Parti DAP tampak belum jitu dalam mengasimilisasikan konsep 'Ketuanan Rakyat' dan masih lagi memerlukan suntikan idea dari Anwar Ibrahim yang seringkali mengulangi keperluan Pakatan Rakyat mempunyai sokongan besar dari orang Melayu.
Bangsa akan tetap menjadi isu dan ini yang perlu dihadapi oleh Pakatan Rakyat kerana orang Melayu tidak akan sama sekali melepaskan kuasa pemerintahan kepada bangsa lain. Ini adalah hakikat yang perlu ditangani sebelum menjelang pilihanraya umum nanti.
Pas sudah tidak lagi mampu menarik sokongan dan undi orang Melayu kerana perkara yang paling asas mengenai bangsa Melayu itu sendiri telah banyak dinafikan melalui kenyataan rasmi para pemimpin parti tersebut. Pemecatan Hasan Ali dan hilangnya portfolio penting dalam Exco kerajaan negeri Selangor adalah titik tolak gagalnya Pas meraih undi baru dikalangan orang Melayu.
Tidak mustahil jika Anwar Ibrahim bijak dalam mengemudikan barisan pembangkang akan mula memainkan isu 'Ketuanan Melayu'. Ini adalah titik tolak jika mahukan sokongan padu dari orang Melayu. Sokongan dan undi kaum India kini lebih terarah kepada Barisan Nasional, begitu juga dengan sokongan dari orang Melayu.
Bagaimana pula dengan konsep 'Ketuanan Rakyat' yang diilhamkan oleh isteri beliau, Wan Azizah. Perlukah idea dan konsep Wan Azizah dibakul sampahkan buat sementara waktu dalam mencari sokongan penting dari orang Melayu.
Klik untuk artikel seterusnya, ANWAR BAKAL LAUNG SEMANGAT KETUANAN MELAYU?
Sudah semakin terdesak Anwar Ibrahim menagih sokongan dan undi orang Melayu ...
0 comments:
Post a Comment