Monday, April 9, 2012


KUALA LUMPUR, 9 Apr - "Dakwaan ini tidak betul, saya tidak mengambil sebarang duit daripada Malaysia," kata Dr Setev Shaariibuu pada sidang media di lobi Parlimen hari ini.

Bapa kepada model warga Mongolia, Altantuya Shaaribuu menafikan dakwaan kononnya beliau menerima wang atau rasuah daripada kerajaan Malaysia bagi 'menutup mulut' berhubung kes anaknya.

Beliau berkata, wujudnya khabar angin yang mengatakan beliau mengadakan rundingan dengan kerajaan Malaysia dan bersetuju supaya tidak mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai pembunuhan Altantuya.

"Itu tidak benar sama sekali, saya tidak dibayar untuk tutup mulut," kata Setev.

Bagaimanapun Setev berkata kedatangan beliau adalah untuk mendapatkan maklumat mengenai kes berkenaan setelah tidak menerima sebarang berita selepas kerajaan Mongolia menghantar nota rasmi kepada kerajaan Malaysia.

Katanya lagi beliau ingin mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak sebagai 'seorang bapa dan lelaki' bagi membincangkan mengenai kes anaknya itu.


sumber : KLPOS

3 comments:

Anonymous said...

Biasalah klu dah kaki kutar alam,semua blh kata. jahanamlah kau anuar

Anonymous said...

Pecacai PR lebih percaya pada fitnah dari kebenaran. Hancurlah PR dan Anwar.

Anonymous said...

babi, celah mana anwar rasuah dia ni? tajuk tak berkaitan, nak dapat banyak hit je website haram jadah di. cam mangkuk.