KUALA LUMPUR, 19 Apr - Datuk Seri Anwar Ibrahim ditegur kerana cuba mengelirukan Dewan Rakyat apabila mendakwa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak mempedulikan laporan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen(PSC) bagi penambahbaikan sistem pilihan raya.
Malah Ketua Pembangkang itu turut dibidas beberapa wakil rakyat Barisan Nasioanl (BN) apabila secara berterusan mengeluarkan beberapa fakta yang menurut mereka tidak tepat termasuk berkaitan jumlah pengundi ragu dalam daftar pemilih SPR.
Ketika membahaskan Rang Undang-Undang Kesalahan Pilihan Raya (Pindaan) 2012 di peringkat Jawatankuasa, Datuk Seri Dr Maximus Ongkili (BN-Kota Marudu) mencelah menegur kenyataan Anwar yang berterusanmenyalahkan SPR.
"Apa yang disampaikan oleh Datuk Seri Anwar sebenarnya ialah laporan pertama interim itu telah pun dianalisa dan dipersetujui oleh SPR. Tidak kurang empat atau lima (cadangan) telah diambil tindakanseperti dakwat kekal, pengundian awal serta tiada lagi bantahan ketika proses penamaan calon ketika kertas diserahkan kepada pegawai pilihan raya.
"Memang ada yang telah diambil tindakan, jadi kalau kita katakan (tidak diendahkan) tidak tepat. Tapi memang harapan kita lebih banyak yang mereka akan ambil tindakan," katanya ketika mencelah perbahasan Anwar.
Mendengar penjelasan Ongkili yang juga Pengerusi PSC, Anwar akhirnya mengakui teguran yang diberikan.
"Saya terima baik penjelasan itu kerana apa yang disebut menjawab pertimbangan saya. Saya tak nafikan beberapa pertimbangan kecil diambil kira," kata Anwar.
sumber : portal KLPOS
1 comments:
Anda menderita buasir kronik?masih mencari penawar yg sesuai?
dapatkan nomoreRhoids. Ramuan herba tempatan terpilih. Lulus ujian makmal.Keluaran Muslim
http://www.penawarsembuhbuasir.com/
Post a Comment