Saturday, April 7, 2012


Andaikata Nik Aziz mahu memberi gelaran pemimpin politik Pakatan Rakyat manakah yang mempunyai ciri munafiq tertinggi, tidak syak lagi tiga pemimpin tertinggi ini berhak mendapat penghormatan tersebut.

Ketiga-tiga pemimpin ini bersekongkol dan bersubahat mahu memansuhkan PTPTN atas dasar mahu menghasut pelajar dan mahasiswa untuk menentang apa sahaja dasar yang kerajaan lakukan.

Anehnya ... pelajar dan mahasiswa robot hari ini begitu bodoh tidak mahu menyelidiki asal usul penubuhan dana khas ini.



MUNAFIQ - MUNAFIQ PTPTN

14 Mei 1997 menjadi sejarah Lim Kit Siang menyokong penubuhan PTPTN semasa Akta Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional 1997 (Akta 566) dibentangkan untuk bacaan kedua dan ketiga dalam Dewan Rakyat.

Rang Undang-Undang Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional 1997


Tuan Lim Kit Siang [ Tanjong ] : Tuan Yang Di Pertua, saya mengalu-alukan Rang Undang-undang Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional untuk memperuntukkan satu tabung bagi membenarkan anak-anak kita berpeluang melanjutkan pendidikan tinggi dan menyediakan bantuan kewangan melalui pinjaman pendidikan atau selainnya kepada pelajar yang menuntut di institusi-institusi pengajian tinggi.


Begitu juga dengan Lim Guan Eng yang mahu kerajaan menaikkan jumlah dana PTPTN kepada RM 1 bilion dan bukannya RM 100 juta jika ingin membantu pelajar dan mahasiswa.

Lim Guan Eng : Kalau kerajaan benar-benar ingin membantu mereka, saya rasa kerajaan harus menimbangkan untuk menaikkannya kpada RM 1 bilion sekurang-kurangnya.

Kita boleh 'write off' Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng kerana kedua-dua chauvinist ini sememangnya opportunis dan racist. Sudah nyata anak beranak ini kafir harbi yang tidak akan berpuas hati dengan setiap tindakan dan langkah kerajaan.


Namun munafiq yang paling tinggi darjatnya tentulah Anwar Ibrahim ...

Bekas Timbalan Perdana Menteri dan bekas Menteri Kewangan ketika PTPTN ini ditubuhkan. Nyata sekali PTPTN ditubuhkan di bawah batang tubuh pemimpin yang hari ini ke hulu ke hilir mendakwa PTPTN menekan mahasiswa, zalim dan merupakan tanggungjawab kerajaan untuk memberi pendidikan percuma sehingga ke universiti.

Munafiq inilah yang mengenakan caj pengurusan 4% di bawah pengawasan Kementerian Kewangan sewaktu memegang tampuk Menteri Kewangan. Walhal kerajaan hari ini hanya mengenakan caj pengurusan serendah 1% sahaja.



Rakyat perlu bertanya kepada diri sendiri ... siapa yang lebih munafiq dalam hal ini. Kerajaan atau Anwar Ibrahim?



0 comments: