Thursday, April 26, 2012





KUALA LUMPUR 25 April - Presiden Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (Muafakat), Ismail Mina Ahmad berkata, adalah haram bagi umat Islam menyokong Datuk S.Ambiga kerana Pengerusi Gabungan Pilihan Raya Bebas dan Adil (Bersih) itu merupakan pejuang tegar kepada amalan seks songsang di negara ini.

Sehubungan itu, beliau yang juga tokoh agama berkata, umat Islam yang terlibat dalam perhimpunan Bersih wajib malu kerana dikepalai oleh pejuang yang menyokong perkara bercanggah dengan agama.

“Sewajarnya umat Islam menjauhi pemimpin seperti ini dan membuat pilihan lebih tepat dengan memilih ketua yang selayaknya dan melakukan perhimpunan di lokasi tertutup dalam menuntut sesuatu perkara,’’ katanya di sini, hari ini.

Beliau mengulas kenyataan bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa berdasarkan fatwa ulama tersohor dunia, Sheikh Dr. Yusuf Al-Qardhawi berhubung amalan LGBT iaitu umat Islam dilarang makan dan minum bersama dengan pengamal serta penyokong seks songsang, apatah lagi, jika berada di belakang individu yang cukup dikenali sebagai penyokong kuat amalan tersebut.



Bekas rakan baik Anwar Ibrahim, Ismail Mina mengharamkan umat Islam menyokong Ambiga mahu pun BERSHIT ini.

Setuju? ...

Kita bercakap mengenai Ismail Mina, rakan baik Anwar Ibrahim semasa di Universiti Malaya (UM) pada tahun 1970 yang meninggalkan beliau berpunca dari persoalan akidah.

GWM cukup yakin sebenarnya Ismail Mina juga turut mengharamkan umat Islam dari menyokong Anwar Ibrahim, yang turut sama menjunjung amalan seks songsang di negara ini.

Lihat sahaja kenyataan rasmi Anwar Ibrahim yang bersungguh-sungguh mahu undang-undang liwat ini di rombak kembali atas alasan sudah kolot dan ketinggalan zaman.

Bukankah ini juga sama sahaja seperti Ambiga ...



Perlu diingat, Ismail Mina dan Anwar Ibrahim adalah pengasas bersama kepada penubuhan Yayasan Anda dan ABIM (Angkatan Belia Islam). Ismail Mina juga terlibat dalam Sekretariat Pembebasan Anwar, ketika 'kote bengkok' ini merengkok di penjara Sungai Buloh.

Ismail Mina tentu tidak mampu melupakan ucapan teragung Anwar Ibrahim di London School of Economics (LSE) pada 18 Mac 2010 berkenaan “Religion and Pluralisme in a Divided World”.

Ini yang menyebabkan beliau meninggalkan Anwar Ibrahim ... Seorang sahabat meninggalkan sahabat.

Ismail Mina tahu Anwar Ibrahim kini telah mendokong satu fahaman baru yang dinamakan Pluralisme Agama, semua agama dianggap sama.











3 comments:

Unknown said...

Semua dah tahu Bersih ni buruk, tp penyokong totok Pakatan sengaja buat x tahu...

BUKTI JELAS AMBIGA & BERSIH SENGAJA NAK CETUSKAN KEKACAUAN! Baca di sini...

http://apakecoh2.blogspot.com/

Anonymous said...

ada yg kata wajib dan ada yg kata haram ke perhimpunan bersih 3,saya sokong yg kata haram sebab kalau tak pergi dapat pahala,paling tidak pun terhindar dari percampuran lelaki/perempuan.yg kata wajib tu siapa nak tanggong dosa rakyat seluruh malaysia yg tak dapat pergi.sedangkan mengundi pun tak diwajibkan

Anonymous said...

fear of god outlet
hermes outlet
kyrie 5 spongebob
yeezy
goyard bag
golden goose outlet
off white
air jordan 1
jordan travis scott
kobe