Tuesday, April 12, 2011



Rakyat Sarawak perlu menolak parti PAS sama sekali pada pilihanraya kali ini dan pada masa hadapan. Sejarah tidak akan sama sekali menipu ... kecuali parti PAS.
Gerombolan inilah yang pernah menafikan hak rakyat Sarawak untuk menyertai Persekutuan Malaysia pada 27 Mei 1961. Tunku Abdul Rahman melalui penubuhan Jawatankuasa Perundingan Persekutuan Malaysia (JPPM) membawa gagasan ini ke Dewan Rakyat. Kesemuanya bersetuju kecuali parti PAS.



PAS menolak penyertaan Sabah dan Sarawak dalam pembentukan Persekutuan Malaysia melainkan jika dan hanya Indonesia turut sama menyertai pembentukan Persekutuan Malaysia 'Malaysia Raya'.
Konfrontasi Indonesia melalui 'Ganyang Malaysia' adalah disebabkan pengaruh beberapa pemimpin parti PAS.

Dan kini, parti ini terhegeh hegeh mahukan rakyat Sarawak menyokong dan mengundi hanya semata mata mahu meluaskan pengaruh parti di Sarawak. Apa kebaikan dan jasa parti PAS selama ini kepada penduduk Sarawak?



GWM cukup yakin rakyat di Sarawak dan masyarakat Iban khususnya, belum tentu boleh melupakan betapa celuparnya mulut Presiden PAS Hadi Awang menghina martabat kaum itu. Hanya kerana kekalahan calon Pakatan Rakyat (PKR) Jawah Gerang di PRK Batang Ai pada tahun 2009, Hadi Awang begitu biadap dan tanpa befikiran waras merendahkan martabat kaum Iban.

Apakah justifikasi parti PAS bertanding di Sarawak sedangkan tidak ada sebarang perubahan yang dibawa oleh Pakatan Rakyat mahupun parti PAS ... hanya sekadar bertanding untuk memenuhi syarat dan perjanjian di antara parti yang bergabung.




Tidak keterlaluan GWM mengandaikan, jika sekiranya ditakdirkan Pakatan Rakyat tewas teruk pada pilihanraya kali ini ... apakah tidak mungkin adanya pemimpin lain dari Pakatan Rakyat yang akan berterusan menghina rakyat Sarawak.

Tidak mustahil rakyat Sarawak akan disumpah pemimpin parti PAS sebagai tidak layak menduduki syurga ... jika tewas pada pilihanraya ini!



6 comments:

Anonymous said...

PAS bukan sahaja menentang penubuhan Malaysia tetapi bersekongkol dengan Sukarno-Subandrio (Parti Komunis Indonesia)untuk MENGANYANG MALAYSIA.
Begitu juga dengan parti sosialis, Partai Rakyat Malaya, yang kemudiannya menjadil parti Sosialis Malaysia ( bawah pimpinan Kassim Ahmad dan Syed Husin Ali).Parti Sosialis Malaya ini meresap dengan Parti Keadilan dan menjadi gabungan Parti Keadilan Rakyat.
Semua mereka ini adalah penentang penubuhan Malaysia. Halau mereka daripada Sarawak!!
Dan ingat, DAP terlibat terus dalam pertumpahan darah MEI 1969!! DAP dengan Parti Buruh, Parti Komunis...yang mahu menghalau orang Melayu balik kampung. Mereka berarak dan menghina orang Melayu!!..DAP yang sosialis ini mahukan satu Republik!! Inilah konco-konco Anwar!!! Halau mereka dari bumi Sarawak!!

Unknown said...

ANON 5.34PM ... SEJARAH TIDAK PERNAH MENIPU! PUAK PUAK INI PASTI AKAN MEMUTARBELITKAN SEJARAH SEDIKIT DEMI SEDIKIT!

Anonymous said...

Nyata sekarang siapa yg RASIS..BN kah? PR kah ?

Kenapa harus halau dibumi sarawak, seharusnya hambat mereka keluar dari Negara ini. Mereka2 inilah manusia hipokrit, berselindung disebalik agama untuk mendapatkan laba.

Kalaulah benar apa yg dikata, HARAM menyokong mereka. Merekalah Dajal besar disini. Memporak perandakan umat manusia.

Nyahkan mereka....

Anonymous said...

Betul apa yang diperkatakan oleh Anon 5.34pm. Saya adalah saorang anak yang kehilangan ayah yang amat diksehi tanpa pusara pada May 13.

Hanya mereka yang berada di KL dan mengalami situasi tersebut tidak akan lupa apa DAP telah buat waktu itu pada orang Melayu...hari2 mereka laungkan Melayu Balik Kampong. Tapi saya tidaklah racist cos I came from a mission school . Most of my close friends are Chineseand Indians and they mourn with me the lost of my beloved father . Saya tidak pernah mebenci the Chinese but DAP is another story... Sedih bila PAS boleh bergabung dengan mereka.. Melayu mudah lupa but not me NEVER..

Anonymous said...

Anonymous JOJO said...

Dlm website nota sejarah tingkatan 3: http://sejarahpmrkwanghua.wikispaces.com/file/view/t3-bab-7.doc

a. Reaksi Negeri2 Terlibat:

• Terdapat perbezaan pendapat tentang cara pelaksanaan tetapi penduduk terima prinsip gagasan
• Contoh: Parti PAS sokong idea pembentukan tetapi juga cadangkan pembentukan Melayu Raya merangkumi Indonesia

-- Kesimpulannya PAS bukan tidak menerima Sarawak, tetapi menerimanya dgn dimasukkan juga Indonesia.

April 13, 2011 12:53 AM

NOK said...

Sejarah dan latar belakang PAS,DAP,PKR adalah pengkhianat, tapi syg seribu kali syg...masih ramai rakyat Malaysia yg masih bersekongkol tanpa ada rasa bersalah..dgn menjadi barua, kuda tunggangan...pemimpin PPK seperti Nik Aziz, Anuar Ibrahim,Hj hadi awang yg mengunakan agama sebagai flatform untuk menyesatkan org melayu...DAP tu tak payah sebut konpom parti komunis malaya....saya sebagai pejuang negara amat berharap supaya org melayu boleh bersatu...kalau parti pembangkang memerintah habis lah org melayu Malaysia akan menjadi republik...macam S'pore...apa yg dikata kan oleh Tun Mahathir dalam bukunya adalah benar lagi benar...org melayu s'pore sekadar bernapas seadanya....tak boleh buat apaapa....lihat lah harta terakhir yg ada untuk org melayu S'pore telah menjadi bahan sejarah ya itu kg Gelam ....akan dtg P.Pinang...dimanakah suara pas semasa org melayu memerlukan sokongan apabila gerai mereka di roboh? sedangkan gerai cina di biarkan? kalau sesiapa penyokong Pas boleh jawab silakan.....ingat lah rakyat serawak pilih parti yg adil pada semua...jgn sebab nyamok sekor kelmbu di bakar....slmat mengundi....salam sejahtera.