Friday, April 27, 2012




Pendirian yang bercanggah Tunku Abdul Aziz Ibrahim dengan bos partinya Lim Guan Eng membayangkan perbezaan pendekatan seorang Melayu dengan seorang Cina.

Berbanding saf kepimpinan tertinggi Cina DAP, naib pengerusi DAP Melayu itu lebih bersimpati kepada tuntutan tugas pihak penguatkuasa undang-undang.

Seperti juga ramai orang Melayu yang mempunyai keluarga dan saudara mara dalam polis dan tentera, ayah Tunku Aziz pun pernah menjadi anggota polis, iaitu OCPD Alor Setar.

Tanpa diberi maklumat penjelasan Tunku Aziz tentang apa yang disaksikannya sendiri di negara-negara asing, puak pro-pembangkang tidak memahami pola pemikirannya serta dorongan mengapa beliau menongkah arus.

Lantaran itu, reaksi serta-merta Guan Eng terhadap bantahan Tunku Aziz ialah untuk mengeluarkan kenyataan akhbar bertajuk ‘Malaysians should mobilise in full force for the sit-in Bersih protest on 2pm 28 April At Dataran Merdeka to press for Clean, Free, Fair and Independent Elections’.

Guan Eng menyatakan bahawa “DAP menyokong penuh dan akan menggerakkan ahli untuk Duduk-dan-Bantah Bersih” serta menyeru agar awam menyertai perhimpunan Bersih 3.0 di serata negara, khususnya di Dataran Merdeka.


5 comments:

BULETIN SANTAN BERLADA said...

Daapat link dengan blog saya

Anonymous said...

good luck may lightning strike those who create problems tomorrow

Anonymous said...

LGE DAP kata dia akan sokong..dan turunkan penyokong2nye tp yg byk org melayu yg bangsat je pergi..org DAP Rasis akan tgk org melayu bergaduh je...org melayu kena gula2 LGE.haha

Anonymous said...

Melayu aje yg bodoh.Cina dah kata bahawa melayu bodoh.Yg pegi bersih 2 la.Melayu lain baik.

Anonymous said...

YA ALLAH YA RABBI, KAMI MOHON ENGKAU TURUNKAN HUJAN DAN PETIR DI KL ESOK PETANG.