Thursday, April 26, 2012





KUALA LUMPUR 26 April - Penganjuran BERSIH 3.0 dikejutkan dengan kenyataan Naib Pengerusi DAP Senator Tunku Abdul Aziz Ibrahim yang mengeluarkan kenyataan tidak menyokong Perhimpunan tersebut.

Malah beliau juga menjelaskan sebarang Himpunan sedemikian bakal berakhir dengan keganasan.

"Kebanyakan himpunan akan bermula dengan aman dan berakhir dengan keganasan. Siapa yang akan bertanggungjawab tentang keselamatan mereka? Saya menolak mana-mana pihak yang melakukan perkara menjurus kepada pelanggaran undang-undang," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini.

Tunku Aziz turut berpendirian BERSIH 3.0 tidak wajar diadakan di Dataran Merdeka kerana ia mengajak rakyat melanggar undang-undang.


Baca artikel seterusnya, klik KLPOS



Apa yang diutarakan oleh Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz adalah sama dan senada dengan kenyataan rasmi Datuk Bandar Kuala Lumpur Tan Sri Ahmad Fuad Ismail.


"Mereka dakwa mempunyai 6,000 orang dan 600 doktor yang akan menjaga perhimpunan agar aman. Soalan saya apakah mereka ini cukup terlatih dan telah dilatih untuk menghadapi situasi seperti ini. Apa jaminan yang boleh BERSIH berikan," tegas Datuk Bandar Kuala Lumpur ini.

"Mereka telah memberi petunjuk (indication) bahawa mereka akan meneruskan agenda duduk di atas jalanraya walaupun pada awalnya berjanji dan memberi jaminan tidak menggangu ketenteraman awam.


Baca artikel seterusnya, klik KLPOS



BERSHIT 3.0 bakal berakhir dengan keganasan ... Dan ini motif utama Anwar Ibrahim mengarahkan Ambiga untuk tetap berkeras mahu perhimpunan ini diadakan di Dataran Merdeka, dan bukannya seperti yang dicadangkan oleh DBKL.

Pengalaman BERSHIT 2.0 sudah cukup membuktikan anasir subversif ini bukan bermatlamat mahu mengadakan satu sistem pilihanraya yang adil, sekadar mahu menguji kekuatan minoriti untuk mencabar kedaulatan undang-undang dengan 'undang-undang rimba'.

Amat memalukan bagi satu makhluk yang bernama Ambiga, bekas presiden Majlis Peguam nyata tidak tahu menghormati Undang-Undang Kecil Taman (Wilayah Persekutuan) 1981, Akta Kerajaan Tempatan 1976.


Bagaimana rakyat mahu mempercayai suara bekas presiden Majlis Peguam ini kononnya mendesak agar kerajaan menghormati perlembagaan negara dan undang-undang, walhal beliau nyata mengajak rakyat melanggar undang-undang?

Bagaimana rakyat mahu mempercayai suara bekas presiden Majlis Peguam ini jika arahan dari DBKL yang berteraskan kepada Undang-Undang Kecil Taman (Wilayah Persekutuan) 1981, Akta Kerajaan Tempatan 1976 langsung tidak dihormati?

Ini bukan bicara bijak pandai ... ini bicara makhluk 'bodoh mengaku pandai'.



Rakyat perlu melihat 'apa yang tersirat' tuntutan BERSHIT 3.0 ini dari sudut dan skop yang lebih besar ...

Jawatankuasa Khas Parlimen (PSC) telah bersetuju dan meluluskan 7 daripada 8 tuntutan BERSHIT 2.0 ini di Parlimen. Malah PSC juga turut mengesyorkan dan meluluskan 18 daripada 22 tuntutan pembangkang.


"Kenapa dah sampai peringkat akhir tiba-tiba kata PSC gagal tunai tanggungjawab? 18 daripada 22 tuntutan itu kita penuhi, maknanya 82 peratus kata sepakat dicapai, adakah ini yang anda kata kita gagal?" - sumber, KLPOS

Mengapa Ambiga kembali merepek mahukan kerajaan memenuhi setiap tuntutan semasa BERSHIT 2.0 termasuklah sistem pilihanraya yang lebih adil dan telus, walhal Parlimen telah pun meluluskan tuntutan tersebut?



Sumber GWM memberitahu Anwar telah mengarahkan Ambiga untuk mendapatkan khidmat nasihat dan pertolongan dari satu lagi makhluk 'bodoh mengaku pandai' Pakatan Rakyat ... Ong Kian Ming.

Bodoh Mengaku Pandai ... Ong Ka Ming.

Ambiga dan Ong Ka Ming inilah tulang belakang kewujudan BERSHIT 3.0.

Agak malang ... 'game plan' Anwar Ibrahim dapat dibaca oleh Nasharuddin Mat Isa, bekas Timbalan Presiden PAS yang awal-awal lagi telah mencantas Ambiga dan peranan BERSHIT 3.0.


Nasharuddin Mat Isa tahu BERSHIT 3.0 akan gagal kerana didokong oleh Anwar Ibrahim. Beliau cukup masak dengan strategi Anwar Ibrahim yang mahu menjadikan Dataran Merdeka sebagai satu lagi medan rusuhan dan provokasi.

Nasharuddin Mat Isa nampak kesilapan PAS pada BERSHIT 2.0 lalu mengakibatkan sokongan terhadap parti itu semakin menjunam. Ditambah lagi dengan pemecatan Hasan Ali akibat 'bisikan maut' Anwar Ibrahim ke telinga Nik Aziz.

Kerana itulah beliau mahu PAS mengetuai BERSHIT 3.0 ini dan bukannya badan NGO yang diketuai oleh penyokong tegar LGBT, Ambiga.



Namun begitu ada satu 'rahsia besar' mengapa Nasharuddin Mat Isa menekan 'panic button' ... GWM turut menjangkakan Naib Pengerusi DAP Tunku Abdul Aziz Ibrahim tahu mengenai 'rahsia besar' ini. Amat mustahil Naib Pengerusi DAP ini tidak menyokong perhimpunan BERSHIT 3.0.

BERSHIT 3.0 disokong oleh 81 NGO.

60 dari 81 NGO yang menyokong Ambiga ini merupakan pertubuhan haram dan tidak pernah berdaftar dengan Suruhanjaya Pertubuhan (Registrar of Society).

Rakan blogger APANAMA pernah mendedahkan nama-nama pertubuhan NGO haram ini.


Klik APANAMA untuk melihat senarai-senarai NGO haram yang menyokong BERSHIT 3.0.



Nasharuddin Mat Isa dan Naib Pengerusi DAP Tunku Abdul Aziz Ibrahim sudah tentu tidak mahu reputasi parti DAP dan PAS rosak akibat mainan wayang Anwar Ibrahim.

NGO-NGO haram ini dilahirkan oleh Anwar Ibrahim dan PKR.

Kedua-dua pemimpin parti pembangkang ini cukup masak dengan strategi Anwar Ibrahim mahu menjadikan Dataran Merdeka sebagai satu lagi medan provokasi dan rusuhan ...



8 comments:

Anonymous said...

Nak buat macam kat Thailand, Mesir, Libya dan Syria. Tak yah ler. Dah tau dah......

vespa.melaysia said...

Tapi ada lagi rakyat yg mahu sokong. tak faham macam mana mereka fikir. sudah terang lagi bersuluh objektif sebenar demonstrasi ni. hanya untuk mereka yg taksub. bukan mereka yg betul2 mahukan keadilan. tak tahu apa objektif sebenar.

Anonymous said...

Dari dulu lagi memang itulah matlamat Anuwar...biar ada rusuhan nanti bila berlaku cepat2lah dia akan istiharkan bahawa rakyat dah menentang PM DS Najib...dan dia akan beritahu seluruh dunia dikatanyalah orang Malaysia nakkan dia jadi PM...
Tak tahu malu muka macam Jubur!!!!

Anonymous said...

PAS ni pun satu...kalau dulu bila ada apa2 isu je mesti buat sembahyang hajat....sekarang ni hajat tah kemana sembahyang pun tah kemana...yg dorang reti buat sekarang ni tu lah....terpekik terlolong....dah mula bercampur jantan betina...etc....kalau buat sembahyang hajat mintak keamanan malaysia kan lagi bagus....

Anonymous said...

Bershit 3...Baca ini...kita orang tidak suka kacau lu orang...tapi kalau lu orang kacau kita orang...kita orang makan orang..Bullshit 3....

Anonymous said...

layarilah laman portal web berita terkini DAN PERCUMA Freemalaysiakini2

mohon dilinkkan

Unknown said...

Semua org tau Ambiga & Anwar nak cetus kekacauan...

AMBIGA MENGAKU PENGIKUTNYA BANGANG, BAHLOL DAN TOLOL!! Baca di sini...

http://apakecoh2.blogspot.com/

Anonymous said...

polis kat malaysia ni baik sangat. puak bersin kene tangkap siap kasi makan lagi.. skrg ni kena tangkap kasi je minum air karat kat kelantan tuh