Wednesday, April 11, 2012





Penyelaras Barisan Nasional (BN) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kampung Tunku, Kelvin Chong Seng Foo mendesak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat isu pembinaan projek komersial di atas tapak padang di Sungai Way, Petaling Jaya yang mendapat bantahan penduduk setempat baru-baru ini.





Kontrak yang pernah diluluskan pada tahun 2007 sepatutnya sudah ditamatkan dan dibatalkan kerana tidak ada sebarang pembangunan dilakukan di kawasan ini. Ini selaras dengan Akta Kerajaan Tempatan 1976 dan Akta Kontrak Kerajaan 1949.

Agak pelik kerana kontrak yang sudah ditamatkan ini, dua kali dikeluarkan 'development order' atau kelulusan oleh Majlis Perbandaran Petaling Jaya (MBPJ). Satu pada tahun 2009 dan satu lagi pada tahun 2011 bagi pembinaan projek komersial di atas tapak padang di Sungai Way.




Projek asal diluluskan bagi pembinaan 2,000 rumah pangsa kos murah bagi 1,400 setinggan Kampung Baiduri dan 550 setinggan Sungai Way. Projek asal juga sepatutnya adalah bagi status penempatan dan bukannya bagi status dan tujuan komersil.

Kontrak yang sepatutnya sudah dibatalkan disambung kembali oleh MBPJ bagi pembangunan komersil seperti Dataran Merdeka, tahun 2009 dan tahun 2011.

Semakin aneh apabila Pegawai Perhubungan Awam MBPJ Zainun Zakaria mengesahkan tidak ada sebarang 'development order' dikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan bagi tujuan pembangunan komersil, hanya untuk tujuan pembangunan penempatan.

Lebih teruk lagi, tidak ada sebarang pelan, laporan dan penyelidikan dilakukan ke atas kesesakan lalu lintas yang bakal berlaku di kawasan ini. Bagaimana 'development order' boleh dikeluarkan dua kali oleh MBPJ?




BUKTI : Chong menunjukkan pelan lantai (floor plan) satu projek komersil akan dibangunkan di padang permainan Sungai Way.

“The 1.7ha football field has been sold to a developer for RM75mil. I have evidence showing that the project was amended from residential and recreational development to commercial in 2010,”

Khalid Ibrahim dan Datuk Bandar Petaling Jaya, Datuk Mohammad Roslan Sakiman perlu menjawab persoalan bagaimana padang permainan ini boleh ditukar status dari pembangunan untuk penempatan kepada pembangunan komersil pada tahun 2010.

Apa yang paling nyata ... MBPJ tidak pernah mengeluarkan satu warta mengesahkan status padang ini sudah bertukar kepada pembangunan komersil.

Sumber GWM mengatakan ADUN Kampung Tunku, Lau Weng San parti DAPigs ini mempunyai 'saham' dalam membangunkan projek komersil ini.




Masalahnya bukan sekali kerajaan negeri Selangor bawah PKR cuba 'merampas padang permainan' ini bagi tujuan pembangunan komersil.

Masih ingat lagi apa yang pernah berlaku kepada isu mengubah padang bola Kelana Jaya kepada bangunan komersil yang belum berakhir.



Walaupun projek ini ditarik balik oleh PKNS atas kesilapan teknikal (kesilapan teknikal?), tidak mustahil banyak lagi padang permainan yang sedang ditukar status dari pembangunan penempatan kepada status pembangunan komersil.

Yang penting, kroni-kroni Khalid Ibrahim perlu terlebih dahulu kaut segala projek di Selangor, sebelum BN mengambil alih kembali Selangor selepas PRU 13.




0 comments: