Monday, April 4, 2011


Siapa sangka Zainuddin Maidin yang begitu sinonim dengan aksi balun parti PAS dari segenap sudut, rupanya cukup mengambil berat musuh politik utama UMNO. Sekalipun pernah bertegang urat dengan Hadi Awang dan Nik Aziz, beliau cukup mengharapkan parti PAS mampu diselamatkan dari pengaruh Anwar Ibrahim.

Zainuddin Maidin turut menggesa ahli PAS segera mengambil tindakan drastik mengekalkan kekuatan parti selaku parti nasional Islamik kerana PAS masih diperlukan dalam mengimbangi senario politik tanah air terutamanya UMNO.



Apa yang lebih penting, beliau berkeyakinan parti PAS masih mempunyai sebilangan tokoh ulama yang berpegang teguh kepada prinsip moral dan kredibiliti tanpa mengorbankan parti dari mengikut telunjuk seperti sebilangan pemimpin kanan parti yang lebih cenderung menyokong Anwar Ibrahim membabi buta.

Inilah yang seringkali pemimpin PAS 'missed out' atau leka dan culas dari melihat keseluruhan senario politik tanah air ... Bagaimana seorang totok UMNO masih begitu mengharapkan parti PAS berdiri teguh sebagai parti yang berjuang berlandaskan prinsip Islam tanpa mengorbankan parti dengan hanya mengikut telunjuk Anwar Ibrahim.



Siapa kata pemimpin UMNO membenci parti PAS! Masih ramai lagi pemimpin UMNO yang semakin risau dengan perjalanan dan pergolakan parti PAS yang semakin hanyut menjadi bahan permainan politik longkang Anwar Ibrahim.

Sekalipun bermusuh dalam politik, UMNO masih melihat PAS sebagai saudara yang perlu dibantu walaupun dimaki, dicaci dan dihina oleh pemimpin kanan parti PAS. Mengapa perlu parti PAS membutakan mata dan memekakkan telinga hanya kerana mahu menjadi anjing bajingan Anwar Ibrahim!



8 comments:

Anonymous said...

Betul tu bor. Ramai yang kesian sebenarnya dengan PAS. Tapi PAS macam biasa dengan perangai bodoh sombong.

Kalau PAS masih berterusan berperangai macam ni, memang tak lama PAS akan di pandang hina. Kesiannnn..

Gelombang Wangsa Maju said...

SEKALIPUN GWM KUAT MENGHENTAM PAS, JAUH DI SUDUT HATI MASIH MENGHARAP TOTOK TOTOK PAS BUKA MATA DAN DENGAR SUARA DISEKELILING.

TOK GURU GWM DULUPUN TOTOK PAS, TAPI TIDAKLAH SETERUK PEMIMPIN PAS SEKARANG.

kamal said...

SIKAP TOLAK ANSUR DAN SERING MEMAAFKAN ADALAH SIFAT YANG PERLU ADA DALAM SETIAP DIRI KITA...BARULAH KITA BERJAYA...TAPI PERKARA INI TIDAK ADA LANGSUNG DI DALAM HATI PEMIMPIN PAS DAN PKR....MEREKA TERLALU SOMBONG DAN BONGKAK

Gelombang Wangsa Maju said...

SALAM KAMAL ...

PAS TERSILAP MUHASABAH DIRI, LALU TERPERANGKAP MENJADI BALACI!

Anonymous said...

ZAM,

Biar betul ngko? darah nya pun cap keris........ tak kan nak tukar jadi kaler hijau plakk!!!!

Anonymous said...

ZAM cakap cam tu bukan niat dia nak masuk PAS, dia cakap gaya menyindir. Biasanya orang akan lebih terkesan kalau kena sindir!!

Gelombang Wangsa Maju said...

SETUJU ANON 4.32PM! SINDIRAN YANG SINIS ...

Anonymous said...

PAS yang berlandaskan prinsip Islam wajib ditegakkan semula... Jangan terpesong hingga lupakan jalan kebenaran... Nih kerana nak meraih undi, sanggup ikut pemimpin yang penuh dengan tanda tanya...