GELOMBANG WANGSA MAJU: 11/08/10

Follow

MAIN BANNER

MAIN BANNER

ZAID IBRAHIM LETAK JAWATAN … BERAPA SENANG HATI AZMIN ALI !

| Monday, November 8, 2010

GWM sangkakan Zaid Ibrahim adalah seorang fighter, namun jangkaan ternyata meleset. Zaid Ibrahim boleh diumpamakan sebagai lalang yang beralih arah setiap kali angin bertiup lalu.

Apa yang diwarwarkan selama oleh beliau selama ini hanyalah retorik dan halwa penyedap telinga bagi ahli PKR dan terutamanya penyokong beliau.

Baru dijentik telinga oleh Azmin Ali, Zaid Ibrahim sudah lari lintang pukang tak cukup tanah! Atau sememangnya sudah ada game baru di dalam kelompok elit Anwar Ibrahim.

Rakyat perlu bijak menilai permainan ‘belakang’ Anwar Ibrahim. Al maklumlah, tidak dapat dinafikan kehandalan Anwar Ibrahim bermain dari belakang! Itu pasti !


Tulisan Zaid Ibrahim di dalam blognya lebih bersifat sudah 'dibeli' oleh Anwar Ibrahim. Amat malang apabila juak juak PKR percaya kepada perjuangan Zaid Ibrahim untuk membuat reformasi di dalam PKR.

Reformasi sudah menjadi Reforbasi ! Wang, Wang dan Wang !

Bagaimana beliau mahu merubah nasib parti yang cukup teruk dengan salahgunakuasa, amalan kronisme dan nepotisme … tanpa sebarang jawatan tetap. Mustahil ! Sedangkan Presiden PKR yang berjawatan tetap pun pening kepala dengan karenah Anwar dan Azmin.

Inikan pula suara Zaid Ibrahim yang sudah menjadi akar umbi … logikkah?

Dan kebobrokan Zaid Ibrahim cukup terserlah jika benar mahu mengubati penyakit kronik PKR. Lebih baik tinggalkan PKR terus dan masuk menyertai parti DAP atau PAS sahaja. Amat bodoh jika beliau masih terus menerus bermastautin di dalam negara PKR.


Ini semua political game yang telah di rancang dan di susun rapi oleh Anwar Ibrahim dan Azmin Ali sejak awal sebelum Pemilihan PKR. Zaid Ibrahim hanyalah kuda tunggangan dalam permainan catur milik Anwar Ibrahim.

Padanlah dengan gaya hidup Zaid Ibrahim yang memelihara kuda lumba. Suka pula melihat kuda berlumba. Kini beliau sudah dikuda kudakan oleh Anwar Ibrahim.

Dari awal lagi, GWM telah mengatakan kesemua ini adalah permainan politik kotor Anwar Ibrahim. GWM pernah mengatakan bahawa Azmin Ali akan dinobatkan sebagai Timbalan Presiden PKR seumur hidup. Itu jawatan matinya di dalam PKR.


Dalam senario Parti Anak Beranak ini hampir tiada satu pun yang mustahil. Berapa ’harga’ yang di bayar oleh Anwar Ibrahim kepada Zaid Ibrahim itu belum dapat dipastikan.

Namun apa yang menyedihkan adalah adalah manusia yang masih bernaung di dalam PKR, yang masih buta mata dan hati untuk melihat satu permainan licik politik.


Sudah terlalu ramai reformis yang telah keluar dari PKR kerana sudah tahu betapa busuknya kencing Anwar Ibrahim. Malangnya, masih ada mahusia manusia di dalam PKR yang masih suka menghidu bau kencing Anwar Ibrahim.

Atau sudah ada manusia di dalam PKR yang menjadikan kencing Anwar Ibrahim sebagai air penawar hati … Segalanya mungkin!


Sumber soheh lagi sahih:
http://www.zaiduntukrakyat.com/index.php?mact=News,cntnt01,detail,0&cntnt01articleid=225&cntnt01origid=15&cntnt01returnid=80



MELAYU ATAS PAGAR

HUSAM MUSA WAJIB JAWAB SOALAN ‘CEPU MAS PANAS’ WAN ABDUL RAHIM …

|

Simple dan straight forward … jawapan yang keluar terpacul dari mulut Pengarah Pilihanraya PAS Kelantan, Wan Abdul Rahim setelah ditanya oleh Khairy Jamaluddin.

Pertemuan tak dirancang ini berlaku di sebuah kedai minum di Bandar Lama Gua Musang. GWM dan para sahabat blogger lain tengah scoop program KJ untuk menarik sokongan dan undi orang Cina di sini. (Ahli Parlimen Kota Bharu Wan Abdul Rahim selamba terpekik panggil nama KJ dari kereta sebelum turun join satu meja minum kopi.)


Nasib agak malang kerana Husam Musa tidak ada sekali join table! Kalau ada … belum tentu Mr Balak Kelantan akan menjawab pertanyaan. Silap silap, mau diterbalikkan meja!

Oleh kerana Wan Abdul Rahim dah bagi green light untuk bertanya, rasanya adalah lebih baik jika Husam Musa menjawab persoalan mengenai rampasan tanah orang asli dan pailng tidak pun pasal isu balak di Kelantan.

Rakyat pun nak tahu juga pasal ’perkongsian pintar konsesi balak Ali Baba’ di Kelantan
.


Perkongsian pintar ini cukup cantik kerana Ali merupakan seorang yang cukup rapat dengan Jawatankuasa Tender Balak untuk lobi tender konsesi yang dikeluarkan. Baba pula mengeluarkan derma kepada parti PAS sebagai tanda terima kasih mendapat konsesi tersebut.

GWM senaraikan beberapa syarikat yang mendapat konsesi untuk tatapan bersama. Manalah tahu, jika Husam Musa boleh jelaskan dengan terperinci sama ada syarikat syarikat ini telus semasa diberi lesen ... atau hanya seorang sahaja yang telah dikayakan!

MT Arju Enterprise )KT0123850-U)
Sri Kalai Seberang Enterprise (KT0118180-U)
Khazanah Rimba & Trading (KT0118590-P)
Syarikat Gemal (KT0035356-H)
Sri Kemboja Timber (KT0180591-H)
Sri Jelaping Enterprise (KT0116611-V)
Perniagaan Gunong Jaya )KT0046975-T)
Tegoh Taqwa Enterprise (KT0121361-P)
RM Eamad Enterprise (KT01405659-W)
Awara Murni Enterprise (KT0121121-M)
CT Dragon Trading (KT0210504-U)

Apa yang difahamkan, beberapa kerat sahaja Ali yang dikayakan oleh Nik Aziz. Syarikat di atas pun pada mulanya dikuasai oleh ’Ehem Ehem’ sebelum menjual kepentingan dalam 11 syarikat tersebut.

Kerajaan Negeri PAS Kelantan pun tidak pernah menunjukkan mengapa hanya satu Ali mendapat projek dan untuk tujuan apa projek diberikan.

Tun Dr Mahathir pun sanggup tunjuk semua penerima projek projek termasuk kroni kroni Anwar Ibrahim semasa Persidangan Agung UMNO tahun 1987 ... takkan tidak ada ketelusan diperingkat kerajaan negeri. Tak Rock la Bro!

Bukankah ini satu amalan nepotisme dan kronisme. Minta penjelasan YB Husam Musa ...

Apa pula cerita dengan syarikat Jutapan Sdn Bhd (156857-D) yang mendermakan sejumlah wang RM 350,000 kepada PASTI Kelantan sebagai balasan mendapat kelulusan permohonan 500 ekar tanah di Mukim Pulai, Gua Musang! (banyak lagi syarikat syarikat yang menderma, hanya satu didedahkan)



”Dan bahawasanya Jutapan Sdn Bhd dengan pendaftaran 156857-D adalah sebagai pemohon bagi tanah seluas 500 ekar yang berada di Mukim Lulai Daerah Galas Jajahan Gua Musang. Dan bahawasanya telah dipersetujui bersama di antara pihak tuan dan pihak kami untuk memberi sumbangan derma seperti berikut:”

Sumbangan tunai kepada PASTI dengan jumlah sebanyak RM 350,000 (tiga ratus lima puluh genap)"


Sumbangan derma ini akan di derma kepada keluar bagi pihak tuan setelah kelulusan oleh projek permohonan Jutapan Sdn Bhd dari pihak Jawatankuasa Pertanian Pembangunan Luar Bandar dan Industri Desa Negeri Kelantan.”


Siap berbalas lagi surat yang ditandatangani oleh Pengarah PASTI, Wan Mohd Jamil Wan Mahmood. Apa kena mengena derma kepada PASTI sebagai balasan kepada kelulusan mendapat tanah?

Apa fungsi Jawatankuasa Tender Balak Kelantan? Siapa yang menggangotai Jawatankuasa Pertanian Pembangunan Luar Bandar dan Industri Desa Negeri Kelantan?

Lulus konsesi ... syarikat konsesi bagi derma kepada PASTI ... PASTI salurkan derma kepada parti ? Hebat modus operandi PAS Kelantan melalui ’perkongsian pintar konsesi balak Ali Baba’ ?

GWM nampak ini adalah suatu ’derma cum rasuah’ secara terang terangan. Minta penjelasan YB Husam Musa ...

Bukan apa ... GWM hanya menyahut sahaja jawapan mulut YB Wan Abdul Rahim. Beliau suruh tanya ... kita kenalah bertanya, jika tidak takut tersesat jalan pula !

Bukan begitu YB Husam Musa ? Minta penjelasan … (jangan lama lama YB, penat tunggu penjelasan sebenar.)


Sumber soheh lagi sahih:
http://kickdefella.wordpress.com/2010/03/14/tu-diaaaaaaa/
http://kickdefella.wordpress.com/2010/03/30/tu-diaaaaaaa-bhg-2-tauke-derma-kekal-mursyidul-am-pas/

MELAYU ATAS PAGAR

MENGAPA PAS TEWAS DI DUN GALAS (BAHAGIAN 1)

|

FAKTOR KU LI

PAS dari awal lagi sudah membayangkan kegusaran dengan perlantikan Ku Li sebagai Pengarah Pilihanraya BN di Galas. Mimpi ngeri parti PAS menjadi kenyataan apabila Ku Li bersetuju dengan perlantikan tersebut.


Para pemimpin PAS dan web web portal pembangkang seperti Harakahdaily sedaya upaya memperlekehkan perlantikan beliau. Terlalu banyak persepsi negatif dan tohmahan dilemparkan untuk memberi kesan psikologi kepada rakyat dan menjatuhkan imej Ku Li di Gua Musang.


Tidak cukup dengan kenyataan dari parti PAS, tokoh akademik yang bertunjangkan parti PAS turut memberi pandangan berbentuk ’psy war’ sehari sebelum berlangsungnya pilihanraya. Mustahil untuk PAS untuk menang melainkan umej Ku Li perlu dirosakkan secepat mungkin atau berdepan dengan kekalahan besar.

Namun begitu, ada pemimpin PAS yang awal awal lagi sudah menjangkakan parti PAS akan tewas pada pilihanraya kali ini. Maka tidak mengahirankan apabila Timbalan Setiausaha Agung PAS, Takiyuddin Hassan sudah dua kali menzahirkan agar UMNO menarik diri dari bertanding dan memberi laluan kepada PAS untuk memegang kembali kerusi DUN Galas.


”Tidak menjadi sesauatu yang menjatuhkan maruah sekiranya UMNO sebagai parti terbesar kaum Melayu tidak bertanding atas dasar perpaduan, malah mereka boleh dianggap sebagai berjiwa besar dan berjihad” Takiyuddin Hassan (Sinar Harian, 20 Oktober 2010).

Takiyuddin Hassan sudah nampak jika sekalipun PAS akan memainkan isu wang ehsan dan isu royalti minyak, belum tentu PAS akan menang. Ini kerana beliau sudah nampak, PAS Kelantan masih belum melunaskan begitu banyak isu isu tempatan yang tergantung di Gua Musang.

Ku Li sebenarnya lebih spot on dengan cara berkempen di Gua Musang. Tidak banyak ceramah diadakan oleh BN melainkan program tertentu bersama rakyat, jika dibandingkan dengan PAS yang setiap malam dipenuhi dengan acara ceramah sepanjang tempoh berkempen.


Ku Li lebih gemar berjumpa dengan para pengundi secara bersemuka (eye to eye contact) kerana disitulah ada personal touch di antara pemimpin dan rakyat.


Semasa hari pertama tiba di BN Command Center, GWM agak hairan mengapa markas hanya sepi dan tidak berpenghuni melainkan hanya lima atau enam petugas BN sahaja yang ada.

Jika PAS lebih selesa untuk berceramah dan berjumpa para pengundi, Ku Li telah awal awal lagi mengarahkan setiap jentera untuk bergerak dari rumah ke rumah sejak pagi lagi, setiap hari. Agak sukar untuk melihat kelibat petugas BN berada di Command Center.

Ku Li sebenarnya adalah X Factor memandangkan kepada pengalaman, rekod cemerlang dan pengaruh beliau yang cukup besar di Gua Musang, sama ada pengundi Melayu, Cina, India dan Orang Asli.


Ku Li bertindak bijak apabila dapat menyatukan 3 pemimpin utama UMNO sebelum pilihanraya berlangsung. Gandingan mantap beliau bersama Mustapha Mohammed, Annuar Musa dan Dr Awang Adek telah mencetuskan kemenangan yang diperlukan oleh BN.


Ketiga tiga pemimpin utama UMNO Kelantan ini bergerak sebagai satu pasukan bersama Ku Li sewaktu tempoh kempen. Yang paling menarik adalah kesemua pemimpin utama ini bergerak secara berasingan dan hanya berjumpa dengan Ku Li disebelah petang di Command Center untuk update sokongan yang diperolehi.


Sumber sahih:

http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=28892:galas-buruk-sungguh-umno-layan-razaleigh&catid=1:utama&Itemid=50

http://harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=29321:ku-li-punca-masalah-jentera-bn-pensyarah&catid=1:utama&Itemid=50
http://mediawangsamaju.blogspot.com/2010/10/pas-semakin-kalut-takiyuddin-hassan.html


Gambar ihsan:
Minaq-jinggo

MELAYU ATAS PAGAR
 

Copyright © 2010 GELOMBANG WANGSA MAJU