Sunday, April 24, 2011

Nurul Izzah tahu PAS akan tidak akan berani malah akan melutut melakukan satu tindakan yang akan memusnahkan kerjasama Pakatan Haram. Puteri Sulung Anwar Ibrahim ini mendakwa PAS mesti mengakui bahawa bapanya itu sememangnya paling layak memimpin Pakatan seterusnya diangkat sebagai Perdana Menteri jika memenangi Pilihan Raya Umum akan datang.

Ahli Parlimen Lembah Pantai ini juga berkata Diktator PAS, Nik Aziz sudah pasti akan berang jika berlaku sebarang percanggahan pendapat mengenai ketidakpastian dalam sesuatu isu. Ahli ahli PAS sewajarnya melihat dari sudut kewarasan minda dan akal dalam membuat kesimpulan mengenai Video Seks yang mengaitkan bapanya. Nurul Izzah ternyata mahu parti PAS bersekongkol menyatakan tidak perlu dilakukan siasatan dan mendesak parti tersebut mewar warkan terdapatnya konspirasi jahat untuk menjatuhkan Ketua Pembangkang itu.


Walaupun Mustafa Ali membuat kenyataan berkemungkinan PAS tidak akan menolak dan menerima sebarang keputusan siasatan polis, beberapa pemimpin PAS Pro Erdogan seperti Husam Musa, Dr. Lo'Lo, Khalid Samad dan Dr. Dzulkifly dilihat beriya iya menafikan sekeras kerasnyanya individu di dalam Video Seks itu bernama Anwar Ibrahim.


Ugutan dan tempelak dari Azmin Ali menyebabkan Setiausaha Agung PAS terpaksa menarik kembali kenyataan yang beliau lakukan. Jelas sekali, Golongan Pro Ulama telah hilang pengaruh untuk bersuara dalam PAS. Sikap menikus golongan Pro Ulama mengesahkan cengkaman pengaruh Anwar Ibrahim dalam parti tersebut.

Pemimpin PAS sudah tidak lagi layak mendabik dada berkokok memperjuangkan Islam sebagai prinsip parti kerana maruah parti tersebut sudah direntap hilang sama sekali. Parti PAS sudah menjadi badut dan diberi watak tempelan sebagai tukang kipas dan pencacai Anwar Ibrahim. Memang benar kenyataan dan pendapat Nurul Izzah ...

Maka apa yang ada lagi pada parti PAS ... melainkan serban, jubah dan janggoat sejemput!



4 comments:

Anonymous said...

jawapannya mudah sahaja, datuk pa takut dengan kekuatan yang ada pada puak edorgan dan kafir harbi yang sedang berleluasa melanyak perjuangan pas dari dalam pas itu sendiri. tidakah muktamar pas akan berlansung tidak berapa lama lagi. datuk pa akan kehilangan kerusi dalam pas sekiranya berani membuka pekung di dalam pkr. sedih ....

Dot said...

kuasa yg sedikit cuma......

Anonymous said...

pas tunduk pd pkr

Anonymous said...

PAS SEMAKIN HILANG HALATUJU DAN PERJUANGAN ASAL KERANA HADIRNYA PUAK2 ERDOGAN DAN PEMUJA ANWAR DLM PARTI ITU. SEBAB TU PKR BERANI MEMBELASAH PAS BERTUBI2.
JADI SKRG NI, APA YG BOLEH DIBANGGAKAN LAGI DGN PAS?