KU LI KHIANATI UMNO LAGI ... HINA DS NAJIB & TUN DR MAHATHIR, BELA ANWAR IBRAHIM !
Masih belum luntur sedikitpun nafsu anak kerabat diraja ini mahu menduduki takhta sebagai Perdana Menteri sekalipun sudah dimamah usia.
Tidak mustahil jika Ku Li sudah bersedia menggantikan Anwar Ibrahim jika 'Anugerah Tuhan' ini bakal mendiami sekali lagi Penjara Sungai Buloh! Dan apabila Ku Li mula 'menawarkan pembelaan' kepada Anwar Ibrahim berkaitan isu video seks, semakin jelas arah politik yang bakal diambil bekas Naib Presiden UMNO ini suatu masa dahulu.
Bagi mereka yang masih baru mengenal dunia politik, kemasukan Anwar Ibrahim ke dalam UMNO juga adalah atas usaha yang dibuat oleh Ku Li. Tun Abdul Razak telah melihat pengaruh Anwar (crowd puller) semasa di universiti lagi, lalu meminta Ku Li melamarnya masuk UMNO. Walaupun pada awalnya Tun Dr Mahathir (TDM) tidak setuju tetapi akhirnya beliau berubah fikiran menerima Anwar Ibrahim atas pandangan Tun Abdul Razak.
Tuduhan Ku Li bahawa Tun Dr Mahathir sebagai pencetus politik fitnah dalam UMNO lebih dilihat sebagai pembelaan percuma terhadap Anwar Ibrahim, yang telah lama beliau kenali rapat sebelum menjadi 'The Golden Boy' TDM.
4 Februari 1988, tarikh keramat UMNO dibunuh oleh Ku Li dan Kumpulan 11 akibat percaturan kuasa, kegagalan dan kekecewaannya menjadi Presiden UMNO pada pemilihan tahun 1987 setelah tewas kepada TDM. Kumpulan 11 ini jugalah terdiri dari juak juak Ku Li yang mengheret UMNO ke mahkamah. Hakikat ini adalah satu bukti hidup!
Jika hakikat di atas bukan satu bukti hidup, tidak mungkin kerana hanya cawangan UMNO tidak berdaftar menjadikan UMNO tidak sah. Hakikatnya Ku Li dan Geng 11 beliau yang mengheret UMNO ke mahkamah menyebabkan kematian UMNO! Dan kini, Ku Li sekali lagi bermain 'politik longkang' dengan Anwar Ibrahim!
Apa rasional beliau mempertahankan Anwar Ibrahim akibat perbuatan gelojoh seks 'China Doll Anugerah Tuhan' ini cukup memeningkan dan meloyakan. Ku Li mampu membisu dan memekakkan telinga apabila ditanya mengenai serangan seks Anwar Ibrahim terhadap DS Najib dalam kes Altantuya namun sanggup bergolok gadai mempertahankan Anwar Ibrahim dari serangan seks.
Pendirian Ku Li yang menjadi 'Ahli Politik Pekak & Bisu Sementara' apabila Anwar Ibrahim menjaja dalam setiap ceramah bahawa DS Najib mempunyai anak luar nikah hasil hubungan dengan Altantuya, menyerlahkan lagi belang dan nafsu politik beliau yang tidak pernah kunjung padam. Ini merupakan satu penghinaan besar Ku Li terhadap DS Najib.
Bukankah pelik ... setiap pembongkaran 'politik longkang' terhadap Anwar Ibrahim didedahkan sendiri oleh bekas kenalan rapat dan penyokong beliau, Ku Li sanggup pula menjadi bisu dan pekak tanpa membela DS Najib. Tidak mustahil rentetan kekecewaan Ku Li yang gagal merebut kerusi Presiden UMNO dari TDM tahun 1987 ... gagal merebut kerusi Presiden UMNO dari DS Najib tahun 2008, memungkinkan beliau akan berkompromi dengan Anwar Ibrahim!
Tiada yang mustahil bagi pengasas parti Semangat 46 ini. PAS pernah menjadi sahabat utama dalam Angkatan Perpaduan Ummah (APU) dan DAP turut menjadi sahabat paling kanan dalam Gagasan Rakyat.
Dan tidak mustahil jika sekiranya Tengku Razaleigh ... sekali lagi akan mengkhianati UMNO!
4 comments:
Bangang betul pemimpin semangat46 tu...abang ipar aku di Pagoh...masa tu kuli & geng datang..sampai masuk longkang motornya...yg. abis duit jual tanah jangan kira...last sekali apa dapat...diaorang makin kaya..yg. ni dah mati...celaka kekadang pemimpin macam ini...kerana kuasa mahu jatuhkan orang lain secara tipu muslihat...tetapi sokong anwar aljub..yg. memang rosak dari segia ahlak...
Itu belum Syed Hussien allatas buka balik buku lamanya...semua cerita ada disitu....dah lah tu...dah tua...biorlah yang muda bertarung Ku...dan biralah yg. bermoral..
jangan lah berpehak.
Ku Li ni dah tonton ke video tersebut sehingga boleh mengatakan ia satu konspirasi?. ..Bijak sungguh politik persepsi yg dia mainkan. Dia lupa, jika suruhanjaya di raja diwujudkan dan semua dah menonton video tersebut maka, macamana pula nanti dia nak spin kenyataannya....Itulah politik!
dia nampak anwar dah jatuh.. kot2 dia boleh ganti anwar, mana tau..
Semangat 46 Part 2 mungkin akan menyusul...
Post a Comment