Friday, April 20, 2012




Anwar Ibrahim tidak akan melengahkan pembubaran DUN Selangor bagi turut sama menyertai PRU 13 jika tidak ada analisis yang dibuat PKR menunjukkan Selangor memang akan dirampas kembali oleh Barisan Nasional (BN).

Soal Selangor tidak mahu menyertai PRU 13 disebabkan oleh kerajaan masih belum lagi memenuhi tuntutan BERSHIT 3.0 ... hanyalah satu diversion, sekadar mengalih perhatian sebenar Pakatan Rakyat masih belum bersedia untuk menghadapi pilihanraya umum.

Sokongan dan undi masyarakat Cina nyata belum tentu memberi kelebihan kepada Anwar Ibrahim. BN sudah mempunyai 'feel good factor' yang cukup signifikan.

GWM suka memberi contoh melalui pemerhatian analisa yang dilakukan melalui portal mahu pun melalui kenyataan rasmi pemimpin pembangkang itu sendiri.

Baca dan fahami artikel-artikel dibawah ini ...




Klik ... KLPOS




Analisis dari dua portal ini sudah membayangkan Pakatan Rakyat tidak mempunyai keyakinan untuk menghadapi pilihanraya umum kali ini.

Anwar Ibrahim bakal mengubah strategi dari 'Ketuanan Rakyat' kepada 'Ketuanan Melayu'.

Sumber GWM juga memberitahu belum tentu Pakatan Rakyat akan mendapat 20 peratus undi masyarakat India, apatah lagi sokongan dan undi orang Melayu majoriti besarnya sudah kembali kepada BN.

Anwar Ibrahim tahu Pakatan Rakyat pasti akan menghadapi masalah jika secara tiba-tiba mahu menyumbat ke telinga masyarakat Melayu dengan slogan retoriknya 'Ketuanan Melayu'.

Bukankah si malaun ini juga yang berdegar-degar melaungkan 'Ketuanan Rakyat' hasil idea isterinya Wan Azizah? DAP belum tentu bersetuju dengan 'Ketuanan Melayu'.

'Ketuanan Rakyat' inilah yang diperjuangkan oleh parti chauvinist. Islam, Melayu dan Raja bakal berkubur jika 'Ketuanan Rakyat' menjadi slogan Pakatan Rakyat pada PRU 13 ini.

Terlalu banyak isu yang ditimbulkan oleh Pakatan Rakyat mengguris hati orang Melayu di Selangor. Sudah terlalu mustahil Anwar Ibrahim sempat menggunakan idea 'Ketuanan Melayu' dalam mendapatkan sokongan dan undi orang Melayu.

Begitu juga dengan pemecatan Hasan Ali dan hilangnya portfolio penting dalam Exco kerajaan negeri Selangor adalah titik tolak gagalnya Pas mengekalkan momentum sokongan dan undi orang Melayu.



Namun begitu GWM cukup tertarik dengan kenyataan rasmi Hadi Awang dalam portal di bawah ini ...


GWM setuju dengan pandangan blogger Gerakan Anti PKR dalam hal ini ...

Pilihanraya kecil Hulu Selangor 2010 adalah bukti paling jelas momentum sokongan kembali kepada BN, selain dari undi protes terhadap Pakatan Rakyat di Selangor.

Apa signifikannya Hadi Awang menyebut PRU 2004? ...

Signifikannya kerana Hadi Awang tahu, Anwar Ibrahim juga tahu, BN akan menang di Selangor. Ini bukan soal mengangkut undi baru masuk ke Selangor. Mustahil BN tewas teruk pada PRU 2008 ... Sudah tentu BN mampu mengekalkan Selangor pada pilihanraya PRU 12 jika menggunakan cara yang sama, mengangkut undi baru masuk ke Selangor.



Seperti yang GWN katakan pada awal artikel ini ... BN sudah mempunyai 'feel good factor' yang cukup signifikan.






0 comments: