Inilah gambar yang didakwa Setev Shaariibu, bakal menjadi bukti kukuh terlibatnya Najib dan Altantuya. Gambar fitnah dan superimposed yang mendapat endorsement dari Anwar Ibrahim dan Pakatan Rakyat.
Setev Shaariibuu mendakwa pernah melihat gambar Altantuya diambil bersama Datuk Seri Najib Razak. Dalam sidang media bersama NGO hak asasi manusia Suaram, Setev mendakwa Altantuya ada menunjukkan gambar yang diambil bersama dua lelaki. Setev mendakwa, dua lelaki berkenaan kemudian disedarinya sebagai Najib dan Abdul Razak Baginda.
Rakan blogger MYMASSA telah berjaya mendapatkan gambar yang dilihat oleh Setev Shaaribuu. Gambar di atas itu diberikan oleh Ahli Parlimen Batu, Tian Chua. Tian Chua sebelum ini mengakui dia yang mengubahsuai gambar tersebut dengan tujuan memalukan Najib sebagai Perdana Menteri Malaysia.
Hanya berdasarkan gambar yang telah di'superimposed' oleh Tian Chua, Setev Shaariibu sanggup menjadi saksi jika dipanggil Mahkamah dari Perancis.
Agak malang bagi Setev yang hanya berpandukan kepada gambar 'superimposed', mahu menjadikan dirinya sebagai saksi di Mahkamah Perancis.
Ada sesuatu yang menarik perhatian GWM dalam temubual Setev Shaariibu yang dirakamkan oleh portal Free Malaysia Today, kerana pada minit ke-9.55, Setev beranggapan Altantuya mungkin akan berjumpa Najib.
Jika diamati pada awal temubual, Setev dengan yakin memberitahu Altantuya menunjukkan gambar 'superimposed' sebagai bukti mahu berjumpa dengan Najib di Malaysia.
Sudah ada 'contradict' di awal kenyataan Setev dengan kenyataan beliau pada minit ke-9.55 ... yakin pada awalnya dan bertukar nada kepada 'beranggapan dan mungkin'.
GWM tidak mahu membangkitkan sebarang spekulasi, namun apabila Setev menukar nada kepada 'beranggapan dan mungkin' berjumpa dengan Najib, seolah-olah menunjukkan Setev cuba menyembunyikan sesuatu dari media.
Sama ada beliau benar-benar tahu anaknya Altantuya akan berjumpa dengan Najib ... atau turut membuat spekulasi kepada media anaknya akan berjumpa Najib ... atau bertemu dengan orang lain ... atau beliau sememangnya tidak tahu langsung mengenai pergerakan anaknya.
Dan sekiranya gambar ini dijadikan sandaran Setev yang mahu menjadi saksi jika dipanggil Mahkamah di Perancis ... sudah nyata beliau telah dipergunakan oleh Tian Chua, Pakatan Rakyat dan Anwar Ibrahim.
4 comments:
Tian Chua dipertanggungjawab ke atas pengaruh negatif dan fitnah dari foto tersebut. Habis satu dunia PM kita cuba dimalukan dengan foto tersebut.
Tian Chua confirm pengkhianat negara!!!
Ayuh Kita Bangun Laungkan 'Asal Bukan Anwar Ibrahim' (ABAI)!!!!
Mohon linkkan ke blog saya untuk sama-sama memerangi maklumat dengan puak kaki bangkang yang tak kenal erti budi dan pekerti!!!!
kalau boleh diletakkan di bawah kl specialist. Sama-sama berjuang dengan GWM.
Hehehe..Setev nak gunakan gambar tu biarkan ler...
Aku percaya kalau dia guna, Tian Chua lari tak cukup tanah...hahahaha
Mana nak letak muka, gambar super impose yg dah diakui oleh Tian Chua nak dijadikan bahan bukti?
SALAM REDAH ALAM ...
BLOG SAUDARA TELAH KAMI PAUTKAN. WASALAM ...
Post a Comment