Monday, April 23, 2012





Bagaimana mungkin mahasiswa sendiri sudah semakin keliru dengan isu yang diperjuangkan?

Bodohnya mahasiswa robot ini yang sudah berhari-hari berkhemah tidak tahu ahli Parlimen Balik Pulau, Yusmadi Yusoff pernah menyatakan PTPTN tidak akan dimansuhkan, namun ia akan dirombak bagi menyediakan biasiswa kepada pelajar.

Bodohnya mahasiswa robot ini kerana Anwar Ibrahim semakin menikus dari menjawab persoalan PTPTN mempunyai kadar faedah serendah 1 peratus, bayaran balik dilonggarkan selama 15 tahun, setiap bulan bayaran balik pinjaman sebanyak RM100 higgga RM200 ringgit. Anwar mahu mahasiswa lari dari tanggungjawab mereka kepada masyarakat.

Bodohnya mahasiswa robot ini kerana Anwar Ibrahim tidak pernah memberikan sebarang bentuk paling kukuh penjelasan dan perlaksanaan pendidikan percuma secara terperinci, tanpa menaikkan sebarang cukai dalam mana-mana sektor.



GWM mampu memberi satu penjelasan 90 peratus tepat mengapa mahasiswa robot ini diperbodohkan dengan perkhemahan di Dataran Merdeka.

Paling jelas adalah pembangkang mahukan supaya momentum BERSHIT 3.0 dikekalkan sehingga 28 April ini ... Cara paling berkesan, mencipta isu, PTPTN dan pendidikan percuma bagi mengekalkan momentum BERSHIT 3.0




Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) perlu menjalankan tugas dengan pantas membersihkan dan merampas khemah pelajar ini sesuai dengan peruntukan undang-undang cukup jelas dan telah diluluskan dalam parlimen sejak sekian lama ini.

Tanpa kompromi ...





Mustahil pemimpin pembangkang tidak pernah tahu dan/atau membaca Undang-Undang Kecil Taman (Wilayah Persekutuan) 1981, Akta Kerajaan Tempatan 1976?

Atau sememangnya pemimpin pembangkang sengaja tidak mengendahkan Akta ini bagi menghalalkan perbuatan mereka dalam mempergunakan mahasiswa ini bagi mengekalkan momentum BERSHIT 3.0


Nah ... cukup jelas peruntukan undang-undang ini. DBKL berhak merampas khemah dan menghalau mahasiswa robot ciptaan Anwar Ibrahim.

Dan perkara yang paling penting, mahasiswa robot ini berhak dihadapkan ke mahkamah DBKL atas kesalahan melanggar peruntukan undang-undang yang telah digazetkan sejak 1981.



DBKL perlu tegas tanpa kompromi menjalankan tugas tanpa cuba dipengaruhi oleh mana-mana pihak termasuklah cuba dipengaruhi oleh mana-mana pemimpin pembangkang.

Rakyat tidak mahu DBKL hanya bertegas terhadap peniaga-peniaga jalanan yang mahu mencari makan, namun takut untuk mengambil tindakan terhadap mahasiswa yang masih mentah ... lembut ubun-ubunnya (kurang berilmu).

DBKL tidak perlu takut dan bacul dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan ...


3 comments:

Unknown said...

Tapi bila ambil tindakan pun kena berhati2, krn Pakatan haprak sentiasa cari ruang utk buruk2kan Kerajaan, kononnya zalim & ganas. Diorang mmg lg suka kalau diambil tindakan. Blhlah mrk buat provokasi melampau..

PENDUDUK KERINCHI MASIH MENANTI PERMOHONAN MAAF NURUL IZZAH. Baca di sini...

http://apakecoh2.blogspot.com/

Anonymous said...

mereka memang berharap pihak berkuasa bertindak baru boleh dijadikan isu,mereka pun hairan kenapa pihak berkuasa tidak bertindak sampai la ni,sebab dah lama sangat tidur kat khemah makan tak tentu masa entah mandi ketidak,sedangkan org yg mengarahkan berdemo makan berhidang tidur ditilam empuk siap berdakap dgn bini masing2,

Anonymous said...

siila2 la
rujuk mereke2 ini
ke JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT
kasihan
tak berkemampuan untuk memberi pelindungan utk diri sendiri
berilah mereke tempat berteduh..