SHAH ALAM, 3 April - Ketua Umum Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan hari ini kerajaan negeri Selangor meluluskan usul pendidikan percuma di Universiti Selangor (UNISEL) dan Kolej Islam Selangor (KUIS) berkuatkuasa serta merta.
"Saya umumkan pendirian ini berkuatkuasa serta merta hari ini" kata Anwar sambil Khalid Gagap menjeling dan mencebik dengan pengumuman yang dilakukan.
"Dengan syarat ... dengan syarat angkat dan martabatkan saya sebagai Perdana Menteri terlebih dahulu" ujar Anwar.
Khalid Gagap yang berada disebelah beliau mula menepuk dahi.
Mungkin begitulah tajuk utama KeldaiDaily dan Haprakdaily keluaran esok ...
Berapa punya pembohong Anwar Ibrahim mengatakan kerajaan Turki memberikan pendidikan percuma kepada rakyatnya.
Terbaru mereka mengulangi niat murni palsu mereka untuk memansuhkan PTPTN, yang menjadi pelik dan ironiknya perkara yang ada dibawah kekuasaan mereka tidak pula hendak mereka laksanakan.
”Kita nak cabar mereka untuk memansuhkan yuran kepada pelajar UNISEL dan Kolej Islam Selangor (KUIS) yang sememang dibawah kuasa eksekutif kerajaan Negeri Selangor.
Baru-baru ini Menteri Besar kata, Selangor banyak duit. Kalau betul banyak duit, kalau betuk sangat nak jadi juara kepada orang muda kononnya, selesaikan masalah-masalah di negeri Selangor dulu seperti masalah yuran pelajar-pelajar di Unisel dan KUIS dulu. Selesaikan, biayai 100%,” ujarnya yang juga Timbalan Ketua UMNO Bahagian Subang. (Penolong Setiausaha Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Megat Firdaouz Tan Sri Megat Jonid.)
Tambahnya, apa yang mereka janjikan ini, hanya umpan pilihan raya semata-mata. Sebelum ini pun mereka dah buat banyak lagi cadangan, pandangan dan gimik semata-mata menarik minat rakyat seperti menghapuskan tol, turunkan harga minyak, tetapi ianya merupakan janji-janji kosong.
”Mereka harus buktikan di negeri Selangor dulu, buktikan di Pulau Pinang dulu, barulah mereka boleh bercakap, berjanji kalau mereka mampukan buktikan di peringkat persekutuan pula.
Di Selangor, beribu anak selangor yang dapat menyambung pelajaran di IPTA tapi tidak dibantu. Beribu anak Selangor yang ditipu manifesto 2008,” tambahnya.
Kalau mereka ikhlas nak bantu, buktikan dahulu di Selangor khususnya pelajar-pelajar di Unisel dan KUIS. Jika tidak, ia merupakan satu penipuan dan sandiwara yang jelas dan nyata, semata-mata untuk mengumpan undi dari rakyat khususnya dari golongan anak-anak muda.
sumber : blog SAHABAT GUNUNG
Rasanya Khalid Ibrahim tidak keberatan untuk meluluskan pendidikan percuma untuk UNISEL dan KUIS. Akaun kerajaan negeri pun sudah mempunyai simpanan berjumlah RM 1.9 Bilion.
Selaku Punaisihat Ekonomi Selangor, Anwar Ibrahim wajib menerima cabaran ini dengan mengumumkan pendidikan percuma di dua buah pengajian tinggi yang sememangnya di bawah kuasa eksekutif kerajaan Negeri Selangor.
Jangan jadi bacul Anwar Ibrahim ...
2 comments:
tahi lah Nuar oi
yg tak mustahil elaun penasihat ekonomi selangor naik 100000%.akan diumumkan kalau dapat jadi pm.
Post a Comment