Sejuk perut ibu yang telah mengandungkan rakan-rakan seagama dari puak Parti Adat & Sosialis, jika melihat puak-puak ini sedang khusyuk solat berjemaah.
Namun janganlah kerana 'ketaksuban tahap melampau' maka bendera parti pula disamakan dengan sejadah. Yakinkah puak-puak yang menggunakan bendera bulan sebagai sejadah ini bahawa bendera tersebut tidak tercemar dengan kekotoran dan/atau najis kecil?
GWM tidak pasti jika ketujuh-tujuh puak ini sedang solat berjemaah dalam sebuah surau mahupun madrasah. Tampak gaya, seperti sedang menunaikan Rukun Islam dalam sebuah surau.
Jika benar, bukankah lebih baik digunakan sejadah yang telah disediakan oleh pihak surau ...
Apakah puak-puak ini mengalami 'fobia dan trauma melampau' melihatkan sejadah yang disediakan dalam surau ini berwarna biru Barisan Nasional? Warna yang cukup tidak digemari oleh puak-puak bendera bulan.
Jangan kerana disebabkan oleh ketaksuban melampau ini, umat Islam dilihat terlalu jumud dan ekstrim.
Rasional dan 'common sense' seolah-olah sudah tidak berfungsi lagi dalam kotak minda rakan-rakan seagama dari puak Parti Adat & Sosialis ini.
Atau gambar ini sememangnya dijadikan sebagai satu 'psywar' menggambarkan kononnya puak-puak Parti Adat & Sosialis lebih Islam dari mereka yang berada dalam UMNO mahupun Barisan Nasional?
Bagaimana jika sekiranya puak-puak UMNO dilihat sedang bersolat berjemaah di atas bendera Barisan Nasional?
GWM sudah membayangkan 'headline-headline' sensasi media pembangkang, terutamanya HaprakDaily ...
Sahih ... 'Top Story' tujuh minggu berturut-turut dalam portal dan akhbar!
Susah sangatkah mahu menggunakan sejadah ...
8 comments:
Nampak macam semayang kat umah jer ni bro.
RUMAH TAK ADA SEJADAH KE? hehehe
Ni bukan kat rumah atau surau.Ni kat bilik gerakan / markaz.
sesat dan menyesat kan itu lah pas,.kalau tak da pas tak da org sembahyang macam ni,,,ni semua kelaku org pas,..betul tak.
KPI pemimpin PAS,..berjaya mentaksub kan lembu lembu mereka, mana ada org sembahyang bersejadahkan bendera,,,.tak pernah berlaku dalam sejarah,..sila catit kan dalam sejarah PAS tanah air.
Assalamualaikum,
Jangan hanya dek imbuhan wang yang tak seberapa dan posisi jawatan yang sementara,anda sanggup menyebarkan berita yang belum pasti kebenarannya.Bayangkanlah bagaimana mungkin anda menyuapkan hasil dari sumber yang menjijikkan ini ke mulut ahli keluarga anda.Bersegeralah untuk bertaubat dan hadirkanlah diri ke majlis-majlis ilmu supaya diberikan panduan untuk anda melihat dengan mata hati yang mana satu kebenaran dan yang mana satu kebatilan.
bodoh punya admin..
ko igt harakah fitnah umno?? ko sendiri yang edit.. gambar dan tajuk memang pasal bende tu.. gambar nampak sangat edit.. tpi isis berita??? ko x pandai nak edit plak... berita pasal banjir... gambar pasal sejadah
P/S: kalau dmin delete komen ni admin penakut... ADMIN TUKANG FITNAH!!!..
kalau x der sejdah haram ker guner bendera???
kalau surau/madrasah.. knper plak ader perabot bertingkat2 tu?? ruang plak kecil... FITNAH LEBIH.. BERIKAN BUKTI TGNA KATE 'NAK MASUK SYURGA KENE SOLAT ATAS BENDERA BULAN"
beri bukti bahwa TGNA kater
"UNDI PAS MASUK SYURGA"
Post a Comment