PETALING JAYA: Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengaku wujud kontraktor-kontraktor yang tidak berpengalaman dilantik kerajaan negeri bagi menguruskan kutipan sampah di Selangor.
Khalid yang ditemui selepas Majlis Pelancaran Zon Bersih Peringkat MBPJ di Kota Damansara, di sini, berkata kerajaan negeri akan mengambil inisiatif mengajar kontraktor-kontraktor yang kurang berpengalaman terbabit bagi meningkatkan produktiviti mereka.
"Saya akui kontraktor ini tidak pengalaman. Sebab itu masalah kutipan sampah menimbulkan rungutan penduduk.
"Bagaimanapun, usaha meningkatkan mutu kerja mereka akan dilakukan dari semasa ke semasa," katanya.
Khalid bagaimanapun menafikan Alam Flora yang bertanggungjawab melaksanakan kerja-kerja kutipan sampah di Selangor selama ini sebagai berpengamalan.
"Mereka juga tidak berpengalaman.Dalam jangka masa 10 tahun, kapasiti mereka masih tiada. Itu yang menakutkan saya,” katanya.
Malah, Khalid juga didakwa meletakkan seluruh kesalahan berhubung isu sampah di Selangor ke atas Alam Flora.
sumber : ANTARAPOS
Alasan paling dangkal dan bodoh keluar dari mulut seorang yang bergelar Menteri Besar Selangor dan mendapat gelaran Tan Sri ...
Tan Sri 'beli' ke Khalid Ibrahim?
Jika begini jawapan yang diberikan oleh Khalid Ibrahim (cuci tangan lah tu), maka beliau perlu mengemukakan nama-nama mereka yang terlibat dalam Jawatankuasa Tender & Kontrak ini.
Amat mustahil dan tidak masuk akal sebuah Jawatankuasa Tender & Kontrak tidak mampu memberi penilaian sewajarnya pemberian kontrak kepada para kontraktor yang berpengalaman dan terlatih?
Semua skop kerja, kriteria, pengalaman, aset yang dimiliki oleh kontraktor secara jelas tertulis dalam Borang Tender.
Masakan sebuah jawatankuasa tender boleh melakukan kesalahan melantik para kontraktor yang tidak mempunyai pengalaman?
Jawatankuasa Tender & Kontrak apa ini?
Prosedur pemilihan kontraktor sepatutnya sejak awal lagi sudah ditapis sebelum lantikan sesebuah syarikat kontraktor. Lumrah dan paling asas sewaktu penyerahan borang tender perlu dikepilkan sekali dengan Profil Syarikat (Company Profile).
contoh Profil Syarikat
Profil Syarikat ini sudah jelas menunjukkan betapa kontraktor itu layak atau tidak berdasarkan kegiatan asas perniagaan, pengalaman, modal berbayar, aset yang dimiliki, tenaga kerja, sijil professional dan yang berkaitan, dan sebagainya.
Bukankah menjadi kelaziman mana-mana Jawatankuasa Tender & Kontrak akan melakukan 'background checking' sebelum surat lantikan dikeluarkan kepada kontraktor?
Paling nyata, Jawatankuasa Tender & Kontrak sampah Selangor ini tidak mempunyai sebarang kelayakan dan pengalaman dalam melakukan penilaian sesebuah syarikat yang dilantik, selain dari kontraktor mengemukakan harga tender yang rendah.
Sememangnya benar seperti apa yang dikatakan oleh Pengerusi Cassa, Dr Jacob George mengenai penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa pemimpin Pakatan Rakyat Selangor dalam memberikan kontrak sampah kepada kroni-kroni mereka.
Dalam hal pemberian kontrak sampah kepada kontraktor-kontraktor yang dilantik, nyata kerajaan negeri Selangor memberikan kontrak tersebut kepada mereka yang tidak layak.
Dengan kata lain ... kontrak diberikan kroni-kroni terpilih dikalangan pemimpin Pakatan Rakyat Selangor, bukan kepada kontraktor yang layak dianugerahkan projek permbersihan sampah di Selangor.
Paparan dibawah adalah bukti syarat-syarat tender yang ditawarkan oleh kerajaan Selangor yang jelas menyatakan syarat-syarat wajib untuk memasuki tender kutipan sampah.
Menyediakan dan membekal buruh, peralatan, jengkaut, bahan dan lain-lain keperluan untuk kerja-kerja memunggah dan mengumpul sampah ...
Menyedia dan membekal buruh, peralatan, jentera dan lori bagi mengangkut sampah sarap ke tapak pelupusan yang diiktiraf ...
Persoalan yang tidak mampu dijawab oleh Khalid Ibrahim dan kerajaan negeri Selangor ...
1) Mengapa kerajaan negeri membelanjakan sejumlah wang yang besar untuk membeli 50 buah kompaktor kepada kontraktor sedangkan dalam tender yang dikeluarkan, setiap kontraktor perlu menyediakan peralatan dan jentera sebagai syarat wajib sebelum kontrak diberikan?
2) Bagaimana kontrak kutipan sampah ini boleh dianugerahkan kepada kontraktor-kontraktor yang dilantik sedangkan kerajaan negeri sangat tahu mereka ini tidak mempunyai jentera dan peralatan untuk melakukan kerja? Bukankah ini sudah melanggar syarat wajib sesebuah tender yang dikeluarkan?
3) Mengapa kontraktor-kontraktor ini dilantik yang jelas tidak menepati syarat wajib tender walhal Alam Flora yang ditamatkan kontrak oleh kerajaan negeri mempunyai cukup peralatan dan jentera untuk melakukan kutipan sampah?
Apa lagi lu nak bohong Khalid Ibrahim ... Lu pusing tonggeng terbalik statement, lu jugak yang terbelit!
What the hell kerajaan negeri mau ambil inisiatif ajar kontraktor-kontrakor sampah buat kerja ...
2 comments:
salam, mohon x-change link , bidaman.blogspot.com
khalid ni memang dah tak lama dah!!!
Sebab tu merata poster ucapan terima kasih dia tergantung di selangor..
Eloklah tu, sebelum selangor hancur ditangan pakatan rosak!!
PRU 13, selamat tinggal pakatan rosak..
= Pengundi baru yg tak sabar nak mengundi
Post a Comment