TUN MAHATHIR MOHAMAD semalam membantah penubuhan 1 gerakan yang dianggap beliau sebagai 1 usaha perkauman yang sempit seperti yang dicadangkan Timbalan Ketua Pengarangnya, Datuk Zaini Hassan. Ianya akan 'membunuh' masa depan Bangsa itu sendiri. Malah, Bangsa Melayu akan lebih mundur dari semua aspek termasuklah Politik dan Ekonomi.
Di saat Malaysia menghadapi persaingan Ekonomi Dunia yang kritikal, Tun M meminta mereka yang mencadangkan Gerakan tersebut menggunakan akal yang dianugerahkan oleh Allah dan bukannya berfikir dengan kehendak emosi semata2. Beliau yang dijulang sebagai Pahlawan Melayu Alaf Baru berkata Bangsa akan kuat dan kental apabila sesebuah Bangsa itu bersatu. Maka itulah matlamat utama yang mesti diusahakan oleh semua pihak. Jika sesebuah Bangsa memberontak, Bangsa itu akan terus dipijak akibat kuasa yang memakan diri.
Memang benar apa yang diperkatakan Tun M. Kita ambil contoh jelas yang dapat dilihat di Negara2 Timur Tengah terutamanya Palestin. Sudah bertahun2 Bangsa mereka mundur, dihina, dibunuh, dirogol malah dijajah di bumi sendiri akibat dari perpecahan kritikal Puak Hamas dan Fatah. Malah Bangsa Arab di Negara2 Timur Tengah bukan sahaja tidak bersatu, malah dicantas sesama sendiri. Oleh yang demikian, Bangsa Yahudi walaupun dikritik hampir kesemua Negara, mereka tetap berkuasa. Kerana Bangsa Yahudi bersatu teguh dengan dasar mereka.
Bekas Perdana Menteri itu juga tidak lihat perlunya sehingga menubuhkan Gerakan 1Melayu 1Bumi yang dilihat bertentangan dengan dasar yang diketengahkan oleh Datuk Seri Najib. Bagi beliau, 1Malaysia dilihat berjaya kerana kesemua Bangsa di Negara ini telah kembali menyokong Kerajaan kecuali Kaum Cina. Beliau menganggap tidak ada guna memberontak membela Bangsa yang masih lagi tidak bersatu.
Akibat dari itu, DAP yang menjadi punca peralihan politik kaum Cina ini mengambil kesempatan atas perpecahan kaum Melayu. PAS menjadi alat utama bagi memecahkan Ummah. Oleh itu, apa yang mesti UMNO lakukan kini adalah lebih agresif meyakinkan kesemua Bangsa Melayu termasuklah dari puak penyokong PAS dan PKR.
BRAVO TUN MAHATHIR MOHAMAD. TERNYATA MINDA TUN MASIH MUDA DAN CERGAS WALAUPUN DI SAAT USIA BELIAU SEMAKIN TUA.
Posted by Melayu Cindia
Saturday, April 23, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
kenapa di susahkan sangat undi bangsa lain...yg penting melayu kena BERSATU!!!.....itu aje....elok sangat Tun marahkan idea dato zaini tu....
Apa salahnya gerakan 1m1b?Melainkan yg menganjurkan keganasan,tak ada salahnya menyeru orang Melayu yg berpecah untuk bersatu.
Cina dah lama bersatu sampai hampir2 akan menguasai Tanah Melayu.Cina dah lama lancarkan kempen 1 cina sampai cina sabah sarawak pun dah join gerakan ini.Kalau ta,takkan dap menang besar di sarawak?
Bila Melayu nak bersatu boleh pulak kata perkauman,bila cina bersatu hak cina?
Salam
Memang benar kata Tun, sebetulnya Melayu kena bersatu, maka kita akan kuat walaupun tanpa undi bukan melayu.....
ekonomi cina kuat bukan sebabnya pandai berniaga sangat, tetapi sebab kekuatan kuasa membeli melayu, kalau tanpa sokongan membeli melayu, cina akan lingkup sepertimana biz melayu yang tidak mendapat sokongan melayu sendiri.....
g4umno.blogspot.com
BERSATU TEGUH, BERCERAI ROBOH.
NAMPAKNYA TERLALUL RAMAI MELAYU YG TELAH LUPA KATA2 ITU HANYA KERANA PERBEZAAN FAHAMAN POLITIK
Post a Comment