Friday, April 13, 2012




Wow, sekarang ini ada penyakit baru dalam PKR. Saling salah menyalahkan, kerana idea menawarkan penghapusan PTPTN tidak mendapat sambutan baik seperti yang diharapkan. 

Anwar sendiri tidak seronok apabila dia dihentam kanan dan kiri, kerana dikatakan mahu menjahanamkan Negara dengan janji-janji yang bodoh dan tidak menarik perhatian rakyat.

Semua tidak mengaku bahawa itu idea mereka. Nampaknya, janji PTPTN ini adalah ibarat ‘peluru sesat’ yang akhirnya terkena di atas batang hidung sendiri. 

Anwar sudahpun mengarahkan Setiausaha Agung mencari jalan selamat untuk keluar daripada isu ini. Bersih 3.0 adalah satu alat yang paling mujarab.

Anwar nampaknya semakin kerap berhadapan dengan situasi salah nasihat kebelakangan ini. Khabarnya Jawatankuasa Strategik PKR sendiri tidak faham dengan apa yang berlaku. 

Anwar bercakap tidak mengikut garis dasar yang disediakan oleh Jawatankuasa Strategik. Semua main langgar. Lepas itu puas nak buat recovery. Belum tentu boleh recover. Kalau salah cakap; rakyat akan tuntut. Setakat ini, memang mereka berdepan dengan masalah.

Arahan Anwar juga, agar media baru pembangkang turut menggunakan data dan info Asia Sentinel dalam mengenengahkan isu kapal selam. 

Anwar mahu ianya dilakukan seberapa segera – walaupun Anwar sendiri mengakui bahawa info tersebut sangat diragui. 

Gun Begins to Smoke in Malaysian Sub Scandal – John Berthelsen (Asia Sentinel). Tulisan ini tidak mengandungi data dan info apa pun. Macam tulisan kosong. Tak ada makna.

Nampaknya dalam isu PTPTN ini, Anwar semakin tersepit. Solution menggunakan wang PETRONAS; boleh mengundang kemarahan pengundi Melayu yang percaya PETRONAS masih lagi antara syarikat yang diurus secara profesional dan efisien.

Menurut seorang rakan HQ PKR, isu PTPTN ini memang menjadi cadangan AMK, khususnya Shamsul Iskandar. Mamat ini memang terkenal sebagai seorang pemain politik yang dungu. 

Yang tak tahu implikasi besar cadangan bodoh seperti itu. Khabarnya, Rafizi mahu lepas tangan. Tak mahu sama-sama fikir bagaimana nak selamatkan isu PTPTN ini. Janji dah janji.

Kebodohan Ketua AMK ini sebenarnya sudah membawa Anwar dalam masalah. Rafizi memang dah lama benci kepada mamat sorang ni. Tak ada substance. 

Sam salah nasihat Saifuddin. Saifuddin jual kepada Anwar. Anwar salah cakap. Rafizi yang kena cuci. Formula ini akan buat orang benci.


sumber : blog Gelagat Anwar



3 comments:

Otak geliga said...

apa2pun jika mana2 mahasiswa yg terlibat dgn aktiviti songsang utk melupuskan PTPTN & mereka DIKENALPASTI SEBAGAI PEMINJAM PTPTN, langkah terbaik adalah TARIK SEMULA PINJAMAN mereka serta merta sekiranya dibenarkan undang2 & senaraihitamkan mereka yg berkenaan dr pinjaman PTPTN sehingga kecucu cicit mereka.....ini cara RADIKAL tanpa radiasi utk mengajar manusia2 yg kufur nikmat.....aku dah naik meluat dgn mahasiswa yg akalnya PENDEK

Unknown said...

Anwar cuma tahu buat janji. Tunai x reti.

AMBIGA PERANGAI MACAM ORANG MABUK KELUAR BAR. Baca di sini...

http://apakecoh2.blogspot.com/

Anonymous said...

Kepada pihak Universiti dan juga PTPTN, ayuh segerakan pengeluaran borang kepada mahasewel yang berdemo pada 14 April baru-baru ini. Borang ini hendaklah ditandatangani dan dihantar segera kepada PTPTN tanda mereka menolak pinjaman seterusnya,dan pinjaman yang mereka telah ambil dan gunakan,paksa mereka untuk bayar balik untuk kegunaan adik-adik yang baru lepas STPM baru-baru ini yang akan masuk ke Universiti untuk belajar. Kalau mereka tidak bayar,seret mereka ke mahkamah kerana melanggar perjanjian dan tamatkan pengajian mereka serta merta daripada Universiti. Biarlah apa mereka nak kata, kerajaan zalim ke............atau apa-apa sahaja kerana mereka sendiri yang menzalimi diri sendiri dengan membiarkan diri mereka diperalat oleh manusia durjana yang bergelar "BABI' aka Brother Anwar Bin Ibrahim.