KUALA LUMPUR 19 April - Koperasi Pelaburan Felda Bhd. (KPF) bersetuju dengan langkah penyenaraian Felda Global Ventures Holdings Bhd. (FGVH) ke Bursa Malaysia Mei ini selepas Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) diadakan hari ini.
Seramai 1,102 daripada 1,227 perwakilan yang menghadiri EGM itu menyokong resolusi penyenaraian tersebut, sekali gus menamatkan pelbagai kontroversi sejak kerajaan mengumumkan cadangan penyenaraian syarikat milik penuh Felda tersebut ke Bursa Malaysia.
EGM yang berlangsung kira-kira empat jam itu diadakan selepas mesyuarat yang sepatutnya dijalankan 22 Februari lalu dibatalkan setelah Mahkamah Tinggi Kuantan mengeluarkan perintah injunksi yang dipohon oleh lapan peneroka.
Utusan Malaysia difahamkan, para perwakilan EGM itu telah diberi penerangan oleh Ahli Lembaga Pengarah KPF mengenai usul-usul yang dibentangkan termasuk pemindahan milik pegangan KPF dalam Felda Holdings Bhd. (FHB) serta 10 anak syarikatnya kepada Felda sebelum mereka memutuskan sama ada mengundi untuk menerima atau menolak.
KPF yang dianggotai kira-kira 112,627 peneroka dan 23,000 pekerja Felda pula memiliki pegangan sebanyak 51 peratus di dalam Felda Holdings.
"Dalam mesyuarat itu juga, mereka telah bersetuju memberi mandat kepada Ahli Lembaga Pengarah KPF bagi meneliti, berunding, memperhalusi dan menerima apa-apa terma yang tertakluk dalam Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM).
Menurut Ahmad, keputusan EGM itu membuktikan golongan peneroka mahu melihat Felda berada di tahap yang lebih tinggi berbanding sekarang.
"Ia juga bukti bahawa golongan peneroka tidak mudah termakan hasutan pembangkang," katanya.
Dalam pada itu, seorang perwakilan yang enggan dikenali memberitahu, sebagai generasi kedua Felda, beliau amat mengalu-alukan penyenaraian FGVH ke Bursa Malaysia.
"Tiada apa yang hendak dikhuatirkan, tanah kami tidak dirampas, hak kami masih dikekalkan malah ia memberi lebih banyak manfaat kepada peneroka.
''Jika selama ini kami ahli KPF boleh menerima dividen sehingga 15 peratus, mungkin jumlah itu akan bertambah apabila FGVH disenaraikan. Kami yakin dengan keputusan ahli lembaga pengarah kerana selama ini mereka tidak pernah mengabaikan kepentingan peneroka.
"Apa yang menjadi masalah selama ini adalah terdapat segelintir peneroka yang termakan hasutan pemimpin parti pembangkang,'' katanya.
Menurutnya, seperti yang diberitahu oleh Pengerusi Felda, Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad, penyenaraian tetap diteruskan walaupun tidak mendapat persetujuan KPF.
''Namun, apabila EGM hari ini berjaya mendapat persetujuan majoriti, ini bermakna para peneroka bakal mendapat manfaat dan dividen daripada FGVH secara langsung pada setiap tahun," katanya.
Barangkali sudah tiba masanya Mazlan Aliman pencen daripada menjadi barua Anwar Ibrahim dan Parti Adat & Sosialis (PAS).
Apa dosa dan noda yang telah dilakukan oleh FELDA selama ini boleh membunuh dan menjahanamkan warga peneroka ini?
TAHUN 2004
Pemberian wang Hari Raya bagi tahun 2004 kepada peneroka dengan kadar RM300 / peneroka berjumlah RM33.8 juta.
Melancarkan simposium dan ekspo usahawan FELDA 2004 ( SIMEX 04 ) di PWTC dalam usaha mensasarkan pencapaian 30% warga FELDA terlibat di dalam bidang keusahawanan. Jabatan Pembangunan Usahawan FELDA diwujudkan untuk membangunkan usahawan dikalangan warga FELDA.
Memperkenalkan bonus insentif produktiviti buat kali pertama sebagai menghargai sumbangan peneroka terhadap kemajuan industri sawit/getah negara dan insentif kepada peneroka yang menghantar hasil melalui FELDA. Pembayaran kali pertama ini melibatkan seramai 86,318 peneroka dengan jumlah bayaran RM116.2 juta.
Skim Tuisyen FELDA ( STF ) kepada pelajar FELDA yang menghadapi peperiksaan UPSR, PMR, dan SPM diperkenalkan kali pertama pada bulan Ogos hingga September 2004.
TAHUN 2005
Skim Tuisyen FELDA ( STF ) dilaksanakan secara bersepadu sepanjang tahun 2005 mulai April hingga November dengan peruntukan berjumlah RM20 juta. STF melibatkan 270 buah sekolah rendah dan 100 buah sekolah menengah dalam rancangan FELDA dengan bilangan pelajar kira-kira 60,200 orang setahun.
Pembayaran zakat kumpulan FELDA buat kali pertama berjumlah RM7.8 juta yang dibayar kepada Pusat Zakat Negeri di mana FELDA beroperasi.
Memperkenalkan Program Dana Pelajar Cemerlang untuk menjana anak peneroka dan kakitangan yang cemerlang melanjutkan pelajaran ke luar negara dengan dana khas permulaan berjumlah RM2 juta. Sehingga kini 66 orang pelajar sedang melanjutkan pelajaran di luar negara.
Pemberian wang Hari Raya kepada peneroka dengan kadar RM350 / peneroka dengan bayaran berjumlah RM39.4 juta.
TAHUN 2006
Mencetuskan cadangan supaya FELDA bekerjasama dengan MARA bagi menempatkan pelajar FELDA di MRSM dan mengkaji kemungkinan satu bangunan MRSM FELDA dibina di Perak. Pembinaan MRSM ini adalah usaha meningkatkan prestasi pendidikan di kalangan generasi baru. Pengambilan pertama 200 pelajar dilaksanakan mulai tahun 2007 dan ditempatkan sementara di Kolej KINI Trolak.
Pembayaran zakat Kumpulan FELDA kali kedua berjumlah RM10.62 juta kepada Pusat Zakat Negeri dan melancarkan Gaya Hidup Baru warga FELDA.
Bayaran bonus insentif produktivi untuk seramai 90,880 peneroka dengan jumlah bayaran RM117.9 juta.
Program persediaan seramai 34 orang pelajar generasi baru dan anak kakitangan untuk melanjutkan pelajaran dalam pelbagai bidang ke luar Negara dan dana khas berjumlah RM2 juta.
TAHUN 2007
Pemberian wang Hari Raya kepada peneroka dengan kadar RM350 dengan jumlah RM39.4 juta.
bonus insentif produktiviti untuk seramai 90,322 peneroka dengan jumlah RM146.4 juta.
Pembukaan hotel dan restoran di Al Safwa Mekah, Arab Saudi dengan perbelanjaan modal sebanyak RM125.40 juta yang dapat memberi perkhidmatan kepada jemaah haji dan umrah dari Malaysia. Projek ini juga memperkenalkan Malaysia dikalangan Negara Islam dan mempromosikan makanan Islam di tanah suci.
Kenaikan kadar bantuan sara hidup dari RM75 seekar ke RM85 seekar di tahun pertama, RM85 di tahun ke-2, RM90 seekar di tahun ke-3 dan kenaikan pendahuluan pendapatan RM100 seekar mulai 1 Julai 2007.
TAHUN 2008
Pemberian geran tahunan berjumlah RM 1,000 untuk 317 persatuan belia di rancangan FELDA dengan peruntukan tahunan berjumlah RM317,000.
Kenaikan kadar bantuan sara hidup dan pendahuluan pendapatan peneroka yang tanam semula pada kadar RM100 seekar di tahun pertama, RM120 seekar di tahun ke-2 dan RM130 di tahun ke-3. Pendahuluan pendapatan dinaikkan ke RM140 seekar di tahun ke-4 dan ke-5 dan RM150 seekar di tahun ke-6. Kenaikan ini berkuatkuasa 1 Mac 2008 melibatkan pembiayaan berjumlah RM1.899 bilion, tidak termasuk kos pembiayaan tanam semula.
Pembayaran bonus insentif produktiviti kepada seramai 85,224 orang peneroka dengan bayaran berjumlah RM145.2 juta.
Melaksanakan projek Perumahan Warga FELDA ( PWF ) di Triang 3 sebanyak 304 unit dengan peruntukan berjumlah RM25.6 juta dan sebanyak 321 unit rumah di Chini 3 dengan kos RM33 juta.
TAHUN 2009
Pelaksanaan pendapatan minima RM1,000 bagi memastikan pendapatan peneroka tidak berada di bawah paras kemiskinan, walaupun harga komoditi jatuh.
Pemberian wang raya atas kadar rm 350 dan rm150 dengan bayaran berjumlah RM37.23 juta.
Pembayaran bonus insentif produktiviti kepada seramai 90,445 orang peneroka dengan bayaran berjumlah RM95.35 juta.
Melaksanakan projek Agropolitan Pekan Pahang (Projek Ladang Sawit Tanjung Batu, Projek Ternakan Bebiri Dorper Runchang & Batu 8 dan Projek Ternakan Kambing Boer Panchur Berderu Setiu).
TAHUN 2010
Memperkenalkan pelan Khairat Kematian Peneroka untuk meringankan beban waris peneroka yang meninggal dunia. Bayaran serta merta RM3,000 dibayar kepada waris peneroka bagi setiap kes kematian dan RM7,000 selepas permohonan diterima.
Pemberian wang raya atas kadar RM300 dan RM150 dengan bayaran berjumlah RM32.1 juta.
Pembayaran bonus insentif produktiviti kepada seramai 94,281 peneroka melibatkan bayaran berjumlah RM100.92 juta.
Meluluskan cadangan penubuhan Koperasi Permodalan FELDA (KPF2) sebagai wadah dan pembangunan ekonomi untuk generasi baru FELDA.
Besar sungguh dosa FELDA kepada peneroka, setiap tahun tidak pernah terlepas daripada mendapat pemberian wang hari raya dan bonus insentif.
Ini baru 30% dosa-dosa FELDA yang disenaraikan oleh GWM, ada lagi 70% dosa-dosa FELDA yang belum disenaraikan.
Apa logik dan rasional Mazlan Aliman sentiasa menyerang dan memburukkan FELDA yang selama ini tidak pernah putus membantu warga peneroka, sekalipun ditaburkan dengan ribuan fitnah.
Sedangkan Ahli Parlimen Tumpat, Datuk Kamarudin Jaffar pernah mencadangkan Koperasi Felda menambah dividen daripada 16.5 peratus kepada 30 atau 40 peratus kepada anggota keluarga peneroka Felda setiap tahun memandangkan KPF diuruskan dengan baik dan professional.
Mazlan Aliman sepatutnya berhenti dari terus menjadi ‘agen perosak’ FELDA seperti yang diarahkan oleh Anwar Ibrahim, isu yang sememangnya tidak ada sebarang bukti kukuh langsung.
Jangan bertindak bodoh sehingga menyebabkan diri bakal dihadapkan dengan tindakan saman, sepertimana berlaku kepada Suara Keadilan oleh FELDA berjumlah RM 200 juta.
Mazlan Aliman wajib malu dengan tindak tanduk beliau selama ini.
Sepatutnya isu besar di depan mata beliau seperti yang berlaku di Ladang Rakyat Limau Kasturi di Gua Musang sudah membuka mata dan hati beliau betapa secara terang terangan Kerajaan PAS Kelantan menganiaya para peserta dengan sijil palsu tanpa geran tanah.
Mazlan Aliman ... Sampai bila saudara perlu menadah tangan meminum air liur bercampur fitnah dari Anwar Ibrahim dan Husam Musa.
Mengapa Mazlan Aliman masih berterusan berdendam dengan FELDA? Apakah FELDA pernah menganiaya dan menindas keluarganya serta sanak saudaranya?
Jika abang kandungnya mengaku betapa beliau berterima kasih kepada FELDA atas faedah yang diterima selama ini, apa sebenarnya berlaku kepada Mazlan Aliman.
Apa sebenarnya Pengerusi ANAK (Persatuan Anak Anak Peneroka FELDA) ini mahu? Membela nasib peneroka FELDA atau sekadar mencari nama ...
Bodoh punya manusia ...
1 comments:
seltSpoomsKem Brian Cushing Jersey
Derek Newton Jersey
Kareem Jackson Jersey
Acrovetooth
Post a Comment