Sunday, April 3, 2011


Anwar Ibrahim bakal menyaksikan Pakatan Rakyat tewas lagi pada setiap pilihanraya dan tidak terkecuali pada pilihanraya Sarawak kali ini. Parti SNAP sudah berpatah arang dengan politik jijik PKR. Ditambah lagi dengan konflik dalaman ADUN Padungan dengan Pakatan Rakyat.

Presiden parti SNAP Edwin Dundang telah mengesahkan tiada lagi perbincangan mengenai pembahagian kerusi di antara SNAP dan PKR. Cukup jelas, SNAP tidak akan bekerjasama lagi dengan Anwar Ibrahim yang gemar membuat keputusan ala Hitler tanpa mengadakan rundingan secara jujur. Parti SNAP nekad meletakkan calon mereka dan bertanding di 27 kerusi sebagai lambang protes terhadap permainan politik sempit Anwar Ibrahim dan Pakatan Rakyat.



Tamparan paling besar apabila SNAP dituduh berkomplot bersama BN untuk menumbangkan Pakatan Rakyat dan menjatuhkan imej Anwar Ibrahim di Sarawak. Sebagai parti tertua, Edwin Dundang merasakan tindakan membabi buta PKR telah menghina parti tersebut dan intelektual rakyat Sarawak. Tidak logik bagi sebuah parti yang baru bertapak di Sarawak bertanding di 51 kerusi DUN tanpa menunjukkan sebarang rekod yang boleh dibanggakan.

Keadaan semakin teruk apabila ADUN PKR Padungan Dominic Ng menzahirkan Anwar Ibrahim adalah dalang utama komplot Baru Bian dan Pengerusi DAP Sarawak Wong Ho Leng yang berusaha keras membunuh karier politik beliau dan ADUN Batu Lintang Voon Lee Shan.



Tanpa berselindung, beliau mengugut akan bertanding atas tiket BEBAS memandangkan 'tindakan pengkhianatan' Anwar Ibrahim bukan sekali, malah Dominic Ng telah dilucutkan jawatan sebagai Pengerusi PKR Sarawak oleh Anwar sendiri.

Dominic Ng diberitakan mempunyai pengaruh besar dan kuat dikalangan masyarakat Cina di Padungan dan turut mempunyai sejarah bertanding sebagai calon BEBAS dalam pertarungan tiga penjuru. Langkah tempang Anwar Ibrahim bakal menjerut leher PKR dan DAP.

Jika benar, DUN Padungan bakal menyaksikan pertandingan tiga penjuru di antara BN, DAP dan BEBAS. BN Sarawak yang paling beruntung kerana undi kaum bumiputera sudah berada dalam genggaman. Perpecahan undi masyarakat Cina kepada tiga kelompok bakal menyaksikan kemenangan mudah BN dan merampas kembali kerusi tersebut.

Kerusi empuk di Putrajaya telah lama hilang dari bayangan dan pandangan mata beliau. Dan Anwar Ibrahim juga sudah boleh melupakan hasrat untuk menduduki takhta sebagai Ketua Menteri Sarawak yang baru.



0 comments: