Tuesday, April 12, 2011


KUALA LUMPUR 11 April – Hentian Puduraya yang ditutup sejak 1 Mac tahun lepas bagi kerja-kerja pengubahsuaian dikatakan bakal kembali beroperasi Sabtu ini.

Jurucakap UDA Holdings mengesahkan operasi bas di terminal sementara di Bukit Jalil sekarang akan ditutup pada 16 April berikutan pembukaan semula Hentian Puduraya. Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk M. Saravanan hari ini melakukan tinjauan hampir setengah jam ke Hentian Puduraya dengan diiringi Pengurus Besar UDA Mall, Ismail Hassan serta beberapa pegawai UDA Holdings.

Tinjauan mendapati kerja-kerja pengubahsuaian di hentian tersebut yang dilaksanakan oleh UDA Mall Sdn Bhd dengan kos RM52 juta hampir siap. Kerja-kerja pendawaian dan pemasangan sistem penyedut asap kenderaan di tingkat bawah hentian dilihat sedang dijalankan. – Bernama



Pssstt .... ada apa apa yang mahu dikongsi bersama ke YB! Kenangan Mengusik Jiwa ... Memori Indah Bersama ...

2 comments:

leekonyou said...

ada sambungan PAYUDARA di PUDURAYA KE?

Unknown said...

WALLAHUWA'LAM LEEKONYOU ... KENA TANYA EMPUNYA BADAN!