Wednesday, April 11, 2012






Satu lagi projek 'memperkayakan kroni' Khalid Ibrahim dan PKR bakal berlaku di Selangor, walaupun Shah Alam sudah mempunyai sebuah pusat konvensyen (Shah Alam Convention Centre - SACC).

Agak musykil mengapa perlu diadakan sebuah lagi pusat konvensyen sedangkan kedudukan SACC cukup rapat dengan cadangan pembangunan pusat konvensyen di Lot PT7, Seksyen 14, Shah Alam oleh Yayasan Selangor.




GWM kurang pasti mengapa Khalid Ibrahim, selaku Pengerusi Lembaga Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) yang telah memiliki SACC meluluskan satu lagi cadangan pembinaan pusat konvensyen oleh Yayasan Selangor.

Khalid Ibrahim juga adalah pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Selangor ...

Memang benar persaingan dalam perniagaan adalah sihat. Namun jika di Shah Alam yang sudah mempunyai dua pusat konvensyen SACC dan INTEKMA Resort and Convention Centre, pembinaan sebuah lagi pusat konvensyen sudah tidak masuk akal ...

Tidak ada rasional cadangan yang dibangkitkan oleh Ilham Marzuki (CEO Yayasan Selangor) melainkan projek ini bagi 'memperkayakan kroni' Khalid Ibrahim melalui pembinaan sebuah lagi pusat konvensyen.




Umum mengetahui kos pembinaan SACC sahaja sudah menelan belanja RM 66 juta yang siap dibina pada tahun 2009.

Rakyat tidak tahu berapa kos pembinaan satu lagi pusat konvensyen oleh Yayasan Selangor. Mustahil kos pembinaan sama atau kurang dari RM 66 juta, seperti SACC. Sekurang-kurangnya pasti menelan belanja ratusan juta.

Paling tidak, di antara RM 100 ke RM 200 juta ...

Anehnya tidak kedengaran mahupun sidang media mengenai pembinaan satu lagi pusat konvensyen di Lot PT7, Seksyen 14, Shah Alam oleh Yayasan Selangor. Selalunya Khalid Ibrahim pasti akan mengadakan sidang media mewar-warkan projek pembangunan oleh kerajaan PKR.

Adakah ini satu lagi 'diversion' oleh Khalid Ibrahim kononnya tender terbuka dikeluarkan, namun hakikatnya adalah satu lagi projek 'direct nego' oleh kerajaan negeri Selangor.



Rakyat sudah dipaparkan dengan bukti dan fakta bagaimana tender dan kontrak sampah diberikan kepada kroni-kroni terpilih pemimpin Pakatan Rakyat Selangor ...

Bukti dan fakta salahguna kuasa oleh Khalid Ibrahim dan Ronnie Liu yang akhirnya terpaksa membeli 50 buah kompaktor untuk 'menolong' kroni-kroni kontaktor sampah.

Bertambah pelik apabila kerajaan negeri mengambil inisiatif mahu mengajar kontraktor-kontraktor sampah yang kurang berpengalaman untuk meningkat produktiviti.


PETALING JAYA: Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengaku wujud kontraktor-kontraktor yang tidak berpengalaman dilantik kerajaan negeri bagi menguruskan kutipan sampah di Selangor.

Khalid yang ditemui selepas Majlis Pelancaran Zon Bersih Peringkat MBPJ di Kota Damansara, di sini, berkata kerajaan negeri akan mengambil inisiatif mengajar kontraktor-kontraktor yang kurang berpengalaman terbabit bagi meningkatkan produktiviti mereka.



GWM difahamkan memang tender pembinaan pusat konvensyen oleh Yayasan Selangor ini adalah satu lagi 'diversion' Khalid Ibrahim untuk memberi projek ini kepada kroni terdekatnya.

Kroni terdekat Khalid Ibrahim yang membantu beliau membuat 'bail-out' skandal hutang Menteri Besar Selangor ini dengan Bank Islam bernilai RM66.67 juta.


Tender cadangan pembangunan pusat konvensyen di Lot PT7, Seksyen 14, Shah Alam oleh Yayasan Selangor ini memang satu 'diversion' dan bakal menjadi satu lagi projek 'direct nego' sebagai timbal balas jasa Lim Kim Hong yang membiayai 'bail-out' hutang Khalid Ibrahim dengan Bank Islam.

Lim Kim Hong sudah dianugerahkan projek I City untuk dibangunkan dalam tempoh 4-5 tahun, bernilai RM1.5 Bilion.

Banyak kontrak-kontrak dibatalkan untuk diberikan kepada Lim Kim Hong dan lain-lain syarikat milikan towkey Cina ini. Dan majoriti kontrak yang dibatalkan adalah kontrak kepada orang Melayu.



0 comments: