Thursday, April 12, 2012




SELANGOR, 7 APRIL 2012: “Malaysia perlu cepat mempersiapkan pasukan muda yang perlu dibangunkan untuk masuk ke padang yang lebih besar”, ujar Menteri Belia dan Sukan Dato’ Seri Ahmad Shabery Cheek dalam Majlis Perasmian MGZ Futsal Centre di sini.

Malaysia mempunyai potensi yang tersendiri dalam bidang futsal tanah air yang mana Malaysia merupakan ranking yang ke-70 di Asia.

Hampir 2000 gelanggang futsal yang telah dibina di kawasan-kawasan kampung oleh kerajaan di setiap negeri bagi menggalakkan golongan belia menunjukan bakat mereka di tempat yang tepat.


“Permainan futsal ini berbeza dengan bola sepak di padang yang lebih besar kerana ia hanya memerlukan ketangkasan dari setiap pemain dan saya melihat orang-orang Malaysia mempunyai kelebihan itu”, ujar Dato’ Seri Ahmad Shabeery Cheek dalam ucapannya lagi.

Menurut Razak Nordin, “ ia adalah sifat prihatin kepada pasaran yang lain yang mana sebelum ini kami hanya menaja sukan esklusif seperti golf sekaligus merupakan salah satu strategi dalam memperkenalkan Garuda Indonesia kepada umum”, ujar beliau yang merupakan salah satu penaja besar untuk MGZ Futsal Centre ini.

Turut hadir dalam majlis yang berlangsung Ketua Pemuda Selangor, Y.M Ungku Salleh Ungku Jamal, Ketua Pemuda Hulu Langat, Azhar Hambali, dan Pengarah Belia dan Sukan Selangor, Tuan Hj Makhruzi Hj. Iksan.



0 comments: