Mungkin ramai yang nampak dan tertanya tanya mengapa wujudnya tulisan dalam bahasa Thailand pada video klip ini. Apa rasional dan relevannya? Ada juga yang tidak nampak kerana terlalu memberi tumpuan kepada lakonan cemerlang Anwar Ibrahim.Dalam kekalutan, tulisan di video klip memaparkan alamat di negara Thailand. Barangkali misteri alamat tersebut bakal terjawab melalui video klip yang bakal ditayangkan seterusnya ... Mustahil tiada kesinambungan dari 'trailer' asal?

Rakyat bakal disajikan lagi dengan kemunculan video klip seterusnya yang akan disertai dengan pengesahan dari pakar tempatan mahupun luar. Pastinya kesahihan Anwar Ibrahim sebagai pelakon layar utama membalun 'China Doll' turut disertakan dengan dokumen sahih bagi mematahkan sebarang 'alibi' dan 'spin' dari kem Anwar Ibrahim.

Uniknya ... tulisan dalan bahasa Thailand tersebut berkait rapat dengan soalan Dato' Eskay terhadap Anwar Ibrahim.
1) Sejak dua tahun lalu berapa kali Anwar ke Thailand?
2) Siapa yang menyambut Anwar di Thailand?
3) Di hotel mana Anwar menginap?
4) Apa Anwar buat di bilik hotel tersebut?
5) Siapa yang menyelesaikan semua bayaran tersebut?
Dan kemunculan video klip ini (berbahasa Thailand) di alam maya tempoh hari sudah cukup memberi tamparan dan sindiran cukup tajam apa yang tersirat di sebalik soalan soalan maut Dato' Eskay.
Secara logiknya, video klip ini lebih berusia dari video klip bertarikh 21 Februari 2011 yang ditayangkan kepada sekumpulan wartawan di Carcosa Seri Negara tempoh hari.

Dan persoalan paling menarik ... sudah berapa banyakkah video klip Anwar Ibrahim bersenggama bersama pelacur sejak dua tahun yang lalu? ... didalam dan luar Malaysia?
Seluar dalam semakin terlondeh! Anwar Ibrahim semakin cemas ...










