Saturday, April 21, 2012





KOTA BHARU 19 April - Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat didesak menghapuskan semua bayaran yang dikenakan kepada pelajar di Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (Kias) dan Maahad Darul Anuar yang dikendalikan ahli keluarga beliau.

Presiden Orang Muda Berpadu Anti Korupsi (OMBAK) Kelantan, Wan Khairul Ihsan Wan Muhammad berkata, tindakan itu perlu dilakukan bagi membuktikan bahawa Pas dan sekutu pembangkangnya memberikan pendidikan percuma kepada rakyat.

Beliau berkata, desakan pembangkang supaya kerajaan Barisan Nasional (BN) memansuhkan Perbadanan Tabung Pengajian Tinggi Negara (PTPTN) tidak bermakna sekiranya mereka sendiri tidak mampu melaksanakan sistem pendidikan percuma.

"Kita mahu Pas buktikan dulu di Kelantan, beri pendidikan percuma di Kias yang dikendalikan kerajaan Pas Kelantan melalui Yayasan Kelantan Darul Naim (Yakin).

"Mana mungkin Kias dapat hidup tanpa PTPTN malah kolej ini dikatakan gagal untuk dinaik taraf ke kolej universiti disebabkan kekurangan prasarana, ini menunjukkan Kias tidak mempunyai sumber kewangan yang kukuh untuk terus 'hidup'.

"Begitu juga dengan Maahad Darul Anuar yang dikendalikan oleh anak-beranak Nik Abdul Aziz, kalau ini Mursyidul Am Pas tidak mampu laksanakan, maka tidak payah bisinglah dengan pergunakan mahasiswa untuk kepentingan politik mereka," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.




PASIR MAS 20 April - Penyokong Pas diminta mendesak Kerajaan Pas Kelantan tidak mengenakan sebarang bayaran ke atas pelajar yang menuntut di semua institusi pendidikannya bermula daripada pusat asuhan tunas Islam (Pasti) sehingga ke peringkat tertinggi seperti Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (Kias).

Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali (gambar) berkata, pada masa sama kerajaan Pas Kelantan juga harus menyelesaikan semua bayaran pinjaman pendidikan termasuk Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang dibuat oleh anak-anak negeri ini.

Beliau berkata, ini disebabkan ia adalah salah satu daripada perjuangan parti tersebut yang mahu memberikan pendidikan percuma kepada rakyat.

"Penyokong Pas perlu menggesa kerajaan Kelantan menghapuskan semua bayaran yang dikenakan ke atas pelajar-pelajar sekolah di bawah kerajaan negeri seperti maahad tahfiz, Pasti dan pelajar Kias serta Kolej Teknologi Darulnaim," katanya.



Come on Nik Aziz ... Jangan malukan ahli dan penyokong Parti Adat dan Sosialis. Selain dari masuk sorga, Hadi Awang sudah mewarkan-warkan Pendidikan percuma dari peringkat asas sehingga pengajian tinggi (penghapusan semua yuran pengajian).

Jangan sekali-kali memberi alasan berbentuk polemik politik lagi ... tak perintah Malaysia lah, kerajaan pusat tak bagi lah, tak ada duitlah.

Ini agenda pertama dalam tawaran Negara Berkebajikan PAS ...

Selepas Negara Berkebajikan ... Apa lagi janji dan pembohongan PAS


Mulakan dahulu di Kelantan. Jangan sampai hilang sokongan dan undi puak-puak yang bakal memilik sorga ini.

Jangan pula sampai kubur nanti dikencing puak-puak sendiri akibat terlalu suka berjanji ...



2 comments:

Anonymous said...

setuju.. buat di kelantan dulu,..dan bayar hutang pinjaman ptptn anak anak kelantan, sama juga dengan penang, selangor dan kedah,..dengor kata UNISEL selangor pun dah bermasaalah,.. tak da duit ke?..bak kata pepetah.. you pay peanuts you get monkeys,..

Anonymous said...

Hehehehehe
Itu la..duk bersekongkol dgn Aljuburi merangkap punaisihat ekonomi negeri selangor..

Aljuburi tu nak berkuasa, semua cakap asal boleh jer..pasal cakap tak guna duit.

Kalau Aljuburi tu bijak pandai, dia dah memandang kedepan dan tahu akan risiko2 yg bakal menjelma.
Masalahnya Aljuburi tu otak dan pandangan dia tidak sehebat Tun Mahathir.

Pasal tu Jepun kata, kalau Mahathir menjadi PM mereka Negara mereka akan maju 20 tahun lagi kehadapan.

Ni...nak spin amender lagi pasal pendidikan percuma? Kalau dapat royalti minyak, rasanya pendidikan percuma boleh diteruskan ker?..tak jugak...

Nak bagi pendidikan percuma pada PASTI pun aku rasa banyak PASTI akan tutup nanti..hahahaha
Kalau nak bagi pendidikan percuma pada pelajar..aku rasa cirit Kerajaan Kelantan..tak payah aku nak ulas ler...korang boleh fikir sendiri....