Wednesday, April 4, 2012


Bekas Setiausaha Sulit Datuk Seri Anwar Ibrahim, Anuar Shaari sekali lagi tampil menggesa pihak kerajaan mengumumkan hasil siasatan pembelian dan pemilikan saham ‘luar biasa’ Azmin Ali dan isterinya Shamsidar Taharin sekitar tahun 1992-1994.





Anuar pernah laporan polis di Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada tahun 2009 berkata pemilikan saham Azmin-Shamsidar sekitar tahun 1992-1994 tidak munasabah berbanding dengan pendapatannya Azmin sebagai pegawai kerajaan yang hanya menerima gaji sekitar RM3,000 sebulan.

Anuar seperti dilaporkan Utusan Malaysia mengemukakan bukti tiga keping dokumen pembelian saham kepunyaan Shamsidar yang menggunakan alamat di No. 13, Jalan H-1, Fasa 5, Taman Melawati, Kuala Lumpur yang melabur di tiga buah syarikat iaitu Multi Purpose, FEHS dan Kemayan Oil Palm Berhad.

Sekitar tahun 1992-1994, Azmin adalah Setiausaha Sulit kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim, Menteri Kewangan Malaysia.

“Kita mahu tahu dari mana Azmin dan isterinya memperoleh wang sampingan? Apakah pembelian dan pemilikan saham ini mempunyai kaitan dengan Anwar kerana Azmin bertindak sebagai Setiausaha Sulit Kewangan pada ketika itu,” katanya.



Pembelian saham Shamsidar menggunakan perkhidmatan broker TA Securities Sdn. Bhd bernilai RM 21,949.85


Pembelian saham Shamsidar melalui perkhidmatan broker Rashid Hussain Securities Sdn. Bhd berjumlah RM 283,080.00


Pembelian saham Shamsidar di Kemayan Oil Palm Berhad berjumlah RM 250,000.00




Pada 19 November 2009, AIDC telah merungkai rahsia di sebalik pemilikan saham tersebut. Katanya, setiap satu saham yang dibeli Shamsidar mempunyai sejarahnya sendiri. Misalnya Syarikat Multi Purpose atau Multi Purpose Holding Berhad (MPHB).

Syarikat ini adalah syarikat gergasi yang tersenarai di BSKL sejak dari tahun 1982 yang menjalankan perniagaan seperti perjudian dan hiburan, perkhidmatan kewangan, perhotelan, saham dan hartanah dan pembangunan.

Salah satu bank di bawah kawalan MPHB adalah Phileo Allied Bank (Malaysia) Berhad dan syarikat perjudian yang dikawalnya adalah Magnum Corporation Berhad.







sumber mantap : portal AIDC

1 comments:

Anonymous said...

lamak Jalan H1.. PDM tempat wa lak tu...klau ada lagi lebih ulurlah sikit...nak buat futsal ni...