Monday, April 11, 2011


Anwar Ibrahim menjanjikan Kanun Tanah berkenaan tanah adat NCR akan diubah dalam masa setahun dan semua tanah adat seluas sejuta hektar akan dikembalikan.

Pehin Seri Taib Mahmud menyifatkan janji Anwar itu satu pembohongan dan janji sedemikian yang juga melibatkan 1,000,000 hektar tanah kelapa sawit yang sudah ditanam tidak lojik. Ini bermakna Anwar perlu mengheluarkan wang sebanyak RM5 billion dalam setahun.



ISU TANAH ADAT/NCR

Sebelum 1 JAN 1958, semua orang boleh membuktikan tanah –tanah yang diteroka atau tidak diusahakan sebagai tanah adat mereka (NCR). Bagaimanapun selepas 1 Jan 1958, Kerajaan telah ubah syarat tanah iaitu setiap tanah NCR mesti ada rumah atau diusahakan.

Jika mana-mana tanah tidak mempunyai penempatan dan tidak diusahakan ia adalah tanah milik Kerajaan Negeri. Sementara tanah NCR akan diberikan hak milik sementara untuk tempoh 60 tahun.



PERTIKAIAN

Pertikaian mula timbul apabila kerajaan negeri mengusahakan tanah-tanah yang tidak diusahakan itu samada untuk pembalakan/tanaman kelapa sawit melalui syarikat swasta.

Dari tahun 2007 – 2010, terkesan sejumlah 124 kes pertikaian tanah NCR melibatkan seluruh daerah di SARAWAK. Boleh dikatakan setiap kali ada perbicaraan kes tanah NCR di mahkamah akan berlakunya demonstrasi.

Terdapat beberapa NGO’s memperjuangkan tuntutan golongan ini, antara yang aktif ialah :-

a) Jaringan Tanah Hak Adat Bumiputera SARAWAK (TAHABAS);
b) Borneo Resources Institute Of Malaysian SARAWAK (BRIMAS); dan
c) SARAWAK Indeginous Lawyer Alliance (SILA).

Dalam kes-kes perbicaraan tuntutan di bawah Mahkamah SILA yang diketuai oleh Baru Bian, Pengerusi PKR Sarawak/Calon PKR N.70 Ba’ Kalalan akan member khidmat guaman secara percuma.




LANGKAH KERAJAAN SARAWAK

Dalam menangani isu ini, Kerajaan Negeri SARAWAK telah mengambil langkah-langkah berikut :-
a) Tanah yang telah disukat akan diwartakan sebagai ‘Rizab Gunasama Bumiputera’ dibawah seksyen 6 Kanun Tanah Negeri dan akan disimpan di pejabat Jabatan Tanah & Survei Daerah serta Pejabat Daerah;

statistik menunjukkan bermula SEP 2010 – JAN 2011 sebanyak 34 tanah telah dibuat pengukuran keliling kawasan NCR melibatkan 22,871.5 hektar seluruh Negeri SARAWAK).

b) Satu salinan dokumen kerja-kerja pengukuran tanah akan diberi kepada Ketua Kaum Tempatan sebagai bukti;

c) Hak keatas Tanah NCR yang diwarta akan ditadbir oleh undang-undang mengikut kaum masing-masing;

d) Semua perkara berkaitan perolehan, pindahmilik, transisi hak dan keistimewaan keatas tanah, bangunan atau struktur didalamnya tertakluk kepada undang-undang adat kaum berkenaan;
e) Penyukatan dibuat secara dua peringkat iaitu secara“en-bloc” iaitu pengasingan antara tanah NCR dengan tanah kerajaan dan penyukatan tanah NCR secara individu. Surat hak milik tanah secara individu akan dikeluarkan mengikut seksyen 18 Kanun Tanah Negeri;

f) Kerajaan Pusat telah mengumumkan peruntukan sebanyak RM 20 juta untuk kerja-kerja penyukatan manakala pada 11 Dis 2010 Datuk Amar AWANG TENGAH telah mengumumkan tambahan peruntukan sebanyak RM 60 juta untuk kerja-kerja bagi tempoh 2011-2012 yang menjadikan jumlah peruntukan keseluruhannya RM 80 juta;

g) Kerja-kerja menyukat telah dimulakan pada bulan September 2010 dan berlangsung sehingga tahun 2015; dan h) Tanah NCR yang masih didalam perbicaraan dimahkamah akan dikeluarkan untuk mengelak pertindihan didalam proses penghakiman.


sumber / pautan :
THE UNSPINNERS

0 comments: