Saturday, April 7, 2012




KUALA LUMPUR 6 April - Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR), Zuraida Kamaruddin diingatkan supaya tidak bertindak melampaui batas dalam hal keahlian parti itu jika mahu 'rahsia besar' mengenai beliau tidak didedahkan kepada umum.

Bekas Ketua Penerangan PKR Ampang, Mohd. Isa Mohd. Saidi berkata, beliau bersedia mendedahkan perkara itu dan jika dibongkarkan nanti, Zuraida mungkin hilang kelayakan sebagai Ahli Parlimen Ampang.


Katanya, Zuraida selama ini sebagai Ketua PKR Ampang sering memecat ahli jawatankuasa parti itu di peringkat cabang apabila tidak bersetuju dengan beliau atau menegur kepimpinan PKR.

"Saya terima surat pemecatan (jawatan Ketua Penerangan PKR Ampang) saya itu yang bertarikh 2 April di rumah saya pukul 3 petang semalam yang ditandatangani oleh Zuraida dan ia berkuatkuasa serta-merta.

"Saya dengar dia mahu memecat terus keahlain saya (sebagai ahli PKR) pula dan jika ini berlaku, saya bersedia mendedahkan rahsia besarnya yang boleh menyebabkan dia hilang Ahli Parlimen" katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.



Apa rahsia besar yang ada pada Mohd. Isa Mohd. Saidi sehingga Mak Lampir boleh hilang kelayakan sebagai Ahli Parlimen?



GWM dan blogger pro kerajaan pernah memberi 'hint' mengenai skandal 'Lendir' Zuraida Kamaruddin pada Julai 2011 yang lalu.


Klik, SKANDAL LENDIR MAK LAMPIR BAKAL TERBONGKAR untuk mengetahui 'hint' dan petunjuk yang cuba disampaikan oleh Bekas Ketua Penerangan PKR Ampang, Mohd. Isa Mohd. Saidi.

Blogger-blogger pro kerajaan (yang tertentu sahaja) sudah lama mempunyai bukti dan rahsia hitam Zuraida Kamaruddin ... hanya tunggu masa untuk didedahkan kepada umum.

Jika Mohd. Isa Mohd. Saidi. mendedahkan rahsia besar Zuraida Kamaruddin ini kepada umum, bermakna bukti yang ada pada blogger-blogger pro kerajaan ternyata benar dan sahih.



Bonus bagi blogger-blogger pro kerajaan kerana tidak perlu lagi dedahkan rahsia besar Zuraida Kamaruddin.

Kerana ahli PKR sendiri yang akan membunuh karier politik Zuraida Kamaruddin. Nasib la lu Mak Lampir ...



5 comments:

Anonymous said...

tak usah lah buat ugutan. just publishkan maklumat itu. zuraidah is a useless mp. tak berfikiran dan bodoh. jadi kalau dia ditendang keluar parti keadilan berasa lebih adil. zuraidah adalah contok wakil rakyat, bottom of the barrel for pkr. next election out. useless politician. let us get rid of her now.

Anonymous said...

zuridah sampah pkr. no value to the parti. wakil rakyat yang tidak berguna kepada rakyat. publish and let us the voters get her out now.

Anonymous said...

pkr lebih baik tampa zuraidah. ok let us kick her out

Anonymous said...

Ingat! jangan buat tuduhan sebarg kepada orang, anda boleh terlepas didunia tp tidak di akhirat

Anonymous said...

Pemimpin-pemimpin PKR memang banyak masalah, penuh dengan skandal-skandal seks,rasuah dan kekotoran. Hanya disebabkan wang dan kuasa mereka memperalatkan "Rakyat" untuk mencapai cita-cita.

Semakin hari semakin banyak dosa-dosa mereka terdedah dan didedahkan oleh orang-orang mereka ataupun perbuatan mereka sendiri.