Wednesday, April 11, 2012





Razali Ibraim berkata, orang ramai perlu melihat isu ini dengan lebih rasional kerana kerajaan tidak mahu membuat janji manis seperti pembangkang dan Pemuda Umno tidak ambil mudah isu PTPTN walaupun hanya 17 peratus yang masih gagal membuat pembayaran balik.

“Pembangkang kata mereka boleh hapus RM43 bilion tetapi perlu diingat kesannya kepada 87 peratus peminjam yang sudah membuat pembayaran balik itu, bagaimana mahu dikira?

“Kerajaan tidak membuat janji seperti pembangkang kerana memikirkan implikasi yang akan berlaku di masa akan datang, bukan hanya memberi janji pilihan raya, kita mahu cari cara yang terbaik selesai isu ini,” kata beliau selepas merasmikan Rundingan Meja Bulat Mahasiswa Nasional 2012 di sini, hari ini.

Menurutnya lagi sebanyak 90 peratus pembiayaan pendidikan tinggi dibiayai kerajaan dan hanya 10 peratus kos pembelajaran terpaksa ditanggung setiap pelajar menerusi pinjaman PTPTN dan statistik menunjukkan sehingga 31 Disember lalu, sejumlah RM43 bilion kelulusan pinjaman diberikan kepada 1.9 juta pelajar.

Artikel selanjutnya klik, ANWAR KATA KALAU, KALAU ...








Dalam 'Buku Jinggay', dibawah tajuk Budaya Ilmu Sebagai Teras Universiti tidak sekalipun disebut Pakatan Haram ini akan menghapuskan PTPTN.

"mengurangkan beban pinjaman dengan cara memperkenalkan polisi pinjaman tanpa faedah dan membenarkan pembayaran semula enam bulan setelah peminjam mendapat pekerjaan tetap"





Berapa punya pembohong Anwar Ibrahim mengatakan kerajaan Turki memberikan pendidikan percuma kepada rakyatnya.

Walhal pelajar-pelajar di Turki yang menuntut pendidikan percuma di negara tersebut bakal di hukum penjara sehingga 15 tahun. Dimana letaknya bukti dan fakta bahawa Turki memberikan pendidikan percuma kepada rakyatnya.



Bila lagi Anwar Ibrahim dan juak-juak Pakatan Haram mahu menukar kembali frasa berikut ...

"mengurangkan beban pinjaman dengan cara memperkenalkan polisi pinjaman tanpa faedah dan membenarkan pembayaran semula enam bulan setelah peminjam mendapat pekerjaan tetap"

kepada ...

"menghapuskan pembayaran PTPTN dan memberikan pendidikan percuma serta menanggung pembiayaan pelajar di IPTA dan IPTA seumur hidup".



Mungkin ini jawapan Anwar Ibrahim ...


Ini masalahnya 'kalau' ada pemimpin terlalu banyak kata 'kalau' ... kalau ... kalau ...



2 comments:

Anonymous said...

Kalau anwar nak hapuskan hutang ptptn bg yg belum bayar, yg dah bayar bolehlah claim balik duit yg dia org dah bayar barulah adil. Janji busuk tu namanya. Mengajar org berhutang jangan bayar hutang, kena 10 org pemimpin mcm ni, jgnkan Malaysia, dunia boleh muflis. Politikus murahan yg dah terdesak tak ada isu.

--ganasnyer--

Anonymous said...

Orang tua2 Kata"DENGAR CAKAP ENGGANG,MAKAN BUAH BELOLOK.
DENGAR CAKAP PEMBANGKANG TERJUN MASOK LUBUK!
Ingatlah,fikir elok2