Sunday, April 10, 2011


Naib Presiden PAS ini merupakan salah seorang dari pemimpin pembangkang yang telah menyaksikan klip video seks lakonan cemerlang Anwar Ibrahim. Malah beliau turut bersetuju Suruhanjaya Siasatan DiRaja perlu ditubuhkan sedangkan para pemimpin pembangkang lain menentang keras penubuhan badan tersebut.

Mat Sabu tahu betapa peri pentingnya menentukan kesahihan video seks dan siapakah aktor lelaki porno beraksi lucah wajib didedahkan secepat mungkin. Umum mengetahui beliaulah yang pemimpin PAS yang meberi gelaran 'Al Juburi' kepada Anwar Ibrahim dalam setiap kali ceramahnya.

Bermaksud Mat Sabu sememangnya tahu dan akui Anwar Ibrahim terlibat dalam aktiviti meliwat dan kini melanggan pelacur demi kepuasan seks. Rakyat semakin keliru dengan permainan parti politik pembangkang.

Pada suatu masa berbaik dan berpeluk mesra seolah olah kukuh semangat setiakawan, dalam pada masa yang sama menikam belakang Anwar Ibrahim dan sangsi dengan percaturan politik dalam kem pembangkang. Rakyat semakin dikelirukan dengan 'Political Deception' parti pembangkang. Pilhanraya Sarawak semakin menyerlahkan lagi kekalutan perebutan kuasa dan kerusi diantara parti parti pembangkang.

Rakyat sudah bijak dan mula memprotes setelah melihat parti pembangkang hanya mementingkan kuasa dan menagih undi dan sokongan. Rakyat tidak mahu dikelirukan lagi dengan gelagat permainan politik pembangkang ... seperti video klip ini!


1 comments:

Tok We said...

Mat Sabu, Mat Sabu.. Ambo tak percaya sangat dia ni.. Mulut leser. Kata berjuang kerana kebenaran.. Dulu memang dia gelar DSAI sebagai Al-Juburi. Ambo pernah dengar pita rakaman ceramahnya yang diedar oleh PAS.

Tup-tup dia bersekongkol dengan DSAI bersama rakan subahat PASnya. Termasuk pak lebai bekas imam negara dan bekas pegawai agama Istana Negara.

Sekarang salakan tak kedengaran perihal pemimpin PR dia. Cuba yang dalam video tu pemimpin BN, sampai ke Mesir mereka pergi ceramah. Dasar kaki perosak agama, bangsa dan negara!