BLOGGER SARAWAK BERTEMPUR DENGAN BLOGGER SEMENANJUNG !?
Cabaran untuk blogger pro BN di Sarawak sangat banyak. Maka amalan politicking yang sedang berlaku dalam UMB PBB yang diwarisi dari UMB UMNO harus dihentikan. Ada blogger keluar dan ada blogger dihentikan dari UMB PBB/BN.
Ini salah sudah caranya.
Blogging tidak boleh keterlaluan sangat mahu diatur, dikawal dan ditentukan isi kandung. Setiap blogger perlu membina stail masing2 dan kepakaran/pengkhususan masing2.
Usaha untuk membentuk suatu struktur dan khususnya bawah struktur parti dalam membina cyber warrior telah gagal dan akan terus gagal jika masih mahu dicuba. Baik dalam UMB atau BPN atau apa sekali sekarang dan akan datang, blogger adalah citizen journalist yang sangat individualistik. Mana mungkin distrukturkan dan dikenakan peraturan yang rigid?
Cara yang lebih efektif adalah persefahaman dan kerjasama sesama blogger. Semangat bersatu perlu dibina dan dengan demikian kejadian cantas mencantas seperti berlaku di UMB Pahang, Melaka dan PBB tidak harus berlaku.
Kesetiakwanan sesama blogger harus dibina tidak kira seseorang itu sebahagian dari sesuatu grouping atau pasukan atau tidak.
Blogger perlu disokong dengan maklumat dan research mengenai sesuatu isu, atau maklumat latar sesuatu peristiwa atau tips insider terutama berkenaan musuh. Kalau ada bantuan kebajikan dan peralatan, ianya amat membantu seseorang blogger untuk berkembang.
Ada beberapa cabaran besar untuk blogger pro BN di Sarawak.
Artikel seterusnya THE UNSPINNERS
1 comments:
SALAM AKU PEMIKIR ... ALHAMDULILLAH SAUDARA TELAH KEMBALI KE DUNIA BLOGGING!
KAMI TELAH LINKKAN BERSAMA BLOG SAUDARA, MOHON IZIN LINKKAN JUGA BLOG KAMI BERSAMA BLOG SAUDARA, WASALAM ...
LAMA TAK NAMPAQ ... PI MANA?
Post a Comment