini, tetapi masih perlahan.

Jika tidak, mustahil BN memenangi tiga pilihanraya sebelum ini. Ini adalah Qada’ dan Qadar ... wajib percaya.

Umpama kereta Nissan GTR yang mempunyai kelajuan maksima (top speed) 320 km/h. UMNO masih bergerak terlalu perlahan sekitar 160 km/h. Sepatutnya sudah berdesup ... paling tidak sudah mencapai 220km/h hingga 260 km/h.

Baru 50% kemampuan sebenar UMNO digerakkan. Pedulikan speed trap untuk seketika ... yang penting reformasi yang dilakukan harus dapat dilihat dan meresap ke dalam jiwa rakyat. Hentam sampai 260 km/h (81.25% kemampuan optimum).

Dan pada waktu itu ... apa juga isu yang dimainkan oleh pembangkang, rakyat akan berada dan masih menyokong dan mengundi BN. Jika tidak ... penat Perdana Menteri sampai berbuih buih mulut berkata ... Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.

Dan Anwar Ibrahim boleh mengucapkan salam perpisahan dari dunia politik ... dah tak boleh cari makan dah !!! Sudah tidak ada jambu jambu yang boleh dikudakan lagi, kuranglah maksiat sepertidi zaman Nabi Lut di Malaysia ...


Sumber / pautan:
http://www.malaysiandigest.com/features/12049-people-only-vote-for-pakatan-out-of-hate-for-bn.html



MELAYU ATAS PAGAR

PETUALANG MELAYU DAN DAP PERLU MALU DENGAN DR THOMAS !

|
Apa yang dikatakan oleh Presiden Majlis Perundingan Malaysia Agama Buddha, Kristian Hindu, Sikh dan Tao, Dr Thomas Phillips adalah benar dan tepat.



Penjelasan ringkas beliau sepatutnya mudah difahami oleh para pemimpin ‘racist’ DAP yang sering mempertikaikan hak hak keistimewaan bumiputera dan Islam sebagai agama rasmi. Tidak terkecuali juga pemimpin MCA yang sering mengikut rentak politik DAP.


Dr Thomas Phillips menggesa semua rakyat agar mendukung Perlembagaan Persekutuan yang mengandungi kontrak social bagi keadilan sosial dan perpaduan antara kaum di Malaysia.


Dr Thomas Phillips menyokong penuh Perlembagaan Perskutuan berhubung dengan kedudukan Raja Raja Melayu, agama Islam sebagai agama rasmi serta hak hak istimewa orang Melayu dan bumiputera Sabah dan Sarawak.

Apa yang lebih menarik, majlis tersebut menyokong penuh gesaan yang dibuat oleh Majlis Raja Raja agar Perlembagaan Persekutuan didukung dan tidak perlu lagi dipertikaikan apa yang sudah termaktub didalam perlembagaan tersebut.

Bukan hanya Professor DiRaja Khoo Kay Kim menyatakan hal yang sama dan bersetuju dengan gesaan tidak dipertikaikan Perlembagaan Persekutuan, Dr Thomas Phillips juga mempunyai pandangan dan pegangan yang sama.


Apa yang pelik, petualang Melayu yang mempunyai gelaran Dr dihadapan namanya masih lagi rakus membicarakan Perlembagaan Persekutuan. Mungkin Dr Petualang Melayu ini masih lagi seronok mengejar impian ke Putrajaya.

Masih terlalu ramai si bodoh dan si tolol dari pembangkang sering mempertikai apa yang sudah termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan. Tidak kurang juga dengan petualang Melayu yang sanggup menjadi ‘anjing suruhan’ DAP lantas mencabar artikel 152 dan 153 Perlembagaan Persekutuan.


Petualang Melayu ini juga sanggup menggunakan anaknya untuk mencapai maksud menghalalkan cara. Atas dasar menarik sokongan dan undi bahkan mampu mencetuskan ketegangan antara kaum, anak perempuan petualang Melayu ini sanggup menganggap isu Hak Melayu hanyalah sekadar falsafah dan ideologi dan bukannya undang undang atau perlembagaan.

Si Petualang Melayu yang disokong oleh DAP ini juga dengan bangga menyebut Hak Melayu hanya wujud selepas berlaku persetujuan mengenai kontrak sosial. Mengapa perlu ada interpretasi baru untuk perlembagaan ini?


Cukup mudah juak juak ini mempolitikkan Perlembagaan Persekutuan tanpa melihat sebab dan akibat (consequences) akan muncul.

Benar jika dikatakan rakyat telah matang untuk membicarakan soal perlembagaan setelah 53 tahun mencapai Kemerdekaan namun apakah rakyat benar benar telah ‘matang’ sepenuhnya.

Tindakan petualang petualang Melayu dan DAP mahu meminda perlembagaan tidak lain hanya mahukan kuasa memerintah dan kepentingan politik. Dan yang lebih malang apabila petualang Melayu ini menjadi ‘jurucakap’ kepada DAP.


Sudah nyata apa yang dilakukan oleh petualang Melayu ini hingga sanggup dikudakan oleh DAP telah melampaui batas dan norma pemikiran yang waras.

Dan yang paling terbaru, petualang Melayu ini telah berada di luar negara meminta bantuan untuk menjahanamkan agama, bangsa dan negara sendiri demi tembolok kuasa politik yang tiada kesudahan.


Dan soalan GWM kepada Kementerian Dalam Negeri bersama Menteri Amaran … apakah masih lagi mahu menunggu dan memberi amaran demi amaran. Atau mahu melihat sekali lagi pertengkaran dan pergaduhan tercetus …

Amaran … Amaran … dan Amaran! Apakah amaran KDN sama juga seperti amaran yang tertera di atas kotak rokok!


Sumber / pautan:
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=1118&pub=utusan_malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_10.htm&arc=hive

http://www.malaysiakini.com/news/91407

http://www.kl-today.com/?p=3031

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0907&pub=utusan_malaysia&sec=Rencana&pg=re_04.htm&arc=hive

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=1008&pub=utusan_malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_02.htm&arc=hive

http://www.anwaraidc.com/2010/09/nurul-izzah-sahkan-pkr-mahu-perlembagaan-baru.html



MELAYU ATAS PAGAR

GEMPAR … ANWAR GEMAR ‘MELIWAT’ PEMIMPIN INDIA !

|
Bukan sekali … malah telah beberapa kali Anwar Ibrahim ’meliwat’ pemimpin India di seluruh pelusuk tanah air.



Ahli Parlimen Hulu Selangor P Kalamanathan aka Kamal @ Alan @ Nathan, menjelaskan Anwar Ibrahim tidak berhasrat membantu masyarakat India malah memperalatkan para pemimpin India untuk sokongan dan meraih undi.

P Kalamanathan turut bersimpati dengan rakan seperjuangan keturunan India yang berada di dalam PKR sehingga ramai pemimpin India mengadu nasib malang dan rahsia penyalahgunaan kuasa parti tersebut kepada beliau.


Beliau juga kesal dengan sikap Khalid Ibrahim yang melarang pemnbinaan kuil di kawasan perumahan di negeri tetapi menatik kembali larangan setelah dikritik hebat.

Namun apa cukup menaikkan kemarahan beliau adalah tindakan Azmin Ali memanggil Ahli Parlimen Padang Serai, N Gobalakrishnan sebagai paria. Pada pandangan beliau, Azmin Ali jelas menyemai perbuatan samseng dan perkauman.

GWM berpendapat masih belum terlewat masyarakat berketurunan India untuk keluar dari kandang busuk PKR. Masyarakat India perlu melihat dari awal pemerintahan PKR di Selangor malah di Pulau Pinang, apa yang telah dilakukan terhadap mereka.



Daripada insiden Kampung Buah Pala, Pulau Pinang hinggalah di Selangor, masyarakat berketurunan India cukup teruk diperlakukan seperti kuli batak oleh Anwar Ibrahim.

Lupakanlah permainan mulut manis ”Makkhal Sakhti” dan janji janji 5 sen Anwar Ibrahim yang tidak pernah ditunaikan. Masyarakat India perlu melihat Anwar Ibrahim adalah penipu dan pembohong terhebat kepada masyarakat India.


Nasihat GWM kepada masyarakat berketurunan India, jika terjumpa ular semasa Anwar Ibrahim ada bersama dengan mereka ... singkirkan dan nyahkan Anwar Ibrahim terlebih dahulu. Ini kerana Anwar Ibrahim nyata lebih merbahaya dari ular ular yang berada di Malaysia.

Sumber / pautan:
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=1118&pub=Utusan_Malaysia&sec=Politik&pg=po_09.htm



MELAYU ATAS PAGAR

 

Copyright © 2010 GELOMBANG WANGSA MAJU