Monday, April 23, 2012





KUALA LUMPUR, 23 Apr - Bekas ahli Parlimen Parit Sulong dan bekas Presiden Kelab Penyokong Kerajaan (BNBBC), Ruhanie Ahmad mendedahkan beliau pernah diminta mengkhianati UMNO untuk menjatuhkan Tun Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri dalam menjayakan cita-cita peribadi Ketua Umum Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata demikian sewaktu pelancaran pertubuhan Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim (TIBAI) yang turut disertai oleh bekas pemimpin tertinggi Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Ruhanie turut memberitahu peranan beliau sewaktu menjadi presiden BNBBC dalam mengumpulkan 40 ahli parlimen Barisan Nasional (BN) tanpa sebarang jawatan untuk melompat parti dalam usaha menjatuhkan Tun Dr Mahathir dari terus menjadi Perdana Menteri, pada waktu itu.

"Saya mengaku sanggup menjadi lembu demi Anwar Ibrahim jika beliau dapat menarik salah seorang ahli parlimen BN untuk melakukan 'cross over party'," kata Ruhanie.


Klik untuk artikel seterusnya, KLPOS






0 comments: